Assalamualaikum,
Sesungguhnya peringatan dari ALLAH kerap didatangkan kepada mereka yang membuka minda dan muhasabah diri
KISAH 1.
Semalam abang kawan baik saya meninggal dunia. Arwah meninggal semasa balik daripada berjogging, tiba2 diserang sakit jantung dan meninggal - Dia dijumpai terbaring dijalanraya ....Ini adalah peringatan bagi saya dan orang2 disekelilingnya dari Allah.
Walaupun kita menjaga kesihatan kita dengan baik, apabila tiba masanya , tidak sesaatpun dicepat atau dilewatkan ajal kita. Astarghfirullah hal azim. Mohon kepada Nya kita dikembalikan dalam taqwa dan iman. Ameen
KISAH 2.
Kita dikejutkan pemergian Steve Jobs, seorang yang pintar, genius dan kaya raya. Apa peringatan ALLAH bagi kita yang dapat saya simpulkan adalah: bagaimana pintar dan genius seorang hamba Allah itu, ia masih belum dapat menandingi kekuasaan penciptanya. dia tidak berupaya untuk mencipta alat bagi membantu dia memanjangkan usianya. Dan sekaya mana pun manusia itu, dia tidak akan berupaya membeli kesihatan yang dipinjamkan ini bagi terus sihat.
Lihatkan kekuasaan Allah menerusi apa yang berlaku disekeliling kita. Ini akan menjadikan kita Insaf bahawa semua yang kita miliki adalah sementara. Berusaha, berdoa dan bertawakkal lah kepdaNya sepanjang masa. Semoga kita dipanggil dalam keadaan yang paling sempurna dan dalam keimanan. Seterusnya bahagia di dunia dan akhirat. Ameen.
No comments:
Post a Comment