Hampir 10 hari diberi tanggungjawap menjalankan validasi bagi calon kenaikan pangkat di Johor Bahru. Ini bermakna saya terpaksa meninggalkan suami dan anak2 dalam tempoh yang agak lama, tambahan lagi tanpa pembantu rumah. Wah... tak sangka , mereka dapat menerima ini dengan baik. Suami dah semakin cekap dalam melakukan kerja-kerja rumah. Kami semakin dekat dan merasakan tidak memerlukan pembantu bagi melaksanakan kerja2 ini . Insyallah semoga Allah permudahkan segalanya. Terimakasih suamiku. Semoga kita kekal bahagia , hari ini, esok dan selama-lamanya sehingga akhirat.
Firman ALLAH SWT bermaksud : “ dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.”( Al Baqarah : 216 )
Kesedaran dan pengetahuan terhadap kebaikan yang ALLAH SWT lakukan membuat seseorang hamba mengerti bahawa ALLAH SWT berbuat baik kerana Dia bersifat dengan Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Semoga kita akan lebih bersyukur terhadap segala nikmatNya dan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari masa ke semasa.
Ameen..................................................
No comments:
Post a Comment