Wednesday, December 7, 2011

Bersyukurlah anak-anakku.

Assalamualaikum.

Pagi ni semasa mesyuarat JK Peperiksaan ahli mesyuarat di minta untuk memilih pelajar yang layak di anugerahkan Anugerah Pengarah bagi lulusan Jun 2011 yang akan menerima anugerah tersebut semasa konvo awal tahun 2012. Memandangkan pelajar jab saya telah dapat pada sesi lepas, saya kira ingin memberi peluang kepada pelajar jab lain pula. Tetapi apabila dibentangkan calon-calonnya, Nyatanya pelajar jab saya mendapat markah merit tertinggi berbeza hanya 0.6 mata dari pelajar JP.

Apabila saya semak dokumen pelajar ini sebelum  membentangkan kecemerlangan beliau, tiba2 saya  merasa sedih.......Pelajar ini amat berkelayakan untuk belajar di mana-mana  IPT tetapi memilih politeknik. Wondering ..Why???Pelajar ini mendapat PMR 8A, SPM10A, Pelajar SPM terbaik di SM Sains johor dan masih mengekalkan kecemerlangan dalam setiap semester. Dan dalam masa yang sama , dia mendapat berbagai anugerah dan sangat aktif dalam persatuan dan sukan.  Saya rasa belaiu memang layak untuk menerima anugerah ini.  Maka saya pun membentangkannya sungguh2 dan semua ahli mesyuarat sebulat suara memilih beliau.

Saya di maklumkan oleh penasihat akademiknya bhw pelajar tersebut dari keluarga yang kurang berkemampuan. Keluarganya memilih politeknik memandangkan yuran yang murah dan dekat dengan tempat tinggal mereka...

Alhamdulilah saya gembira kerana beliau terpilih tetapi saya masih memikirkannya. Saya bercerita dengan anak2. Ada orang yang telah berusaha bersungguh2 sehingga mencapai kejayaan yang amat cemerlang tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana kedudukan kewangan keluarga, sehingga kan tidak mampu untuk meneruskan pengajian di IPT. Saya amat kagum dengan pelajar ini , beliau amat matang dan positif. Semangatnya tidak luntur dan terus membara dalam memburu kejayaan . Kesusahan tidak mematikan semangatnya. Saya berdoa semoga Allah memudahkan urusan beliau dan berjaya di dunia dan akhirat. kepada anak-anak saya semoga mereka menjaadi orang yang sentiasa mensyukuri nikmat ini dan berusaha menjalankan tanggungjawap kepada Nya, dan sesama manusia . Ameen..

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...