Saturday, November 6, 2010

Hati Lebih Tenang

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di Dunia dan kebaikan di Akhirat, dan Peliharalah kami dari azab Neraka". Doa ku kepada Allah tanpa jemu setiap masa dan ketika.


Tertanya-tanya kepada diri. Apa beza diri ini sekembali dari Tanah Suci Mekah dan diberi kesempatan menunaikan ibadah di sana. Mengharapkan hati dibersihkan Allah daripada sifat2 tercela yang sukar dikawal ada ketikanya.


Apa yang aku perasan adalah rasa benci, geram dan amarah ku dapat dikawal dengan mudah sedangkan selama ini amat sukar bagiku menanganinya. Bersyukur tidak terhingga kepada Allah atas kurniaanya kepadaku. Aku bergurau dengan sahabatku mengatakan bahawa Allah telah memutihkan sedikit hatiku dan aku amat bersyukur kerana ia telah merubah banyak perkara dalam kehidupanku.


MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.



Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).





 Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:

# Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

# Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

# Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

# Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

# Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

# Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

# Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.

# Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

Wednesday, September 22, 2010

MUSIM PEPERIKSAAN ANAK2

Minggu ini anak ke 4 periksa UPSR, next 2 week anak ke 3 PMR and Nov ni , anak sulung SPM. Bukan anak sahaja yang risau, ibubapa lebih lagi. Semoga anak-anak ku dapat menjawap peperiksaan dengan cemerlang dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Ameen....

Saturday, August 14, 2010

Lawatan ke Masjid Quba

Ziarah pertama di Medinah adalah ke Masjid Quba iaitu Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w bersama-sama sahabatnya atas dasar taqwa. Ia merupakan diantara masjid yang termasyhur selain Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid AlAqsa.

Menurut sejarah, pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.

Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.

Kelebihan masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :

“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.

Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :
“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahla menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).

Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.

Adalah menjadi kelebihan kepada kita sekiranya kita mempunyai ilmu sebelum mengadakan ziarah supaya ziarah kita tidak sia-sia. Alhamdulilah kami dapat menunaikan solat sunat di sini. Semoga Allah menerima ibadah kami. Dengan doa dan harapan kami akan datang lagi jika dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Ameen

Wednesday, August 11, 2010

PENGALAMAN 1

Bersyukur teramat sangat dapat menjejakkan kaki di Madinah dan bersolat di Masjid Nabawi. Dalam perjalanan dari hotel ke Masjid Nabi ini, aku melihat persekitaran. Subhanallah, senibinanya amat halus dan mengkagumkan. Kagum melihat umat islam berbagai rupa,ragam dan budaya , berbondong-bondong datang untuk beribadat di situ. Mereka yang berilmu dan mampu, pasti tidak akan melepaskan peluang beribadat di tempat yang penuh barakah ini.

Setelah solat suboh, di maklumkan kaum hawa dibenarkan memasuki kawasan Raudhah mulai pukul 7.00pagi. Waktu baru pukul 5.00pagi. Kaum wanita di kumpulkan mengikut negara. Warganegara Malaysia, Indonesia di letakkan dalam satu kumpulan dengan label "Bahasa Melayu".

Sepanjang menunggu giliran memasuki Raudhah, dugaan berat amat dirasakan :

1. Memerlukan kesabaran yang tinggi
2. Memastikan wudhu tidak terbatal (toilet jauh) - paling susah
3. Menahan lapar.

Apabila tiba giliran ke Raudhah, keadaan tidak terkawal, mereka bertolak-tolak dan ada yang tidak sabar ujian menunggu giliran. Alhamdulilah masyarakat malaysia dan indonesia di dapati sangat beradap.Akhirnya lebih kurang 9pagi, Alhamdulilah kami dapat memasuki Raudhah, sembahyang sunat dan berdoa. Semoga ibadat kami diterima dan doa kami dimakbulkan.Ameen


Firman Allah dalam Surah Al-Mukminum Ayat 118

Dan berkatalah: "Ya Allah ya Tuhanku, berilah keampunan dan berilah rahmat , dan Engkau adalah pemberi rahmat yang paling baik"

Monday, August 9, 2010

Pengajaran 1

Setelah tarikh dipilih oleh akak , aku berasa sangat senang hati kerana pada tarikh2 tersebut, aku adalah dalam keadaan suci dari period. Aku berasa seronok dan rasa keyakinan yang amat sangat tiada masalah yang berlaku tetapi ALLAh tunjukkan siapalah kita ini. Kita hanya boleh merancang selebihnya adalah ketentuanNya dan dia amat berkuasa atas Makhluknya

Pada hari-hari terakhir sebelum berangkat ke Tanah Suci , aku berasa tersangat gusar disebabkan period yang tak muncul-muncul. Tidak mahu membiarkan itu menjadi suatu perkara yang melalaikan aku daripada melakukan ibadah seperti sembahyang sunat Hajat, Taubah dll. Aku terus-terus berdoa memohon petunjuk dan diberi ketenangan. Terus-terusan Memohon bantuan Allah. Atas cadangan adik, berusaha dengan mendapatkan ubat untuk melewatkan terus period sehingga selesai UMRAH. Alhamdulilah, bersyukur tidak terhingga aku kepada ALLAH kerana memenuhi permintaanku.

Aku terfikir sebenarnya , Allah memberikan kau peluang untuk membuat persediaan yang lebih untuk menemuiNyA dengan membiarkan aku dalam keadaan bersih. Alhamdulilah

Rujuklah Firman Allah dalam Surah Al Baqarah Ayat 284:

....................................Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL

Terlalu banyak cerita-cerita tentang dugaan dan ujian yang diterima oleh kawan-kawan dan sanak saudara menyebabkan aku sedikit gusar untuk mengunjungi Mekah seterusnya menunaikan ibadah UMRAH. Sesungguhnya Syaitan itu memang jahat dan sentiasa berusaha ,mengambil kesempatan untuk menjauhkan kita daripada mendekati Allah. Orang yang baik-baik juga digunakan bagi menakuti kita seterusnya kita menjadi dayus dan ketakutan lalu memberi kemenangan mudah kepadanya.

Akhirnya syaitan kalah dalam menakutiku apabila Allah memberi ujiannya yang memerlukan aku lebih berserah kepadaNya. Aku dijemput ke sana melalui Akak dan Abang yang banyak memberikan semangat dan kekuatan. Alhamduliah .

LABAIKALLAH HUMMA LABBIK
LABBAIKALA SYARIKALAKALABAIK
INNAL HAMDA WAN NI'MATA LAKAWAL MULK,
LA SYARIKALAK.

'Aku penuhi Panggilan Mu ya Allah,
Aku penuhi Panggilan Mu,
tiada sekutu bagiMu.
Aku penuhi Panggilan Mu.
Sesungguhnya segala puji, nikamt dan kerajaan adalah milikMu,
tiada sekutu bagiMu.


my Lord, here I am at Your service, here I am.
There is no partner with You,
here I am.
Truly the praise
and the provisions are Yours,
and so is the dominion and sovereignty.

Open Your Eyes

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time.
Allah..

You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah.
Thank You Allah

By: Maher Zain

Sunday, August 8, 2010

UMRAH PERTAMA

Alhamdulilah pada 27 Julai - 6 Ogos 2010, aku diberi peluang  menyaksikan, merasakan dan  beribadat ditempat paling dirindui oleh semua umat Islam iaitu di Mekah dan Medinah. Dalam blog ini kan dikongsikan pengalaman ku semasa di sana , insyaAllah

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...