Setelah tarikh dipilih oleh akak , aku berasa sangat senang hati kerana pada tarikh2 tersebut, aku adalah dalam keadaan suci dari period. Aku berasa seronok dan rasa keyakinan yang amat sangat tiada masalah yang berlaku tetapi ALLAh tunjukkan siapalah kita ini. Kita hanya boleh merancang selebihnya adalah ketentuanNya dan dia amat berkuasa atas Makhluknya
Pada hari-hari terakhir sebelum berangkat ke Tanah Suci , aku berasa tersangat gusar disebabkan period yang tak muncul-muncul. Tidak mahu membiarkan itu menjadi suatu perkara yang melalaikan aku daripada melakukan ibadah seperti sembahyang sunat Hajat, Taubah dll. Aku terus-terus berdoa memohon petunjuk dan diberi ketenangan. Terus-terusan Memohon bantuan Allah. Atas cadangan adik, berusaha dengan mendapatkan ubat untuk melewatkan terus period sehingga selesai UMRAH. Alhamdulilah, bersyukur tidak terhingga aku kepada ALLAH kerana memenuhi permintaanku.
Aku terfikir sebenarnya , Allah memberikan kau peluang untuk membuat persediaan yang lebih untuk menemuiNyA dengan membiarkan aku dalam keadaan bersih. Alhamdulilah
Rujuklah Firman Allah dalam Surah Al Baqarah Ayat 284:
....................................Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
No comments:
Post a Comment