Thursday, December 14, 2023

BERDOA DAN BERTAWAKKAL


Anak sulong ku akan memulakan tugasnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah hari Isnin 18.12.2023.

Menggunakan kelebihan yang Allah berikan kepada seorng ibu. Maka doa ku sentiasa panjatkan kepada Allah agar meletakkan dia ditempat yang disukainya jika baik untuk dia. Jika lain takdirnya, damaikanlah hatinya menerima nya dan permudahkan urusannya. Aamin

Menantu pula sudah mula bekerja selepas habis pantang anak ke2 yang comel. 
Aisya Nadraa yang manis dan mudah diuruskan.

Alhamdulilah cantiknya aturan Allah. Tinggal berdekatan dengan nenek atoknya memudahkan dia dijaga oleh tokma, tok ki dan mak2 sedara dan pak sedara.

Teringat Surah ArRahman. Nikmat Allah mana yang kau dustakan? Sungguh Allah Maha Penyanyang dan mengasihani. Syukur Alhamdulilah.

Dengan aturan Allah ini, semoga anak dan menantuku dapat memberikan perkhidmatan terbaik, menyantuni pesakit2 dgn baik dan dipermudahkan urusan mereka.

Berilah ganjaran yang baik kepada mereka dan keluarga besanku. Anugerahkan mereka rezeki dan kesihatan yang baik juga keredhaanmu ya Allah. Aamiin Ya Rabb

Bacalah

Assalamualaikum.

Sejak bersara ni malas betul membaca bahan2 ilmiah. Tp baru2 ni ternampak org promote dalam insra buku ni. Nampak sangat bagus

Masa sedang excited patut beli. Beli kat shopee je.
 ALHAMDULILAH

Sangat menarik. Harap2 menambah ilmu dan keimanan ku .

Sedang baca Surah ke 14 . Surah Ibrahim .


Terasa kepala dihantuk2 akan mentaliti burung ni. 

Semoga Allah bukan hati untuk sentiasa mencari keredhaanNya

Tuesday, December 5, 2023

Bila Blog Bersawang nanti

ASSALAMUALAIKUM

Bila blog bersawang means cerita saya telah terhenti.  Doakan yang baik2 untuk saya .

Selagi dipinjamkan nafas, simpan memori di sini. Jika memori disimpan di dalam diari  x ramai yang tahu.

Awal dis 2023 kami meneman Aha sit exam JLPT di KL.  Menginap di hotel berhampiran Chow Kit dapat kami melihat tempat2 yang lama tidak kami kunjungi. 
Jalan Chow Kit dah jadi Dataran Sudirman

Jalan sampai sini. 
Menginap di Hilton Garden Inn South
Sekolah Rendah suami bersebelahan tempat aha exam. Ambil peluang dia melihat sekolah lama dia .
Eh Terpampang Alumni sek ni. Antaranya









Friday, November 17, 2023

40 years Ago.

Asslamualaikum

Reunioun suami membawa saya ke sini.

Menginap di UTM Hotel n Residensi. View dari bilik menampakkan rumah sewa saya 40 tahun dulu iaitu semasa bergelar siswa di UTM , Jalan Gurney. 

Bfast di sini amat memuaskan hati. Lepas sarapan kita berjalan menyelusuri jalan2 yang pernah saya lalui dulu. Sempat bergambar di rumah sewa . Keadaan rumah masih sama cuma telah di makan usia.
No 7, Jalan Kent 3. 

Banyak kenangan di sini.

Antaranya kenangan bersama  hsemate yang baik, pandai, lemah lembut orgnya. Selalu tersenyum..namanya Saadiah dan kami memanggilNya Adi.  Bila minggu2 peperiksaan, saya akan bersamanya belajar di perpustaakaan walaupun kursus kita berbeza. Saya diploma Elect Eng dan Ijazah Ukur Bahan. Jika belajar di rumah kita akan belajar sambil lewa sbb tu kita ke library. Selepas ramat diploma kita berpisah. Adi meneruskan pengajiannya di UTM sementara saya dapat melanjutkan pelajaran ke Scotland. 

Semasa di sana saya mengutus surat kepadaNya. Tak tergambar gembiranya bila dapat surat dari Malaysia. Rupanya surat dari adik Adi menyatakan bahawa Adi telah pun pulang kerahmatullah. Mudanya dia pergi.  Innalillah... Al Fatihah buat sahabatku Saadiah.

Ada kenangan pahit juga di sini ttp jari rasa malas menulis. Let it go

Kemana semua sahabat yang lain agaknya


Saturday, November 11, 2023

10-12Nov23

ASSALAMUALAIKUM
Byk rancangan ni.. Setelah berjumpa tenant rumah mak di Taman Setia,  kami melawat bang long di Lagong. Alhamdulilah keduanya sihat. 

Around 5 kami bertolak ke Ipoh. Hujan, kesesakan di Hw menyebabkan  kami mengambil keputisan bermlm di KU3 Hotel di Tapah.  Pagi2 lagi dah lapar dan mencari kedai sarapan kami terjumpa spot jogging ni. Perak masih banyak lokasi yang kehijauan dan alam semulajadi yang  menenangkan.

Setelah checkout kami meneruskan perjalanan ke Ipoh untuk mengambil laporan siasatan kemalangan tok yah. 
Nampak buah fav kami, apa lagi.

Selesai makan meneruskan perjalanan balik Melaka. Penat sgt sebab banyak tempat yang jem. Kita decide to overnight di Bangi. Terus booking penginapan di bookingdotcom.

Penginapan apartment 3bed3bath dgn.fasiliti yang bagus. Terletak berhampiran Tol Putra Perdana

Sidebab Hudzaifah dan Nina datang tido di sini. HapPy dapat berjumpa mereka. Sempat dinner  bersama



Esoknya selepas checkout Nina Najjmi belanja makan di The Gerato. Italian Restaurant.

Singgah solat di masjid At Taqwa berhampiran dgn reataurant tu. Masjid baru cantik dan selesa.

Selepas tu meredah jem semula ke Melaka. Waze kata 2.30hrs. Bothsides highway jem.

Rindu pulak dgn sinonet Sofia. 

Sedang berkira2 bila nak g jumpa family di kuala Terengganu tu.







Friday, October 27, 2023

Oktober 2023

Assalamualaikum

Berbagai  peristiwa berlaku dalam bulan ni. 
26.10 Tok yah  accident. Alhamdulilah Tok Yah dan Opah selamat  walaupun keadaan  kereta teruk.
Kami bergegas balik ke Gopeng tetapi jem yang teruk dalam perjalanan menyebabkan kami bermalam di Tapah. En Suami dah tak larat nak memandu.   Kami booking hotel secara online. KU 3 Hotel. Hotel kepunyaan melayu 3 star. Bersih, selesa dan kedudukannya di tengah bandar.

Tapah ni bandar lama.

20.10 Aisya Nadraa pulang ke kampung kami buat pertama kali. Sangat baik dan mudah menguruskan dia. Semoga Aisya menjadi anak solehah,
To be continue...malas pulak nak sambung.


Saturday, October 7, 2023

Grow Old Together.

Semoga kami kekal bahagia hingga ke Jannah

Bye Ha


Cantik pulak pic taken by aha ni. Simpan sini. 

Ni nak balik selepas hantar barang aha di UiA Pagoh.

Banyak betul barang dia, macam nak pindah rumah. Padahal satu bilik pun kongsi berdua. 

Kali ni Aha dapat bilik di Ground Floor. So x lah teruk mengangkat barang

Semoga Aha berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupannya. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin 

Kunjungan yang Meninggalkan Kesan

Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...