Reunioun suami membawa saya ke sini.
Menginap di UTM Hotel n Residensi. View dari bilik menampakkan rumah sewa saya 40 tahun dulu iaitu semasa bergelar siswa di UTM , Jalan Gurney.
Bfast di sini amat memuaskan hati. Lepas sarapan kita berjalan menyelusuri jalan2 yang pernah saya lalui dulu. Sempat bergambar di rumah sewa . Keadaan rumah masih sama cuma telah di makan usia.
No 7, Jalan Kent 3.
Banyak kenangan di sini.
Antaranya kenangan bersama hsemate yang baik, pandai, lemah lembut orgnya. Selalu tersenyum..namanya Saadiah dan kami memanggilNya Adi. Bila minggu2 peperiksaan, saya akan bersamanya belajar di perpustaakaan walaupun kursus kita berbeza. Saya diploma Elect Eng dan Ijazah Ukur Bahan. Jika belajar di rumah kita akan belajar sambil lewa sbb tu kita ke library. Selepas ramat diploma kita berpisah. Adi meneruskan pengajiannya di UTM sementara saya dapat melanjutkan pelajaran ke Scotland.
Semasa di sana saya mengutus surat kepadaNya. Tak tergambar gembiranya bila dapat surat dari Malaysia. Rupanya surat dari adik Adi menyatakan bahawa Adi telah pun pulang kerahmatullah. Mudanya dia pergi. Innalillah... Al Fatihah buat sahabatku Saadiah.
Ada kenangan pahit juga di sini ttp jari rasa malas menulis. Let it go
Kemana semua sahabat yang lain agaknya
No comments:
Post a Comment