Tuesday, August 18, 2020

SOLAT DHUHA





Solat Dhuha banyak kelebihannya. Jom amalkan . Semoga Allah menerima ibadah kita. Ameen


Antara kelebihan Solat Dhuha:


1. Dicukupkan Rezeki.

 

Allah S.W.T menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

 

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

 

2. Rumah Di Syurga.

 

Rasulullah S.A.W memberi motivasi kepada orang yang rajin memperuntukkan sedikit waktu paginya untuk Solat Dhuha dengan sabda baginda, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”

 

(Sahih al-Jami’: 634)

 

3. Nilai Seperti Bersedekah.

 

Sesungguhnya di dalam badan kita ini terdapat 360 sendi pinjaman Allah. Sendi inilah yang membolehkan kita bekerja dan menjalani kehidupan. Maka sendi-sendi ini ada hak-haknya yang perlu kita langsaikan.

 

Dari Abu Dzar, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : “Di setiap pagi ada kewajipan sedekah ke atas setiap sendi dari salah seorang kalian. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah. Dan dapat memadai untuk semua itu dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha”

 

( Hadis Riwayat Muslim )

 

4. Diampunkan Dosa Terdahulu.

 

Sesungguhnya Allah amat rindu pada hambanya yang ingin menyucikan dosa. Sebanyak mana dosa yang kita lakukan, pintu keampunan Allah tidak pernah tertutup. Solat Dhuha adalah antara pintu ampunan yang disediakan oleh Allah. Rasulullah S.A.W berkongsi kelebihan solat Dhuha yang kita lakukan di dalam sabdanya :

 

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

 

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

 

Kelebihan seterusnya, sila 

Rujuk: https://mvm.org.my/solat-dhuha-rebut-6-kelebihan-yang-dijanjikan/10203

Wednesday, August 12, 2020

FLOW NIKAH

 ASSALAMUALAIKUM


Bukan senang nak jalankan tanggungjawab mengahwinkan anak. 

Pengalaman pertama , majlis anak lelaki. Kami hanya uruskan resepsi. Ini pun dah rasa nervous sgt. Alhamdulilah.

Pengalaman kedua, Majlis Nikah anak perempuan semasa PKPP. Majlis ringkas tapi masih nervous. Nikah di Pejabat Agama Jasin dan jamuan ringkas di rumah. Alhamdulilah

Akan datang ni, 1 Nov 2020 juga pengalaman baru . Majlis ke 3 , dimana nikah dan resepi bagi 2 pasang pengantin. 

Bila kita rasa macam dah mahir, rupanya Allah bagi kita pengalaman yang lain. Sesungguhnya Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Semoga Allah memudahkan urusan pernikahan Hidayah& Alif dan Resepi Hidayah& Alif dan Nina & Najjmi.


Rugilah segala informasi yang kita cari jika tidak di kongsi. So saya share Info Flow Nikah yang saya dah edit untuk kegunaan kami nanti supaya bermanafaat bagi yang memerlukan.



Flow Proses Majlis Nikah

1.      Bacaan Doa

2.      Jurunikah bagi khutbah ringkas pasal tanggungjawab suami isteri, niat berkahwin dan hukum-hukum. Pengantin lelaki kena sebutkan rukun nikah [ sesetengah tempat  kadi/jurunikah akan bertanya]

3.      Pengantin Lelaki dan wali mengucap dua kalimah syahadah

4.      Percubaan untuk akad nikah. Abah dan Alif.

5.      Akad nikah berlangsung.

6.      Bacaan doa selepas akad nikah

7.      Pengantin Lelaki tanda tangan dokumen-dokumen yang perlu.

8.      Pengantin Lelaki bacakan taklik.

9.      Pengantin Lelaki buat solat lepas nikah

10.    Pengantin Lelaki sarung cincin dan bagi mas kahwin. Cth  Mas kahwin seutas rantai tangan.

11.    Salam Pengantin Lelaki. Kemudian Pengantin lelaki melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu meletakkan tangan di atas ubun isteri sambil membacakan doa ini yang maksudnya :

 “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”. 

[Abu Daud, Ibn Majah- Hadis sahih-]

 

12.    Bersalaman dengan ibu bapa kedua pihak .

13.    Bergambar


Monday, July 6, 2020

FAMILY REUNION 3-5 JULAI 2020




Alhamdulilah. 

Percutian keluarga kali ini dapat dibuat di Adena Beach Resort, Kuantan, Pahang. Macam anak-anak balik kampung. Semua anak-anak lahir di sini ketika kami bekerja di POLISAS. 

Alhamdulilah. Direzekikan semua anak-anak diberi kelapangan dan dapat berkumpul termasuk cucu Ammar Yusuf dan kedua menantu  Adda dan Najjmi.

Agak kesian dengan sikembar kerana tidak dapat menikmati percutian ini sepenuhnya kerana  sibuk dengan kelas dan assessment online.

Kembar kata kena percutian akan datang mesti plan masa mereka betul-betul cuti. 

Abang  dan Dayah dapat cuti sebab dah tamat posting ke 3 dan akan mula posting ke 4. Dayah akan masuk Dept Peads sementara abang akan masuk dept Ortho. Adda di Dept Surgery. Dapat bersama begini satu nikmat. 

Semoga Allah rezekikan kami lagi dapat berkumpul bersama-sama dengan gembira. Ameen.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang ingin agar rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 








































KERJA ITU IBADAH


Monday, June 29, 2020

MATI ITU PASTI

Mati itu pasti....

Mati tidak mengenal usia...

Mati bukan bagi yang tua....

Masanya kan tiba tanpa kita ketahui..

 

Bersedialah...

Sediakan bekalan sebanyak mungkin...

Sediakan bekalan selagi mampu...

 

Berkorbanlah...

Berkorban  harta mu ke jalan Allah.

Berkorban waktu tidormu untuk Tahajud kepadaNya...

Berkorban masa untuk  ibadah....

Berkorban kegembiraan dunia untuk akhirat...

 

Semoga Jannah balasannya. Ameen


alhamdulilah .Teruskan perjalanan

Sunday, June 28, 2020

BERSARA - MENCARI MAKNA

Assalamualaikum

Beberapa dekad bekerja  menjadikan fokus utama adalah pekerjaan dan kebajikan keluarga.

Setelah bersara anda perlu menetapkan tujuan dan matlamat baru. Membayangkan bagaimana anda akan menghabiskan masa persaraan dengan lebih memberikan makna pada keadaan semasa dan di alam yg kekal nanti.

Merasa beruntung dan bersyukur jika bersara , kita masih punya teman hidup yg boleh bersama- sama memberi makna kpd penghujung kehidupan kita.

 

Aku sedang mencari makna...

Rabbi Yassir Wala Tu Assir




Masih mencari makna

Saturday, June 27, 2020

BERSEDEKAHLAH




Setiap pagi saya melihat suami mengadap computer nya. Perlahan-lahan saya mendekatinya. Owh ini rupanya kerjanya setiap pagi…..bersedekah dengan membuat fund transfer ke Pusat Tahfiz, Yayasan kebajikan dll. Tak kisah dengan jumlah yang disedekahkan tetapi dia istiqomah.

Sedekah boleh dalam berbagai bentuk , bukan sahaja dalam bentuk kewangan.
Berbuat baik itu sedekah
Senyum itu sedekah
Kata-kata yang baik juga sedekah

Luas konsep sedekah. Senangkan nak dapat pahala sebenarnya. Jom kumpul bekalan, saham untuk akhirat. 

Dalam satu hadis menerangkan, manusia jika mereka biasa bersedekah walaupun dengan sedikit kurma, ia mampu menghalang wajahnya daripada dibakar api neraka.

Segala harta dunia yang miliki ketika ini belum tentu menjadi milik kita selamanya. Sampai masa kita pun akan meninggalkan segala milik kita. Yang pasti, setiap sen atau harta diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi pelaburan di akhirat kelak di mana kebaikannya berkekalan. ..Semoga Allah menerima sedekah jariah kita , Ameen.

Antara pusat tahfiz dan kebajikan :
1. Yayasan Al - Amin   MBB: 5622 7260 3690
2. Pertubuhan kasih Umat malaysia -Ebit Liew . CIMB: 8603546376
3. Maahad Tahfiz Al Bahiyah. MBB: 5520 2262 1355
4. Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin Sabah . Bank Islam : 1005 2010 1183 08
5. Tahfiz Darul Rahman. MBB : 5630 4631 8953






Kunjungan yang Meninggalkan Kesan

Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...