Wednesday, October 23, 2013

Dulu dan Sekarang


Assalamualaikum  


Hariraya Aidil Adha 2013, kami merayakanya tanpa abang. Abang beraya di Belgaum, India bersama kawan-kawan. Dari gambar yang di hantar melalui viber - abang dan kawan-kawanya nampak gembira. wah.....Abang  berpeluang menyembelih lembu korban. Alhamdulialh.


Sehari sebelum raya, alhamdulilah saya dan Hidayah berkesempatan  menziarahi keluarga kawan Hidayah  di Merlimau Pasir. Sepanjang perjalanan pulang, saya asyik memikirkan apa peringatan yang Allah nak saya belajar dari pertemuan ini.

Setiap kali kami melawat keluarga ini, kami akan terasa diterima dengan baik dan seronok. Nenek kawan Dayah ni selalunya akan menyambut kedatangan kami dengan ramahnya. Tetapi kali ini keadaanya sangat berbeza. Tidak ada lagi  riak gembira di wajahnya melayan kami dan tidak juga berborak dengan kami seperti kebiasaannya. Sepanjang perbualan dengan mak kawan dayah, neneknya  hanya berdiam diri, duduk sopan  dan menggosok-gosok tangannya. Sesekali memandang kami tetapi tidak langsung berbual mesra seperti dulu.

Kami diberitahu dia  baru sahaja pulih dari pembedahan usus dan doktor mengesahkan bahawa beliau mengidap kanser usus. Atas faktor umur maka beliau tidak akan menjalani kemoterapi sebagaimana sepatutnya. Beliau perlu memakan ubat-ubatan sahaja. Beliau sihat dan penyakit asma yang dihidapinya selama ini juga pulih. Cuma reaksi dia jadi berbeza...tiada lagi wajah ceria nya.

Sedihnya saya dan Hidayah.....apatah lagi anak dan cucu-cucunya....Teringat2 masa dulu dan bezanya dengan masa sekarang..Terasa miss dengan nenek itu yang dulu.


Akan sampai masanya kita juga akan tua.....


Firman Allah:

“ Allah yang menciptakan kamu , kemudian Dia mematikan kamu. 
Ada pula antara kamu yang dikembalikanNya kepada peringkat umur yang sangat lanjut sehingga dia menjadi tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya, 
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Berkuasa”
(Surah An-Nahl 16:70)

Allah menciptakan kita dan menentukan masa mematikan kita.  Teruskanlah kehidupan kita dengan mengingati Pencipta kita. Amalkan  membaca dan menghafaz surah-surah Al-Quran walaupun sedikit demi sedikit (istiqamah) supaya minda kita sentiasa berzikir dan berfikir tentang keagungan Allah Ta’ala. Jangan merosakkan pemikiran kita dengan perkara yang tidak bermanfaat dan maksiat. Berdoalah semuga Allah memberikan kita ingatan yang kuat dan kesihatan yang baik untuk kita mampu beribadat sehingga ke akhir hayat dan mematikan kita , ibubapa, anak-anak dan kaum keluarga juga sahabat handai dalam iman . Ameen...


Wednesday, October 2, 2013

KISAH ACHIK -PMR 1

ASSALAMUALIKUM,

Selasa 2 oktober 2013, hari pertama PMR bermula. Semasa waktu rehat  12.30tghari - saya pun ke sekolah achik dengan membawa makanan tengahari. Setelah berpeluh-peluh mencari, saya temui achik di surau. Semasa menemani achik makan di kantin (kantin kosong je- tak ada orang yang makan, tiada makanan yang dijual  dan tak ada ibubapa yang datang . Kenapa ye?),

 achik     :  Esok ummi tak yah datanglah tengahari bawa makanan ?

ummi      :  Kenape?

achik      :  Susahkan ummi je? nanti achik makan kat kantin.

ummi      : mana ada makanan jual masa tengahri?

achik      ;  kalau ummi nak hantar makanan, achik nak kuih2 je. Ummi  tunggu kat  a
                   pintu depan je . Nanti acik datang kat ummi.

Termenung sejenak..... Achik malu ke saya datang dengan makanan.  
Ah... think positive....achik tak nak kawan-kawan dia sedih kerana ibubapa mereka tak dapat datang menghantar makanan sebagaimana yang saya lakukan. 

Tak mahu acik berasa tak selesa so saya akan ikutkan permintaannya.. Semoga Allah permudahkan achik dan memberikan dia keputusan yang baik. Ameeen.

Mengenang  kembali --PMR pada tahun-tahun sebelumnya ;


PMR 2008 - Luqman

 Anak sulong hadapi PMR , nervousnya saya lebih dari abang. Bersekolah di sekolah yang prestij - sudah semestinya result mesti excellent. Ini bermakna abang menghadapi PMR dengan 'stress yang tinggi'. Doa yang berpanjangan kami panjatkan , semoga abang dapat menghadpi PMR dengan baik kerana kami tiada di sisi abang semasa tempoh yang penting ini seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.  Tiada usaha lain selain meletakkan  kepercayaan kepada kasih- sayang dan rahmat Allah.  Alhamdulilah ...

 PMR 2009 - Hidayah

Seminggu sebelum PMR, Hidayah dah mula stress. Saya keluarkan dia dari asrama dan sepanjang tempoh PMR tersebut, saya bercuti.  Saya menghantar dan mengambil Hidayah dari sekolah sepanjang tempoh tersebut. Penat ke?.... Langsung tidak kerana tindakan ini adalah merupakan sokongan kami  untuk dia , supaya dia dalam keadaan yang selesa dan dapat melakukan yang terbaik.  Itu hanyalah sebahagian usaha kami  disamping doa yang berpanjangan kami panjatkan , semoga Hidayah dapat menghadapi PMR dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.  Semasa belajar di malam hari  - hidayah ada peneman setia @ nenek... Nenek meneman dia sambil sembahyang dan berdoa . Alhamdulilah .....

PMR 2010 - Nina

Hari pertama PMR adalah hari yang paling merisaukan kami. Jika hari pertama Nina ok  , bermakna hari seterusnya tiada masalah..insyallah.. 

Saya bercuti. Semasa menjemputnya pada tengahari, risau  jugak dan tak sabar nak tengok expression dia . Nampak dari jauh senyum meleret...Alhamdulilah...

Pada petangnya pula terdapat masalah teknikal sikit .....dia tertinggal IC/Slip.
Ai ya Nya.. Gurunya  menetapkan  - tidak boleh balik semasa tengahari sepanjang tempoh  peperiksaan.  Sekolah sediakan makanan....bagusnya sekolah..

Usaha dan Tawakal kepada Allah.. Doa yang berpanjangan juga kami panjatkan , semoga Nina  dapat menghadapi PMR dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang....Ameeen .  Alhamdulilah



Semoga Allah terus-terusan memberi kejayaan kepada anak-anak ku di dunia dan di akhirat. Ameen 



 Alhamdulilah,

 “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, 
tidaklah dapat kamu menghitungnya”
[Surah  Ibrahim: 34]








Tuesday, October 1, 2013

PMR 2013



Assalamualikum

Esok PMR 2013 akan bermula. Ini bermakna acik iaitu anak ke 4 ku akan menghadapi peperiksaan yang penting. As usual acik cool aje , dalam hati dia hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Abang dah pun menelefon acik dari India untuk memberikan kata-kata semangat untuk acik. Selepas bercakap dengan abang , saya lihat acik tersenyum. Ada riak gembira atas keperihatinan abang kepada dia agaknya. Alhamdulilah, setiap kali adik-adik akan menghadapi peperiksaan penting, abang tak pernah lupa untuk menghubungi memberikn nasihat dan semangat kepada adik2nya.

Selepas abang call, Nina dan Hidayah juga menghubungi acik. Seronok acik tahu abang dan kakak2nya mengambil berat tentang dirinya.

Semoga acik dapat menjawap soalan pperiksaan dengan baik an cemerlang .. itu doa kami. Semoga acik bijak sebagaimana saudara-saudaranya dan berakhlak mulia.


Ameen 

Sunday, September 22, 2013

Ghazaly's Wedding Day


22 Sep 2013

Abang Saya ke 3 : Datuk Abdul Rahman dan isteri
Abang Sulong Saya: Hj Abdul Rahim  dan isteri


Pengantin bersama Nenek

Adik lelaki saya: Dzulhabil dan isteri + askar2nya

Adik lelaki saya: Dzulhikam dan isteri

Abang ke 4 : Hj Zohary dan isteri

Bersama kakak ke dua : Hjh Sara

Mak dan adik bongsunya

kaka ke 2 : Hjh Sara



Kakak pertama : Hjh Rashiah bersama puteri dan cucunya Fatihah Aisyah
Wedding Place: Buluh Perindu (owner: Hjh Sara dan Hj Fawzal)

Thursday, September 19, 2013

CERITA 1

Assalamualikum

Sebagai pendidik , kita akan berhadapan berbagai ragam pelajar. Anataranya pelajar yang lemah dan senantiasa mendapat markah rendah dalam apa jua bentuk penilaian yang kita beri. Tercabar juga kesabaran kita.

Antaranya  H , pelajar lelaki - amat pasif  - tidak berkawan sangat - kalau ada kawan pun yang macam dia je prestasinya dan pastinya selalu dapat markah yang rendah dalam semua penilaian walaupun ianya tugasan yang boleh diselesaikan dalam jangkawaktu yang agak lama dan di luar waktu kelas.

Pagi ini semasa dia berjumpa , saya mengambil kesempatan menanyakan :

Saya  :  Awak faham ke apa yang saya ajar sehingga kini.?

H      :  Boleh puan..sikit-sikit..

Saya :  Markah penilaian awak sangat rendah... Awak tak belajar ke? Kenapa saya nampak awak selalu sendirian?

H     :  Saya sebenarnya banyak masalah puan. Ayah saya meninggal semasa saya berumur 12 tahun. Emak saya tidak bekerja. Mak menyara kami dengan duit pencen ayah. Kemudian Mak pun berkahwin semula. Tetapi nasib kami tak baik, bapa tiri tidak bekerja. Duit pencen ayah terpaksa pula dikongsi bersama dia. Jadi saya mencuba berniaga kecil-kecilan, tetapi kerugian pula. Tanah dan rumah yang ayah tinggalkan sekarang tergadai pula. Kakak ada yang grad tetapi hanya dapat kerja guru sambilan. Perbelanjaan tak cukup. Saya terpaksa kerja part time .

Rasa simpati dgn nasibnya. ujian yg dia lalui amat berat pd USIA INI. Semoga beliau berjaya melaluinya. Ameen

Wednesday, September 11, 2013

INDIA ?

Assalamualikum

Anak sulong saya bercita-cita menyambung pelajaran di bumi Ireland. Setelah berhempas pulas selama 2 tahun, ditakdirkan dia tidak dapat meneruskan pengajian di Ireland. Sebagai ibubapa , kita juga merasa kesedihannya walaupun dia tidak pernah menyuarakannya.


Ditakdirkan dia mendapat tempat di INDIA. ..............kenape INDIA......not IRELAND.

Harap I Allah beri  I juga... Alhamdulilah akhirnya dia boleh tersenyum...

9 hb Sept terbanglah Luqman ke India. 

10hb Sept saya menerima panggilan dari PMC menawarkan Luqman tempat untuk twinning programnya dengan Ireland..  Allahuakbar. TakdirNya.. 

Ketahuilah  anakku:

Firman Allah SWT bermaksud;

Boleh jadi kamu benci  kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan 
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu , padahal ia buruk bagi kamu. 
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya. 
(Al-baqarah: 216)

Ayat ini menjelaskan bahwa Allah lebih mengethaui akibat dari semua perkara daripada manusia dan dengan mengamati dan memahami ayat ini menyebabkan kita mudah menerima segala yang berlaku sebagai takdir yang Allah tentukan seterusnya mencari apakah hikmah disebalik setiap ketentuanNya.

Ayat Al-Quran ini berupaya menenangkan hati  seterusnya percaya bahwa perancangan Allah adalah lebih baik dari kita. 

Jelas dalam ayat ini Allah memberi peringatan "Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya."Kita adalah mahluk ciptaannya , hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. kita perlu sentiasa berusaha , berdoa dan bertaawkkal.

Fikirkan : Apakah yang Allah nak dia belajar di sini.  

Diharapkan dia akan mendapat hikmah  dan hidayah semasa belajar disini dan menjadikan dia muslim yang lebih baik.

1. Menginsafi bila melihat kemiskinan di negara ini. Bukan sekadar mata yang melihat, diharapkan hatinya boleh mentafsir. Miskin dunia tidaklah seteruk miskin akhirat sebenarnya. 

2. Senantiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah terhadapnya. Allah akan memberi ganjaran pahala yang besar kepada orang yang sentiasa bersyukur kepada-Nya. 

3. Membuat pemerhatian dan berfikir tentang ciptaan Allah. Ini dapat menambah dan mengukuhkan keimanan kepada Allah. 

4. Berusaha bersunggguh-sungguh memenuhi impiannya , harapan kami dan bertanggungjawap atas janjinya kepada rakyat (duit rakyatkan)


Ingatlah anakku: Nasihat Lukmanul hakim 

 " hai anakku! 
Berusahalah untuk menghilangkan kemiskinan dengan usaha yang halal. 
Sesungguhnya orang yang berusaha dengan jalan yang halal, tidaklah dia akan mendapat kemiskinan, kecuali apabila dia telah dihinggapi oleh tiga jenis penyakit - 
tipis kepercayaan agamanya , lemah akalnya dan hilang kesopanannya"


Semoga Luqman berjaya dalam mencapai cita-citanya dan bahagia di dunia dan akhirat, juga mengingati kami dalam doanya. Ameen...


Achik, Abah, Abang, Ummi dan Nina, Pak Lang

Nenek dan Sebahagian Cucu kesayangannya. Semuanya bakal DR.

Anak2 saudara yang sporting dan ceria. Future Dr - Firdaus and Siti Syuhada


Monday, September 9, 2013

September 2013

Assalamualikum

9 Sept 2013 :
Abang Luqman berlepas Ke India untuk menyambung pelajaran selama 5 tahun dalam jurusan perubatan Program Perubatan  USM-KLE, Belgaum, Karnataka.

Kami akan merindui abang. Dengan kemudahan internet insyallah kami akan sering berhubung. Harapan kami abang akan berusaha bersungguh-sungguh ....supaya dapat grad on-time. Doa kami sekeluarga , Semoga Allah permudahkan urusan abang , grad on-time dan berjaya mencapai cita-citanya menjadi doktor muslim yang berjaya dunia dan akhirat juga bahagia dunia dan akhirat. Ameeen....Fightin ....ter korea pulak. Orang india kata macam mana ye. Kena tanya abang nanti...

10 September 2013:

Hari Yang Paling Menggerunkan bagi kembar Anna dan Ahha. .....UPSR.... Semoga Allah menberikan anak kembar ku ketenangan dan idea  dalam menjawap soalan , berjaya menjawap dengan cemerlang seterusnya mendapat keputusan cemerlang sebagaimana di impikannya. Ameen ...Itu harapan mereka dan doa kami sekeluarga.
Cayok Anna dan Ahha...




Kunjungan yang Meninggalkan Kesan

Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...