ASSALAMUALIKUM,
Selasa 2 oktober 2013, hari pertama
PMR bermula. Semasa waktu rehat 12.30tghari - saya pun ke sekolah achik
dengan membawa makanan tengahari. Setelah berpeluh-peluh mencari, saya temui achik di surau. Semasa menemani achik makan di kantin (kantin kosong je- tak ada orang yang makan, tiada makanan yang dijual dan tak ada ibubapa yang datang . Kenapa ye?),
achik : Esok ummi tak yah datanglah tengahari bawa makanan ?
ummi : Kenape?
achik : Susahkan ummi je? nanti achik makan kat kantin.
ummi : mana ada makanan jual masa tengahri?
achik ; kalau ummi nak hantar makanan, achik nak kuih2 je. Ummi tunggu kat a
pintu depan je . Nanti acik datang kat ummi.
Termenung sejenak..... Achik malu ke saya datang dengan makanan.
Ah... think positive....achik tak nak kawan-kawan dia sedih kerana ibubapa mereka tak dapat datang menghantar makanan sebagaimana yang saya lakukan.
Tak mahu acik berasa tak selesa so saya akan ikutkan permintaannya.. Semoga Allah permudahkan achik dan memberikan dia keputusan yang baik. Ameeen.
Mengenang kembali --PMR pada tahun-tahun sebelumnya ;
PMR 2008 - Luqman
Anak sulong hadapi PMR , nervousnya saya lebih dari abang. Bersekolah di sekolah yang prestij - sudah semestinya result mesti excellent. Ini bermakna abang menghadapi PMR dengan 'stress yang tinggi'. Doa yang berpanjangan kami panjatkan , semoga abang dapat menghadpi PMR dengan baik kerana kami tiada di sisi abang semasa tempoh yang penting ini seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Tiada usaha lain selain meletakkan kepercayaan kepada kasih- sayang dan rahmat Allah. Alhamdulilah ...
PMR 2009 - Hidayah
Seminggu sebelum PMR, Hidayah dah mula stress. Saya keluarkan dia dari asrama dan sepanjang tempoh PMR tersebut, saya bercuti. Saya menghantar dan mengambil Hidayah dari sekolah sepanjang tempoh tersebut. Penat ke?.... Langsung tidak kerana tindakan ini adalah merupakan sokongan kami untuk dia , supaya dia dalam keadaan yang selesa dan dapat melakukan yang terbaik. Itu hanyalah sebahagian usaha kami disamping doa yang berpanjangan kami panjatkan , semoga Hidayah dapat menghadapi PMR dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Semasa belajar di malam hari - hidayah ada peneman setia @ nenek... Nenek meneman dia sambil sembahyang dan berdoa . Alhamdulilah .....
PMR 2010 - Nina
Hari pertama PMR adalah hari yang paling merisaukan kami. Jika hari pertama Nina ok , bermakna hari seterusnya tiada masalah..insyallah..
Saya bercuti. Semasa menjemputnya pada tengahari, risau jugak dan tak sabar nak tengok expression dia . Nampak dari jauh senyum meleret...Alhamdulilah...
Pada petangnya pula terdapat masalah teknikal sikit .....dia tertinggal IC/Slip.
Ai ya Nya.. Gurunya menetapkan - tidak boleh balik semasa tengahari sepanjang tempoh peperiksaan. Sekolah sediakan makanan....bagusnya sekolah..
Usaha dan Tawakal kepada Allah.. Doa yang berpanjangan juga kami panjatkan , semoga Nina dapat menghadapi PMR dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang....Ameeen . Alhamdulilah
Semoga Allah terus-terusan memberi kejayaan kepada anak-anak ku di dunia dan di akhirat. Ameen
Alhamdulilah,
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,
tidaklah dapat kamu menghitungnya”
[Surah Ibrahim: 34]
No comments:
Post a Comment