Wednesday, October 23, 2013

Dulu dan Sekarang


Assalamualaikum  


Hariraya Aidil Adha 2013, kami merayakanya tanpa abang. Abang beraya di Belgaum, India bersama kawan-kawan. Dari gambar yang di hantar melalui viber - abang dan kawan-kawanya nampak gembira. wah.....Abang  berpeluang menyembelih lembu korban. Alhamdulialh.


Sehari sebelum raya, alhamdulilah saya dan Hidayah berkesempatan  menziarahi keluarga kawan Hidayah  di Merlimau Pasir. Sepanjang perjalanan pulang, saya asyik memikirkan apa peringatan yang Allah nak saya belajar dari pertemuan ini.

Setiap kali kami melawat keluarga ini, kami akan terasa diterima dengan baik dan seronok. Nenek kawan Dayah ni selalunya akan menyambut kedatangan kami dengan ramahnya. Tetapi kali ini keadaanya sangat berbeza. Tidak ada lagi  riak gembira di wajahnya melayan kami dan tidak juga berborak dengan kami seperti kebiasaannya. Sepanjang perbualan dengan mak kawan dayah, neneknya  hanya berdiam diri, duduk sopan  dan menggosok-gosok tangannya. Sesekali memandang kami tetapi tidak langsung berbual mesra seperti dulu.

Kami diberitahu dia  baru sahaja pulih dari pembedahan usus dan doktor mengesahkan bahawa beliau mengidap kanser usus. Atas faktor umur maka beliau tidak akan menjalani kemoterapi sebagaimana sepatutnya. Beliau perlu memakan ubat-ubatan sahaja. Beliau sihat dan penyakit asma yang dihidapinya selama ini juga pulih. Cuma reaksi dia jadi berbeza...tiada lagi wajah ceria nya.

Sedihnya saya dan Hidayah.....apatah lagi anak dan cucu-cucunya....Teringat2 masa dulu dan bezanya dengan masa sekarang..Terasa miss dengan nenek itu yang dulu.


Akan sampai masanya kita juga akan tua.....


Firman Allah:

“ Allah yang menciptakan kamu , kemudian Dia mematikan kamu. 
Ada pula antara kamu yang dikembalikanNya kepada peringkat umur yang sangat lanjut sehingga dia menjadi tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya, 
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Berkuasa”
(Surah An-Nahl 16:70)

Allah menciptakan kita dan menentukan masa mematikan kita.  Teruskanlah kehidupan kita dengan mengingati Pencipta kita. Amalkan  membaca dan menghafaz surah-surah Al-Quran walaupun sedikit demi sedikit (istiqamah) supaya minda kita sentiasa berzikir dan berfikir tentang keagungan Allah Ta’ala. Jangan merosakkan pemikiran kita dengan perkara yang tidak bermanfaat dan maksiat. Berdoalah semuga Allah memberikan kita ingatan yang kuat dan kesihatan yang baik untuk kita mampu beribadat sehingga ke akhir hayat dan mematikan kita , ibubapa, anak-anak dan kaum keluarga juga sahabat handai dalam iman . Ameen...


No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...