Tuesday, October 3, 2023

Heartbreak


Assalamualaikum

Pokok ni menyebabkan saya rasa sedih...

Tiba2 je dia mati...mayb akar diserang anai2.

Pokok ni mak yang tanam. Banyak kali dah berbuah. Buahnya besar..


Dah mati pulak. Tak ada kenangan lagi...







Sunday, October 1, 2023

Sofia ...adapting to Susu Formula



Assalamualaikum

JURNAL SOFIA 01.10.23


8.15am  Makan roti canai

9.30am  Minum 1 oz susu mommy dalam botol

10.30am  Tido ..nap je ni

11.00am  Minum 1 oz susu mommy dalam botol.

11.30am  Makan nasi ayam dan Minum air kosong

12.00noon Berak

1.00pm Minum susu formula 1oz

1.45pm Minum 1oz susu formula

2.00pm Makan buah limau mandrain 1 biji dan Minum air kosong

2.30 pm Mkn roti, minum air kosong.

3.00pm Minum 1oz susu formula

3.15 pm  Minum 1oz susu formula

3.30pm Berak lg

3.50pm Tido (1 jammlebih)

5.20pm Minum 3oz susu formula

5.40pm Mommy balik

Alhamdulilah. 

Total minum susu 9oz . 

Berat sofia tak naik agak lama menyebabkan kami risau. Dia memang minum susu sikit sebab tidak berapa suka susu formula. Alhamdulilah ada selera makan. 


Hopefully Sofia getting used to Formula Milk. Yang penting dia sihat, bijak dan solehah. Aamin.


"Ya Allah, aku serahkan diriku kepada-Mu, aku serahkan urusanku kepada-Mu dan aku hadapkan wajahku kepada-Mu dan aku sandarkan belakangku kepada (Kekuasaan) Mu dengan keinginanku dan ketakutanku kepada-Mu, tiada tempat pergantungan dan tiada tempat untuk menyelamatkan diri daripada-Mu kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab-Mu yang Engkau turunkan dan aku beriman dengan Nabi-Mu yang Engkau utuskan.”

p/s Gigih nekmi rekod semuanya. Nekmi love you so much Sofia Liyana

Tuesday, September 26, 2023

Sofia and Test

Assalamualaikum

"Kita diuji kerana Allah tahu kita mampu melaluinya" ayat yang menenangkan ....

Maka berdamailah dengan takdir, carilah penyelesaian sambil panjatkan doa kepada Allah memohon bantuan  

Sangat sukar menjaga Sofia apabila mommy mula berkerja selepas habis berpantang. Ini adalah kerana sepanjang pantang, mommy fully breastfeed dia menyebabkan dia reject bottle feed.

Berbagai cara Tok Abah dan Nekmi cuba. Setelah sekian lama,  Alhamdulilah, Allah Maha Penyayang, akhirnya dia mahu minum susu mommy menggunakan botol.

Now susu mommy semakin sikit, mungkin disebabkan mommy pregnant. Masalah lain pula timbul  apabila Sofia tidak berapa suka susu formula. Berbagai jenis susu telah mommy beli dan berikan, namun Sofia minum sangat sedikit. Keadaan makin parah apabila waktu malam. Dia akan kerap bangun dan menangis sebab tidak cukup susu. Keadaan ini amat merisaukan kami. Tp Alhamdulilah dia mahu makan makanan lain seperti buah, bubur, roti canai dan roti potato.

Keadaan Sofia ni mengingatkan ummi akan Nina. Nina pun susah berhenti menyusu badan wpun dah 3 tahun. Ummi kena berhentikan dia menyusu badan kerana sedang mengandong Acik,

Nenek cadangkan ummi letak asam jawa or bawang merah yang ditumbuk pada nenen.
Bila ummi letak asam jawa or bawang merah yg ditumbuk pd nenen, Nina kata: 

Nina : Ummi  tgk ni. Kotorlah nenen ummi ni. Jab ye...

Dia  ambil towel kecil yang dibasahkan lalu membersihkan nenen. 

Nina : Ha dah bersih mi. Cuba Na rasa jab. Wa dah ok. Sedap mi

Disebabkan cara tu x berjaya, maktok cadangkan ummi sapukan dengan daun hempedu bumi yang dah ditumbuk. Pahit sgt daun ni.
Bila dia cuba  menyusu,

Nina   : Eh mi x sedap susu ummi ni. Kenapa ?

Ummi: Tak tahulah Na. Mungkin sbb ia air kencing baby kot.

Nina  : eee   gelinya. Kotor..

Sejak tu nina tidak lagi menyusu badan. Seminggu juga dia tantrum tak dapat susu badan. 

Nina paling lama menyusu badan berbanding anak2 yg lain. 

Nina yang cheeky
   

NINA yg manja
                     

Now Sofia pulak jadi seperti nina. Bezanya keadaan Nina dan Sofia adalah Nina dah 3 tahun dan boleh menerima rasional alasan kena berhenti menyusu. Sedangkan Sofia baru 1thn 2 bulan. 

Dia tak faham susu tak ada sedangkan nenen ada. 
Dia tak faham jika beri alasan seperti Nina

Tp dia boleh kenalpasti susu sedap atau tidak. 

So Mommy kena kuatkan hati untuk letak asam or bwg tadi setiap kali dia nak menyusu. Masalahnya boleh ke mommy buat. Dia selalu x sampai hati. Hati memang kena kental dalam hal ni. Jika tidak masalah tidak akan selesai.

GO GO GIRL
Sofia happy girl



Semoga Allah permudahkan urusan mommy dan Sofia juga Neki/TokAbah. Kasihanilah mereka Ya Allah. Bantulah mereka yang Allah. Semoga Sofia membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat. Juga semua anak menantu dan zuriat keturunan ku. Aamiin

Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bil khair.

“Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan.” 

Monday, September 11, 2023

11.09.2023

Assalamualaikum.
Rabbi Yassir Wala Tu Assir


 Kami di Hospital Pakar Putra. Abah start taking ubat Cholesterol.

Semoga Allah memberikan kami kesihatan yang baik sehingga akhir hayat kami. Aamiin

Sunday, September 10, 2023

Merdeka

Assalamualaikum

Merdeka kali ada sejarah yang tak akan dilupakan. InsyaAllah. Lahirnya si comel ni.
Aisya Nadraa binti Luqman Hafizuddin

Cousin pun celebrate. Funny pic of Hudzaifah 


Cucu Merdeka 31.08.2023

Assalamualaikum

Adda admitted 29.08.23. Baby suspected besar. Dr scan berat baby around 3.5kg. Memandangkan Adda bersalin Yusuf secara Czer so Dr advised  kena admitted untuk pemantauan. Tp sehingga 31.08 masih belum contraction yang kuat. 

Kami already make a plan to visit them on 31.08 till 2.9. So awal pagi kami bertolak ke Tganu. Ummi,Abah, Aha , Ana, Dayah and Sofia.

Sampai Tganu dalam kol 4 ptg terus ke homestay yg terletak berhampiran rumah abang.

Around 9pm Adda bersalin secara Czer juga. Seorang baby girl yang comel seberat 3.5kg. Alhamdulilah both sihat.


Semoga Abang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Aamiin


Sweet Aisya


Aisya Cutest Smile captured

She so cute and adorable. My sweet little girl.

Pic Nekmi with Ammar Yusuf (2020) and Aisya Nadraa (31.08.2023)

Semoga Aisya Nadraaa binti Luqman Hafizuddin membesar dengan sihat, menjadi anak solehah penyejukmata dan hati ummi dan abinya. Berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat.

Tahniah Abang dan Adda.

Now every year, kita akan cuti celebrate birthday Aisya Nadraa. 

Si Cute Sofia

Sofia dapat cousin girl. Semoga silaturrahim sentiasa terjalin dgn baik zuriat dan keturunan ku.

Aisya dan TyHa


Abang Long Ammar Yusuf






بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي المَــوْهُوْبِ لَكَ، وشَكَرْتَ الوَاهِبَ، وبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ[1]

Maksudnya: “Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu, agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya, dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya.”

Aamin Ya Rabb





Monday, August 28, 2023

KE GOPENGHAGEN

Assalamualaikum

Tok Yah call kata mereka akan balik Gopeng. En Suami pun plan nak ziarah dia. 

Alhamdulilah Johor cuti Khamis , bermakna Sofia akan dijaga mommynya.

Kami bergerak agak lewat ptg. Dalam perjalanan , berhampiran Hentian Sebelah Senawang , abah terlanggar sesuatu ditengah hw. Allahuakbar . Bunyi yang kuat menyebabkan kami berhenti di RNR Seremban untuk melihat keadaan kereta. 

Abah kata tayar kereta ada sedikit bulging. Memandangkan dah malam dan tiada kedai tayar yang buka maka kami pun meneruskan perjalanan. 

Merasa risau dan tak tenang, kami pun mengambil keputusan bermalam di Tanjung Malim. Google hotel ...kami bermlam di sini


 Ikhwan Inn

Penginapan budget. Banyak juga Rangkaian Ikhwan Global ni. Tak silap , group bekas pengikut Al Arqam. Semoga mereka terus maju dan sentiasa dilandasan yang betul. Begitu juga kita. Aamin.

Esoknya kami meneruskan perjalanan menuju Gopenghagen. Alhamdulilah selamat sampai. Lepas sarapan bersama Tok Yah, kita ke Kedai Tayar.

RM200 tukar tayar. Rupanya buldging dalam dan luar. 
L8l99Kat Perak durian masih ada. Murah dan sedap





Lepas lunch kita bertolak balik Melaka dan Tok Yah ke Betong. 
 Rabbi Yassir Wala Tu Assir




Kunjungan yang Meninggalkan Kesan

Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...