Monday, August 28, 2023

KE GOPENGHAGEN

Assalamualaikum

Tok Yah call kata mereka akan balik Gopeng. En Suami pun plan nak ziarah dia. 

Alhamdulilah Johor cuti Khamis , bermakna Sofia akan dijaga mommynya.

Kami bergerak agak lewat ptg. Dalam perjalanan , berhampiran Hentian Sebelah Senawang , abah terlanggar sesuatu ditengah hw. Allahuakbar . Bunyi yang kuat menyebabkan kami berhenti di RNR Seremban untuk melihat keadaan kereta. 

Abah kata tayar kereta ada sedikit bulging. Memandangkan dah malam dan tiada kedai tayar yang buka maka kami pun meneruskan perjalanan. 

Merasa risau dan tak tenang, kami pun mengambil keputusan bermalam di Tanjung Malim. Google hotel ...kami bermlam di sini


 Ikhwan Inn

Penginapan budget. Banyak juga Rangkaian Ikhwan Global ni. Tak silap , group bekas pengikut Al Arqam. Semoga mereka terus maju dan sentiasa dilandasan yang betul. Begitu juga kita. Aamin.

Esoknya kami meneruskan perjalanan menuju Gopenghagen. Alhamdulilah selamat sampai. Lepas sarapan bersama Tok Yah, kita ke Kedai Tayar.

RM200 tukar tayar. Rupanya buldging dalam dan luar. 
L8l99Kat Perak durian masih ada. Murah dan sedap





Lepas lunch kita bertolak balik Melaka dan Tok Yah ke Betong. 
 Rabbi Yassir Wala Tu Assir




No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...