Tuesday, September 26, 2023

Sofia and Test

Assalamualaikum

"Kita diuji kerana Allah tahu kita mampu melaluinya" ayat yang menenangkan ....

Maka berdamailah dengan takdir, carilah penyelesaian sambil panjatkan doa kepada Allah memohon bantuan  

Sangat sukar menjaga Sofia apabila mommy mula berkerja selepas habis berpantang. Ini adalah kerana sepanjang pantang, mommy fully breastfeed dia menyebabkan dia reject bottle feed.

Berbagai cara Tok Abah dan Nekmi cuba. Setelah sekian lama,  Alhamdulilah, Allah Maha Penyayang, akhirnya dia mahu minum susu mommy menggunakan botol.

Now susu mommy semakin sikit, mungkin disebabkan mommy pregnant. Masalah lain pula timbul  apabila Sofia tidak berapa suka susu formula. Berbagai jenis susu telah mommy beli dan berikan, namun Sofia minum sangat sedikit. Keadaan makin parah apabila waktu malam. Dia akan kerap bangun dan menangis sebab tidak cukup susu. Keadaan ini amat merisaukan kami. Tp Alhamdulilah dia mahu makan makanan lain seperti buah, bubur, roti canai dan roti potato.

Keadaan Sofia ni mengingatkan ummi akan Nina. Nina pun susah berhenti menyusu badan wpun dah 3 tahun. Ummi kena berhentikan dia menyusu badan kerana sedang mengandong Acik,

Nenek cadangkan ummi letak asam jawa or bawang merah yang ditumbuk pada nenen.
Bila ummi letak asam jawa or bawang merah yg ditumbuk pd nenen, Nina kata: 

Nina : Ummi  tgk ni. Kotorlah nenen ummi ni. Jab ye...

Dia  ambil towel kecil yang dibasahkan lalu membersihkan nenen. 

Nina : Ha dah bersih mi. Cuba Na rasa jab. Wa dah ok. Sedap mi

Disebabkan cara tu x berjaya, maktok cadangkan ummi sapukan dengan daun hempedu bumi yang dah ditumbuk. Pahit sgt daun ni.
Bila dia cuba  menyusu,

Nina   : Eh mi x sedap susu ummi ni. Kenapa ?

Ummi: Tak tahulah Na. Mungkin sbb ia air kencing baby kot.

Nina  : eee   gelinya. Kotor..

Sejak tu nina tidak lagi menyusu badan. Seminggu juga dia tantrum tak dapat susu badan. 

Nina paling lama menyusu badan berbanding anak2 yg lain. 

Nina yang cheeky
   

NINA yg manja
                     

Now Sofia pulak jadi seperti nina. Bezanya keadaan Nina dan Sofia adalah Nina dah 3 tahun dan boleh menerima rasional alasan kena berhenti menyusu. Sedangkan Sofia baru 1thn 2 bulan. 

Dia tak faham susu tak ada sedangkan nenen ada. 
Dia tak faham jika beri alasan seperti Nina

Tp dia boleh kenalpasti susu sedap atau tidak. 

So Mommy kena kuatkan hati untuk letak asam or bwg tadi setiap kali dia nak menyusu. Masalahnya boleh ke mommy buat. Dia selalu x sampai hati. Hati memang kena kental dalam hal ni. Jika tidak masalah tidak akan selesai.

GO GO GIRL
Sofia happy girl



Semoga Allah permudahkan urusan mommy dan Sofia juga Neki/TokAbah. Kasihanilah mereka Ya Allah. Bantulah mereka yang Allah. Semoga Sofia membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat. Juga semua anak menantu dan zuriat keturunan ku. Aamiin

Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bil khair.

“Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan.” 

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...