Birthday Girl
Thursday, January 8, 2015
Mirza Homestay Ipoh
Assalamualikum
Penginapan di Ipoh
Homestay ni cantik, bersih dan furnished.
Worth
Nice decoration.
3 bilik tidor, 2 bilik air .
Ruang tamu dan dapor yg luas dan lengkap termasuk washing machine. Corner lot.
Very nice owner.. Pn Liya 017-4587933
Boleh check di mudah.my
Monday, December 29, 2014
Belajar AL-QURAN
Assalamualaikum
Walaupun telah belajar Al Quran tetapi tajwidnya masih perlu di perbetulkan. Tak berkesempatan mencari guru lagi untuk memperbaiki tajwid maka saya belajar melalui internet sahaja.
Link ini sangat membantu.
http://www.shukom.com/buku.tajwid.html
Semoga Allah memberkati usaha ustaz ini juga membantu saya istiqamah dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.. Ameen
Sunday, December 21, 2014
KAEDAH MENDIDIK ANAK YANG BAIK
ASSALAMUALAIKUM.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W telah
bersabda: ‘ Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya
melainkan tiga perkara:
- Sedekah jariahnya
- Ilmu yang dimanafaatkan
- Anak yang soleh yang mendoakan kebaikan baginya.
Dengan adanya teknologi masa kini, ilmu boleh didapati di hujung jari sahaja. Ramai yang menulis di alam maya ni, berkongsi ilmu tentang cara mendidik anak-anak yang baik. Antaranya
1. http://tudungsicomel.com/kesilapan-besar-ibu-bapa-mendidik-anak/
2. http://www.elaila.net/2014/10/mendidik-anak-anak-menggunakan-teknik.html
3. https://www.youtube.com/watch?v=GF0alDofd88&feature=youtube_gdata
2. http://www.elaila.net/2014/10/mendidik-anak-anak-menggunakan-teknik.html
3. https://www.youtube.com/watch?v=GF0alDofd88&feature=youtube_gdata
Catatan saya dari video Ustaz Abdullah Al Amin saya kongsikan di bawah:
12 Kaedah Mendidik Anak.
1.
Niat untuk menjadi ibubapa yang
terbaik dan soleh.
Luqman Hakim – terkenal dengan
keibubapaan. Ketika ditanya bagaimana
anak2nya adalah anak2 yang baik. Jawapan : Aku mendidik 20 tahun sebelum dia
dilahirkan. Ini bermakna dia mendidik dirinya dahulu sebelum mendapat anak.
2.
Menjaga adap dalam pergaulan suami
isteri.
-
Jangan mendatangi isteri ketika
haid.
-
Larangan mendatangi isteri macam
haiwan
3.
Jaga Pernikahan
-
walikan pernikahan anak
-
Jangan bermain dengan lafaz talaq
4.
Adap ketika mengandong
-
Banyak membaca Surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman
-
Kisah Abdullah Janggi Dosh –
5.
Kelahiran
-
Berikan nama yang baik, panggilan
yang baik kerana ia merupakan doa.
-
Hendaklah di aqiqahkan.
-
Hendaklah di tahniqkan .
6.
Berikan anak makanan yang halalbaik
dan sunah.
- Jauhi yang haram dan syubhat
- Jauhi yang haram dan syubhat
-
Baiki rumah bermula dari dapor.
-
Kisah Imam As - Syafie dan susu
kambing (kambing makan rumput jiran tetapi memberi kesan kepada susu kambing
jika kita meminumnya )
7.
Kaedah mendidik anak secara berkala
-
7 tahun pertama : Bermain dengan anak,
-
7 tahun seterusnya : didik dan
ajarlah ,
-
7 tahun berikutnya : berkawan
dengannya.
8.
Kaedah mendidik anak dengan cara
didikan
-
Hendaklah selalu menegur – bukan nak
mengubah dia/ manusia tak mampu ubah manusia
-
Ulang-ulangan
-
Dedahkan dengan didikan agama
Kisah Imam As-syafie: dia balik dan masuk ke rumahnya memanggil ibunya. Ibunya keluar dan bertanya, kamu anak siapa? Anak ibu masuk ke rumah memberi salam.
9. Kaedah mendidik
anak modul didikan
10. Carikan guru
yang hebat
-
Orang yang hebat , ada guru yang hebat.
11. Doakan yang
sebaiknya.
-
Doa yang baik dtgnya dari ayah
-
Doa yang buruk jika ibu yang doakan
-
masuk rumah beri salam
-
masuk rumah , baca surah al- ikhlas 3kali.
-
Bacakan Al-Fatihah kepada anak-anak.
12. Menghadapi anak
derhaka
Mengapa anak
menjadi derhaka;
i. anak derhaka sebab jahil
ii. anak kurang
Tarbiah
iii. anak keras hati
kaedah:
Baca
Surah Toha ayat 1-5
Lepas
solat , zikir Ya Latif 100 x untuk anak itu
iv. anak derhaka
disebabkan layanan ibubapa
v. disihir
Berusahalah kita mendidik anak-anak supaya
menjadi anak yang soleh. Usah jemu dan berhenti dari mendidik, mendoakan
mereka.
Semoga usaha kita dirahmati Allah dan anak-anak kita menjadi anak-anak soleh dan solehah.
Ameen
Tuesday, December 16, 2014
Achik victory
Alhamdulilah...acik pass ujian komputer JPJ. Happy for him. Lg seronok dpt kalahkan 2 saudara nya yg bijak pandai.
Walaupun kami risau achik menunggang motor tapi kami rasa dia memerlukan kenderaan memudahkannya ke sekolah dan kelas tambahan. Kami menasihatinya dan serahkan kepada Allah, mohon perlindunganNya.
Ameen
ANAK DAN UJIAN
Assalamualikum.
Firman Allah yang bermaksud;
“Dan ketahuilah
bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya
di sisi Allah jugalah pahala yang besar”.
Surah Al-Anfal , ayat 28
Akhir-akhir ini , berita -berita tentang anak-anak yang mencuba menjadi hero menjadi perbualan dan berita di media. Saya melihat ini sebagai satu kesedihan . Terfikir-fikir, apakah yang dirasai oleh ibubapa mereka.
Bangga atau Sedih
Anak-anak ini terlalu ghairah untuk membetulkan keadaan dengan menggunakan cara yang salah. AAJ contohnya menggunakan ayat-ayat yang kesat untuk menghina orang lain, lansung tidak menggambarkan perlakuan atau tindakan sebagai seorang Islam. Ramai lagi anak-anak muda yang mendebik dada mengatakan membawa majoriti suara orang muda tetapi cetek akal dan ilmu agamanya.
Carilah cara terbaik membetulkan keadaan.
Saya bukanlah seorang ustazah @ byk ilmu agama, cuma seorang ibu muslim , yang merasakan adalah perlu ibubapa mempunyai ilmu dalam menangani anak-anak sebegini . Anak-anak perlu sering diingatkan tentang cara berhemah menegur orang yang dirasakan bersalah, menjaga hati dan perasaan IBUBAPA dan seterusnya mendalami ilmu agama, mengamal dan jadilah contoh yang baik . Contoh yang baik dikalangan ahli keluarga dan ummah.
Ya Allah , lindungilah anak-anak saya dan anda. Ameen.
p/s
Teringat kisah seorang abang saudara saya, berdemo bersama DSAI di UM. Dia tidak dapat ditangkap, berjaya melarikan diri dan bersembunyi entah di mana. .....Nasibya tidak sebaik DSAI dan HR. Kesedihan keluarga dia tidak dapat digambarkan, terutama ketika kedua ibubapanya meninggal dunia. Dia tidak bersama-sama memandi, mengkafan dan menghantar jenazah ke kuburan. Sedihnya... Nauzubillah jauhi kami dari ujian sebegini. Ya Allah.
Monday, December 15, 2014
All the Best Nina
Assalamualaikum
Nina dah mula final exam hari ni . Semoga Nina dapat menjawab dengan cemerlang seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
Sebagai ibubapa , usaha kita adalah berdoa dan memohon kepada Allah semoga anak2 kita dapat menjalani peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang .
Nina dah mula final exam hari ni . Semoga Nina dapat menjawab dengan cemerlang seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
Sebagai ibubapa , usaha kita adalah berdoa dan memohon kepada Allah semoga anak2 kita dapat menjalani peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang .
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kunjungan yang Meninggalkan Kesan
Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...