Tuesday, December 16, 2014

ANAK DAN UJIAN


Assalamualikum.

Firman Allah yang bermaksud;

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar”.

Surah  Al-Anfal , ayat 28

Akhir-akhir ini , berita -berita tentang anak-anak yang mencuba menjadi hero menjadi perbualan dan berita di media. Saya melihat ini sebagai satu kesedihan . Terfikir-fikir, apakah yang dirasai oleh  ibubapa mereka. 

Bangga atau Sedih

Anak-anak ini terlalu ghairah untuk membetulkan keadaan dengan menggunakan cara yang salah. AAJ contohnya menggunakan ayat-ayat yang kesat untuk menghina orang lain, lansung tidak menggambarkan perlakuan atau tindakan sebagai seorang Islam. Ramai lagi anak-anak muda yang mendebik dada mengatakan membawa majoriti suara orang muda tetapi cetek akal dan ilmu agamanya.

Carilah cara terbaik membetulkan keadaan.


Saya bukanlah seorang ustazah @ byk ilmu agama, cuma seorang ibu muslim , yang merasakan adalah perlu ibubapa mempunyai ilmu  dalam menangani anak-anak sebegini . Anak-anak perlu sering diingatkan tentang cara berhemah menegur orang yang dirasakan bersalah, menjaga hati dan perasaan IBUBAPA dan seterusnya mendalami ilmu agama, mengamal dan jadilah contoh yang baik . Contoh yang baik dikalangan ahli keluarga dan ummah.

Ya Allah , lindungilah anak-anak saya dan anda. Ameen.


p/s 
Teringat kisah seorang abang saudara saya, berdemo bersama DSAI di UM.  Dia tidak dapat  ditangkap, berjaya  melarikan diri dan bersembunyi entah di mana. .....Nasibya tidak sebaik DSAI dan HR.  Kesedihan keluarga dia tidak dapat digambarkan, terutama ketika kedua ibubapanya meninggal dunia. Dia tidak bersama-sama memandi, mengkafan dan menghantar jenazah ke kuburan. Sedihnya... Nauzubillah jauhi kami dari ujian sebegini. Ya Allah.



No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...