Sunday, December 21, 2014

KAEDAH MENDIDIK ANAK YANG BAIK

ASSALAMUALAIKUM.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda: ‘ Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara:
  1.  Sedekah jariahnya
  2.   Ilmu yang dimanafaatkan
  3.  Anak yang soleh yang mendoakan kebaikan baginya.
      Dengan adanya teknologi masa kini, ilmu boleh didapati di hujung jari sahaja. Ramai yang menulis di alam maya ni, berkongsi ilmu  tentang cara mendidik anak-anak yang baik. Antaranya

    1. http://tudungsicomel.com/kesilapan-besar-ibu-bapa-mendidik-anak/
    2. http://www.elaila.net/2014/10/mendidik-anak-anak-menggunakan-teknik.html
    3. https://www.youtube.com/watch?v=GF0alDofd88&feature=youtube_gdata

    Catatan saya dari video Ustaz Abdullah Al Amin saya kongsikan di bawah:  


12 Kaedah Mendidik Anak.

1.      Niat untuk menjadi ibubapa yang terbaik dan soleh.

Luqman Hakim – terkenal dengan keibubapaan.  Ketika ditanya bagaimana anak2nya adalah anak2 yang baik. Jawapan : Aku mendidik 20 tahun sebelum dia dilahirkan. Ini bermakna dia mendidik dirinya dahulu sebelum mendapat anak.

2.      Menjaga adap dalam pergaulan suami isteri.
-          Jangan mendatangi isteri ketika haid.
-          Larangan mendatangi isteri macam haiwan

3.      Jaga Pernikahan
-          walikan pernikahan anak
-          Jangan bermain dengan lafaz talaq

4.      Adap ketika mengandong
-          Banyak membaca Surah Yusuf,  Surah Maryam dan Surah Luqman
-          Kisah Abdullah Janggi Dosh –

5.      Kelahiran
-          Berikan nama yang baik, panggilan yang baik kerana ia merupakan doa.
-          Hendaklah di aqiqahkan.
-          Hendaklah di tahniqkan .
6.      Berikan anak makanan yang halalbaik dan sunah. 
  - Jauhi yang haram dan syubhat
  -          Baiki rumah bermula dari dapor.
  -          Kisah Imam As - Syafie dan susu kambing (kambing makan rumput jiran tetapi memberi kesan kepada susu kambing jika kita meminumnya )

7.      Kaedah mendidik anak secara berkala
-          7 tahun  pertama : Bermain dengan anak,
-          7 tahun seterusnya : didik dan ajarlah ,
-          7 tahun berikutnya : berkawan dengannya.

8.      Kaedah mendidik anak dengan cara didikan
-          Hendaklah selalu menegur – bukan nak mengubah dia/ manusia tak mampu ubah manusia
-          Ulang-ulangan
-          Dedahkan dengan didikan agama

 Kisah Imam As-syafie: dia balik dan masuk ke rumahnya memanggil ibunya. Ibunya keluar dan bertanya, kamu anak siapa? Anak ibu masuk ke rumah memberi salam.

9. Kaedah mendidik anak modul didikan

10. Carikan guru yang hebat
- Orang yang hebat , ada guru yang hebat.

11. Doakan yang sebaiknya.
         - Doa yang baik dtgnya dari ayah
         - Doa yang buruk jika ibu yang doakan
        - masuk rumah beri salam
        - masuk rumah , baca surah al- ikhlas 3kali.
        - Bacakan Al-Fatihah kepada anak-anak.

12. Menghadapi anak derhaka
Mengapa anak menjadi derhaka;
   i.  anak derhaka sebab jahil
  ii. anak kurang Tarbiah
  iii.  anak keras hati
       kaedah:
       Baca Surah Toha ayat 1-5
       Lepas solat , zikir Ya Latif 100 x untuk anak itu
  iv. anak derhaka disebabkan layanan ibubapa
   v. disihir

Berusahalah kita mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh. Usah jemu dan berhenti dari mendidik, mendoakan mereka.


Semoga usaha kita dirahmati Allah dan anak-anak kita menjadi anak-anak soleh dan solehah.


Ameen

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...