Wednesday, March 26, 2014

SEPANJANG JALAN KENANGAN

ASSALAMUALIKUM


24 - 26 MAC 2014.

Pada cuti sekolah kali ini , kami berpeluang bercuti sambil bekerja di KL. Menginap di Silka Maytower memudahkan kami menyusuri jalan-jalan yang penah kami lalui pada suatu masa dulu.


Bezanya kali ini, 

kami tidaklah seghairah dulu membeli-belah. Sebaliknya hanya berjalan-jalan melihat suasana lama yang banyak kenangan. Menyaksikan perubahan suasana, deretan kedai yang ada, ada yang lama dan baru. Ramai pendatang  asing di sini, dari penjual sehinggalah pelanggan. 

Bezanya kali ini, 

tidak lagi  boleh berjalan laju, masuk hampir setiap kedai dan mencuba segala yang disukai - baju, kasut, tudung dsb. Masa telah berubah, kesihatan dan kewarasan mengawal segala pergerakan.


Bezanya kali ini,

pantas dan  bijak ( insya allah) membuat keputusan mengikut kewarasan dan keupayaan juga keutamaan. Alhamdulilah


Bezanya kali ini,

menghargai masa dan nikmat yang diberikan Allah. Alhamdulilah.


Duhai orang muda, akan sampai masanya anda juga akan jadi seperti saya. Sama-sama kita beringat : 

Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 Perkara:


Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit

Hidup sebelum mati








Sunday, February 23, 2014

Aha mencari hikmah atas ujian

Assalamulaikum.

Kegembiraan aha mendapat telefon berakhir setelah 2 minggu menggunakannya. Pencuri melarikannya. 

Telefon brand lenovo A850 skrin 5" dibeli dgn duit  yg dikumpul sekian lama.

Menangis aha ........

Ku yakinkan aha semua yg berlaku ada sebabnya....mungkin  ALLAH nak Aha lebih fokus belajar dan tidak buang masa sbb Aha budak baik……

Reda tangisnya mungkin  redha menerima ujian ini.

Semoga aha menjadi anak yg solehah Dan berjaya di dunia Dan akhirat.

Tak lama selepas kejadian kecurian itu  pencuri dtg lg . Kali ini nak cuba buka tingkap bilik Acik tp Acik tersedar.

Kami mengunci semua pintu2 pagar sebg usaha Dan berdoa memohon Allah melindungi kami sekeluarga Dr sebrg kejahatan. Ameen

Sedih juga memikirkan ada orang yang masih tidak sedar akan pembalasan Allah kepada setiap dosa yang dilakukan….

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 38 :
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegahan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah maha berkuasa, lagi maha bijaksana.

Sabda Rasulullah
Barangsiapa yang melakukan suatu mudharat kepada orang lain maka Allah akan memudharatkan dengannya, dan barangsiapa yang menyusahkan maka Allah akan menyusahkan ke atasnya. (Riwayat Tirmizi)

Wednesday, February 12, 2014

MISTERI


Assalamualikum

Pada 8.29mlm saya terima sms dari nombor yang tidak dikenali , msg berbunyi begini:


Salam puan. Maaf menganggu. 
Jgn ambil hati ye jika saya nak beritahu yg saya x puashati  betul tau..

Berderau darah saya. Kemudian sms dtg lagi pada pukul 10.06mlm dari no yang sama:

Apa khabar?. Lama tak dengar berita. 
Dh lupa agaknya tp x pe. Ape2 pun diharap kehidupan diberkati Allah selalu bersama keluarga. Amin.

Siapa agaknya, yang tak puashati dengan saya. Adakah..

1.     Staf
2.    Xstaf
3.    Student
4.    Xstudent
5.    Colleagues
6.    Xcollegues
7.    berbagai andaian yang saya buat.

Tak boleh nak tido bila fikirkan saya dah buat orang lain marah dan tidak puashati. Setelah lama berfikir, keputusan diambil….i have to solve this problem
Saya pun call no tersebut……

Rupanya budak nakal ni

maria


My exhousemate - 25 tahun dulu .
Seronok berborak.. FB menemukan kami semula. Silaturahim terjalin semula. 








Sunday, January 26, 2014

25 JAN 2014 -AHAD

Assalamualikum

Pagi Ahad 25 Jan 2014 , Allah menyelamatkan anak-anak dan hartabenda kami dari kebakaran. Allahamdulilah. 

Awal pagi,  kami merancang untuk  sarapan di luar dengan anak-anak. Kami, Hidayah dan Aha. Acik dan ana nak sambung tidor- aktiviti hujung minggu. Suami merancang untuk pergi beriadah selepas sarapan.  Dalam perjalanan menuju ke tempat tersebut, tiba-tiba suami menukar haluan. Nak makan kat kedai lainlah.......katanya. Selepas makan, saya rasa malas nak ke tempat riadah yang dimaksudkan kerana jauh dari kedai makan tersebut. Saya mengajak balik sahaja. Dalam perjalanan balik kami bercadang untuk singgah di pasar Minggu Telok Mas. Sepanjang perjalanan kami mendengar ceramah di Radio IKIM tentang SEDEKAH.

SEDEKAH …memang patut digalakkan kepada anak-anak kerana ia mengajar kita tentang kasih-sayang, berkongsi kesenangan dan prihatin.
Tips untuk galakkan anak-anak bersedekah : 
sediakan tabung sedekah di rumah. Apabila anak-anak ada duit baki belanja sekolah, mereka boleh masukkan dalam tabung itu. Setelah banyak, ibubapa boleh sedekahkan ke pihak yang memerlukan seperti masjid, pusat tahfiz dsb.  Idea yang baik.....

Selepas membeli barangan dapor di Pasar Minggu tersebut , kami pun pulang ke rumah. Terbau benda hangit semasa saya membuka pintu rumah. Alangkah terkejutnya saya , melihat asap penuh di dalam rumah. Rupanya suami lupa untuk memadamkan api gas yang memanaskan lauk semalam. Dah rentong periuk. Anna dan achik masih tidor.

Allahuakbar…..Alhamdulilah…….semuanya selamat.
Kesian abah …..terkejut dan rasa bersalah sangat …

Setelah semua tingkap dan pintu di buka untuk menghilangkan asap di dalam rumah, saya lihat semua barang-barang yang di beli di pasar minggu , ditinggalkan di pintu rumah termasuk kunci kereta……….ini mesti  abah dah panik.
Sementara menunggu keadaan asap dalam rumah berkurangan…saya bertanya suami.

Adakah dia bersedekah kat orang buta di pasar minggu tadi? …. YA jawab beliau.  Begitu juga saya.. Alhamdulilah. 

Sedikit harta diberikan, banyak harta yang di selamatkan. Semoga Allah sentiasa memberikan kami hidayahnya dan perlindungannya. Ameen.

Hadis dari Abu Hurairah r.a :

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (sahih Muslim)

Wednesday, January 8, 2014

MERIAHNYA...



GAMBAR KELUARGA yang  PALING MERIAH 

GET READY

AND GO...

BESTKAN... semasa wedding Siti Fatimah dan Faizul.. Best captured..tak tau sapa snap..
Now pengantin pun dah ada baby Fatihah Aisyah (dah setahun )..

Thursday, January 2, 2014

CEPATNYA MASA BERLALU....

ASSALAMUALAIKUM.


Hari ini 2 jan 2014, anak kembar saya mula belajar di Tingkatan 1 di SMKDA. Cepat terasa masa berlalu.



2006
2005


2007

2008

2009

2010

2012


Alhamdulilah mereka semakin dewasa.
Abang ...wah..dah berani bercakap pasal kawin.

comelnya mereka , mana dayah? - kenangan di rumah mak tok -2006 
Nampaknya zaman berbeza, pemikiran pun berbeza. Kita dulu sangat malu bercakap pasal kawin  pada usia dia. Kawin - tidak termasuk dalam senarai matlamat yang nak dicapai.......... Kesusahan hidup menyebabkan perkara itu tidak menjadi PENTING. Keutamaan adalah mencapai cita-cita , mengembirakan  ibubapa, keluar dari kemiskinan ini dan mampu untuk hidup dengan selesa dan bahagia.









Kunjungan yang Meninggalkan Kesan

Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...