Sunday, January 26, 2014

25 JAN 2014 -AHAD

Assalamualikum

Pagi Ahad 25 Jan 2014 , Allah menyelamatkan anak-anak dan hartabenda kami dari kebakaran. Allahamdulilah. 

Awal pagi,  kami merancang untuk  sarapan di luar dengan anak-anak. Kami, Hidayah dan Aha. Acik dan ana nak sambung tidor- aktiviti hujung minggu. Suami merancang untuk pergi beriadah selepas sarapan.  Dalam perjalanan menuju ke tempat tersebut, tiba-tiba suami menukar haluan. Nak makan kat kedai lainlah.......katanya. Selepas makan, saya rasa malas nak ke tempat riadah yang dimaksudkan kerana jauh dari kedai makan tersebut. Saya mengajak balik sahaja. Dalam perjalanan balik kami bercadang untuk singgah di pasar Minggu Telok Mas. Sepanjang perjalanan kami mendengar ceramah di Radio IKIM tentang SEDEKAH.

SEDEKAH …memang patut digalakkan kepada anak-anak kerana ia mengajar kita tentang kasih-sayang, berkongsi kesenangan dan prihatin.
Tips untuk galakkan anak-anak bersedekah : 
sediakan tabung sedekah di rumah. Apabila anak-anak ada duit baki belanja sekolah, mereka boleh masukkan dalam tabung itu. Setelah banyak, ibubapa boleh sedekahkan ke pihak yang memerlukan seperti masjid, pusat tahfiz dsb.  Idea yang baik.....

Selepas membeli barangan dapor di Pasar Minggu tersebut , kami pun pulang ke rumah. Terbau benda hangit semasa saya membuka pintu rumah. Alangkah terkejutnya saya , melihat asap penuh di dalam rumah. Rupanya suami lupa untuk memadamkan api gas yang memanaskan lauk semalam. Dah rentong periuk. Anna dan achik masih tidor.

Allahuakbar…..Alhamdulilah…….semuanya selamat.
Kesian abah …..terkejut dan rasa bersalah sangat …

Setelah semua tingkap dan pintu di buka untuk menghilangkan asap di dalam rumah, saya lihat semua barang-barang yang di beli di pasar minggu , ditinggalkan di pintu rumah termasuk kunci kereta……….ini mesti  abah dah panik.
Sementara menunggu keadaan asap dalam rumah berkurangan…saya bertanya suami.

Adakah dia bersedekah kat orang buta di pasar minggu tadi? …. YA jawab beliau.  Begitu juga saya.. Alhamdulilah. 

Sedikit harta diberikan, banyak harta yang di selamatkan. Semoga Allah sentiasa memberikan kami hidayahnya dan perlindungannya. Ameen.

Hadis dari Abu Hurairah r.a :

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (sahih Muslim)

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...