Sunday, February 23, 2014

Aha mencari hikmah atas ujian

Assalamulaikum.

Kegembiraan aha mendapat telefon berakhir setelah 2 minggu menggunakannya. Pencuri melarikannya. 

Telefon brand lenovo A850 skrin 5" dibeli dgn duit  yg dikumpul sekian lama.

Menangis aha ........

Ku yakinkan aha semua yg berlaku ada sebabnya....mungkin  ALLAH nak Aha lebih fokus belajar dan tidak buang masa sbb Aha budak baik……

Reda tangisnya mungkin  redha menerima ujian ini.

Semoga aha menjadi anak yg solehah Dan berjaya di dunia Dan akhirat.

Tak lama selepas kejadian kecurian itu  pencuri dtg lg . Kali ini nak cuba buka tingkap bilik Acik tp Acik tersedar.

Kami mengunci semua pintu2 pagar sebg usaha Dan berdoa memohon Allah melindungi kami sekeluarga Dr sebrg kejahatan. Ameen

Sedih juga memikirkan ada orang yang masih tidak sedar akan pembalasan Allah kepada setiap dosa yang dilakukan….

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 38 :
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegahan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah maha berkuasa, lagi maha bijaksana.

Sabda Rasulullah
Barangsiapa yang melakukan suatu mudharat kepada orang lain maka Allah akan memudharatkan dengannya, dan barangsiapa yang menyusahkan maka Allah akan menyusahkan ke atasnya. (Riwayat Tirmizi)

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...