Tuesday, January 16, 2024

Once Upon A Time

Assalamualaikum.
Pagi ni En Google remind this pic.

Aduhai teringat kisah ini pada tahun 2004 rasanya. Abang terpilih mewakili sekolah dalam Pertandingan Doktor Muda ni. Kami tumpang gembira dan berdoa yg baik2 utk dia dan sekolah. Tp kami tidak push him. 

Masa dia berlatih di rumah saya yang selalu menjadi penonton. Tengok skrip yg cikgu buat ...hm boleh tahan juga nak menghafalnya.

Sedang dia berlatih..
Abang : Umi ayat2 yg cikgu sediakan ni tinggi sangatlah. Boleh tak abang guna ayat abang sendiri.

Ummi: Boleh bang. Itu lebih baik.

Dia pun rasa gembira sgt sbb saya menyokong pendapatnya.

Sampailah masa pertandingan peringkat Negeri Melaka. Saya pun rasa berdebar....Dah lewat petang tapi masih belum dapat maklumat lagi keputusan abang dr gurunya. Rasa  tak sabar menunggu keputusan tsbt tapi tak mahu menganggu guru pengiringnya.

Lewat petang saya call guru  pengiring tersebut Cikgu Sabariah. Menjerit cikgu excited bagitahu abang berjaya menjadi Johan pertandingan ini. 

Cikgu Sabariah: Alhamdulilah. Tadi saya dah fikir tak ada harapan sebab Luqman kata dia tak nak ikut skrip yang Cikgu Ayu. Dia nak guna ayat dia sendiri. Nampaknya dia lebih confident dengan ayat sendiri. Tambahan lagi soalan prompt tu dia dapat jawab dgn baik. 

Alhamdulilah.

Next pertandingan peringkat kebangsaan di adakan di Kota Bharu Kelantan dan abang juga mendapat Johan.

Dia memang berminat nak.menjadi doktor. Now dia Dr Luqman di Hospital Kuala Terengganu. Semoga dipermudahkan urusan abang dan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan sempurna. Aamiin Ya Rabb
 

Tuesday, January 2, 2024

3.1.24 Pendirian atau Perasaan

Assalamualaikum

Pagi ini kami ke KL lagi menjenguk kerja2 repair rumah MIL yang dah jadi milik suami. Kos repair mmg tinggi tapi jika x repair , tak boleh duduk pulak. Harapnya ada anak2 yang akan menghuni rumah ni nanti. Acik akan habis belajar Jan 2024, Aha dan Anna akan intern around August this year. Mayb ini aturan Allah Yang Maha Mengetahui. Allah permudahkanlah urusan anak2ku. Aamin

Selesai solat dhuha kami memulakan perjalanan. Eh..jalan ke perumahan Parkland Botani dah buka. Apalagi ambil peluang ke Tol Jasin dgn cepat. Perumahan cantik dan teratur. Wow cepat betul sampai ke Tol Jasin.
 Alhamdulilah.

Singgah RnR Ayer Keroh nak beli jajan. Tiba2 

Stranger : Assalamualaikum Cikgu. Boleh bantu saya?

Dalam hati saya alamal scammer ke ni.

Stranger: Saya pelajar Jurusan Pemasaran dari AUFA. Saya buat FYP menjual perfume. Utk lelaki dan perempuan. Bla ........la.....
Harga RM20 sebotol. ( selalu anak2 beli RM10 je sebotol kecik ni. Sbb saya kurang suka perfume)

Saya: Oklah. Bagi 1. 

Scammer ke bukan saya tak tahu. Walaupun tahu harga perfume tu tak sebegitu sepatutnya juga x kisah. Ini adalah kerana perasaan kesian mengatasi pengetahuan. Ramai yang macam saya. Tak apalah . Kita serahkan kepada Allah segalanya.

Sebelum beredar sempat saya tanya dia.

Saya: Macam mana awak tahu saya cikgu

Stranger: Kami disuruh panggil semua org begitu..

Ha ha... cikgu mmg selalu perasan mereka akan dihormati selalu. 

Terfikir pulak...Sapa Suruh dia...Hmmm

RM20 sebotol. Dior u..

Bila cerita dgn suami. Relaks je dia jawap , i dah terkena. 😄

Suami pulak dia bergegas ke Dunkin' nak beli sandwich kegemaran saya. Tiba2 dia call. 

Suami : Mi boleh ke beli Dunkin'. Masuk tak dia dalam list kena boikot.

Saya: Tak tahulah. Jab ummi call dayah. She knows.

Kita bukan selalu beli. Jadi x sure patut boikot ke tak. 

Saya: x leh Bah..

Kita mencuba sedaya yang kita mampu. Menahan nafsu makan sandwich tak lah seteruk mereka menahan seksaan yang tidak berperi kemanusiaan tu. Semoga Allah membuka jalan dan melindungi semua umat Islam. Aamiin

Jajan ni pun ok. Halalan Toiyiban

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...