Minggu depan Si Sulong dan isterinya akan menghadiri temuduga bagi Jawatan Doktor Permanent. Kami perlu menziarah mereka sebagai tanda moral support.
Kami merancang untuk bertolak pada hari ni selepas hantar sofia balik. Plan vs real mmg berbeza. Suddenly Aha pulak ada mcm2 hal yg perlu diselesaikan segera ( menurut dia). Maka plan asal bertolak ke KT pada pukul 2 ptg bertukar ke pukul 6ptg. ETA paling awal kol 1pg nampaknya. Sabar je lah.
Aktiviti kami hari ini:
7.00 am ke Muar ambil Sofia
8.00 am Solat Dhuha
8.30 am Bfast di Muar. Nasi Lemak Bond
9.30 am Balik Merlimau
10.30 am Aha buat medical chckup kat klinik kesihatan merlimau. Aha booked the slot
10.45 am klinik kesihatan suruh pilih slot ptg. Reschedule 2.00pm. Hancus plan
11.30 am Decide buat passport Aha dulu ( she apply for exchange programm). So gerak ke Pej imigresen Air Keroh.
12.15 pm Reach Imigresen Office. Si comel Sofia so sporting. Minum susu and tido sementara nekmi show TyHa tempat buat passport.
Tinggalkan Aha di situ sbb prosesnya lama.
12.45 Nekmi and Sofia visit moyang. Tok Abah exercise kat lokasi fav dia Bear Hill.
1.30 pm Tok Abah fetch TyHa. Selesai. Passport dah dapat.
2.00pm After Solat Zohor bergerak balik Merlimau. Terus ke KK merlimau. TyHa reschedule appt to 3.00pm. ( kami offer dia buat kat klinik swasta dia x nak. Kenapa bayar lebih. Geram tp proud. Pandai nak jimat tp ......kita dah lambat lah. Adush)
5.00pm Baru Selesai medical chckup aha. Adui..
5.30pm Gerak ke Muar hantar Sofia. Sepjng perjalanan she behave. Good girl.
6.30pm Gerak ke Kuala TERENGGANU. Chck Map 6hrs 40 mins. Go.. sabar itu mahal...Sepanjang perjalanan berzikir, berdoa
Ya Allah . Sesungguhnya kepadaMu tempat kami meminta. Engkau yang maha berkuasa. Bantulah kami. Permudahkan perjalanan kami. Jadikanlah perjalanan ini suatu kebaikan kepada kami dan anak2.
Alhamdulilah...perjalanan sangat smooth. Hujan sekejab2 ujudkan waktu mustajab berdoa dan mengingatkan untuk terus berdoa. SYUKUR Alhamdulilah. Ya Rabb
1.00 pg Reach Paya Bunga Hotel...Alhamdulilah. Solat dan rehat.
View dr bilik.
Adda oncall mlm ni, akan balik rumah pg esoknya.
Esok pagi abang ada seminar diurus oleh KK tempat dia bekerja. Jadi keputusan abah untuk menginap di Hotel adalah suatu keputusan yang baik. Tambahan lagi dgn rezeki yg Allah beri, baiklah kita gunakan dan permudahkan urusan semua.
Selepas sarapan di hotel, kita walking around. Ada kedai buku dah buka...
Nekmi pun beli buku Ustaz Pahrol ni.
Harap2 bermanafaat. Aamen
Sofia di mana-mana.....
Ni pulak yg Tok Abah beli. Aigoo Old Fashion man
No comments:
Post a Comment