Friday, February 17, 2023

16.2.2023 Kematian Tak Kenal Usia

Assalamualaikum. Hari ni kami menerima kabar duka dari jiran sebelah. Kesedihan kerana baru sahaja kehilangan atok jiran belum pun reda tiba2 kehilangan cucunya pula yg hampir sebaya Sofia.

Pagi tu baby dalam keadaan sihat dan ceria semasa dihantar ke rumah pengasuh. Lewat tengahari bapanya dimaklumkan keadaan anaknya  tidak sihat. Panik melihat keadaannya lembik dan susah bernafas , terus dibawa ke KK dan ke GH. Keadaan baby bertambah teruk dan meninggal selepas berbagai usaha dilakukan oleh doktor. 

Tentu ibu dan ayahnya terlalu sedih memandangkan 12 tahun mereka menunggu zuriat ini. Nampaknya Allah meminjamkan mereka sekejab sahaja. 

Kematian itu pasti dan tidak mengenal usia. Hanya Allah yang menentukan. Semoga ibu ayahnya redha dengan ketentuan ini.

Innalillah ....

No comments:

Post a Comment

ACIK RUN SGD

Assalamualaikum Macam mimpi....kejab je masa berlalu. Dah dewasa acik.  Dia pula yang merantau jauh, mencari rezeki di negara ji...