Assalamualaikum
Sejak akhir-akhir ni kes buli menjadi perbincangan hangat di mana-mana sahaja terutama di social media. Dengan adanya social media ini perbuatan buli dapat dibongkar , ditangani sebelum semakin berleluasa.
Kebanyakan kes buli anak2 lelaki.
Mengimbau kembali perjalanan anak lelakiku:
Anak lelaki sulong belajar di MCKK- 5 tahun, Kolej Mara Banting- 2 tahun dan India - 5 tahun.
Anak lelaki ke 2 belajar di sekolah harian - 5 tahun, Kolej Kemahiran Tinggi Masjid Tanah - 3 tahun, UniKL MSI dah 1 tahun [ tp banyak masa kat rumah sebab belajar online]
Alhamdulilah . Syukur kerana mereka dilindungi Allah. Semoga Allah menjauhkan anak-anakku dari kezaliman manusia.
Teringat kisah anak sulongku semasa dia baru masuk ke asrama. Satu hari dia berbual dengan ku
Abang: " Ummi nak tahu. Abang sekarang dah jadi ummi"
Berdebar jantungku mendengarnya. Kenali diri ini memang seorang yang outspoken, tegas dan tidak sempurna. Terfikir2 kenapa anakku berkata demikian. Anakku seorang yang sabar, dedikasi, bertanggungjawab. Dia memang anak yang baik, murid yang baik.
Abang: " Selama ini abang jadi macam abah. Abang sabar je. Abang diam je. Abang buat tak tahu je apa yang berlaku. Abang buat hal abang je"
Aku makin berdebar. Itulah perangai suamiku. Kami sangat opposite. Takdir Allah mnemukan kami, seorang cool sementara sorang lagi- aggresif.
Ummi : " So apa yang berubah bang"
Tak sabar nak tahu ni walaupun risau sangat. Janganlah anak2ku mengambil perangai negatif ku.
Abang : " Sekarang abang berani voice out apa yang abang tak suka, abang tunjukkan abang ada prinsip, abang tegas dan abang tak biarkan mereka lakukan begitu sahaja kepada abang"
Owh....begitu rupanya.
Abang : " Ummi nak tahu , now mereka respect abang dan kita boleh berkawan baik. Abang rasa lega setelah melepaskan apa yang abang rasa"
Alhamdulilah. Senanghati sangat bila anak mengambil pendekatan ini bermakna perangai positif aku. Hmm
Sebenarnya Allah temukan dia dengan orang yang baik, boleh menerima pendiriannya. Jika dia bertemu dengan orang sebaliknya, mahu dia dikerjakannya.
No comments:
Post a Comment