Assalamualaikum
Hari ni semasa sarapan pagi , kami duduk bersebelahan dengan pasangan muda bersama 5 anak kecilnya.
Kagum melihat mereka dapat menikmati makanan dengan tenang. Anak2 mereka sangat behave walaupun masih kecil. Anak bongsu mereka kembar sepasang. Sesudah makan baru dengar mereka menjerit2 . Rupanya ada kucing yang naik ke kerusi berhampiran.
Sempat menegur mereka sebelum balik. Saya kata salute lihat mereka melayani anak2 dengan lembut. Mereka kata malu terpaksa meninggalkan meja dalam keadaan bersepah. Tak perlu malu tentunya pihak kedai faham bukan senang mengendalikan anak kecil yg ramai. Dan normal je keadaan tu. Nampak mereka lega dengan kenyataan saya.
Masa mereka kecil ni mmg agak sukar mengendalikan mereka di tempat awam. Saya juga mengalami perkara yang sama. 6 orang...setahun satu dan ditambah kembar. Boleh tak bayangkan. Kat rumah dah tentu saya jadi tarzan. Tapi tu bila suami tidak berada di rumah. Suami seorang yang cool dan tidak happy sekiranya saya memarahi anak2. So tahan sikitlah perasaan.
Masa akan berlalu dengan cepat. 6 orang yang perlukan perhatian tu dah dewasa. 3 dah berkahwin . 3 di IPT. Akhirnya tinggal kami berdua. Tp musim pandemik ni kelas hybrid . 1 org je full online so 1 lagi ada kat rumah. Rindulah pulak pada yg lain
Semoga anak2 berjaya mendidik anak2 mereka menjadi anak2 soleh solehah. Ammen
No comments:
Post a Comment