Sunday, December 26, 2021

Majlis Resepsi Dayah& Alif di Ijok

26.12.2019
ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulilah. Majlis di rumah besan berjalan lancar. Ramai gak ahli keluargaku yang dapat hadir
Barakallahuma

Yang dapat hadir sama
1. Bang Long n Kak Long
2. Bang cik
3. Kak Sara dan Abng Fawzal
4. Kudin n Hanim
5. Pak Itam sekeluarga
6. Along Adil sekeluarga
7. Daniel sekeluarga
8. Ct Husna sekeluarga
9. Alim dan Kak Na
10. Muaz sekeluarga
11. Nina dan Najjmi dan Ujaipah
12. Kami.sekeluarga

Saturday, December 18, 2021

ANNA 18.12.2021

Assalamualaikum
Alhamdulilah diberi kesempatan melawat Anna yang belajar di UiTM, Alor Gajah. 

Pihak UiTM tidak membenarkan ibubapa masuk dalam kawasan kampus . Jadi para pelajar perlu menaiki shuttle ke pondok pengawal  di pintu masuk UiTM. Agak menyusahkan tapi patuh jelah pada SOP yg di tetapkan. 

Setelah ambil Anna kami lepak di Masjid Saidina Umar Al Khatab yang berdekatan. Masjid ni sangat selesa. Ada ruang makan dan coffee corner percuma dan juga Bending Mchn.  Anna makan bekalan yang kami bawa disitu. 


Bawa anna shopping di Speed Mart berdekatan sebelum hantar Ana balik ke pintu pagar. 
Bye ana. Will see u next week. In sya Allah


Thursday, December 16, 2021

6-5= 1

Assalamualaikum
Hari ni semasa sarapan pagi , kami duduk bersebelahan dengan pasangan muda bersama 5 anak kecilnya. 

Kagum melihat mereka dapat menikmati makanan dengan tenang. Anak2 mereka sangat behave walaupun masih kecil. Anak bongsu mereka kembar sepasang. Sesudah makan baru dengar mereka menjerit2 . Rupanya ada kucing yang naik ke kerusi berhampiran. 

Sempat menegur mereka sebelum balik. Saya kata salute lihat mereka  melayani anak2 dengan lembut. Mereka kata malu terpaksa meninggalkan meja dalam keadaan bersepah. Tak perlu malu tentunya pihak kedai faham bukan senang mengendalikan anak kecil yg ramai. Dan normal je keadaan tu. Nampak mereka lega dengan kenyataan saya.

Masa mereka kecil ni mmg agak sukar mengendalikan mereka di tempat awam. Saya juga mengalami perkara yang sama. 6 orang...setahun satu dan ditambah kembar. Boleh tak bayangkan. Kat rumah dah tentu saya jadi tarzan. Tapi tu bila suami tidak berada di rumah. Suami seorang yang cool dan tidak happy sekiranya saya memarahi anak2. So tahan sikitlah perasaan.

Masa akan berlalu dengan cepat. 6 orang yang perlukan perhatian tu dah  dewasa. 3 dah berkahwin . 3 di IPT. Akhirnya tinggal kami berdua. Tp musim pandemik ni kelas hybrid . 1 org je full online so 1 lagi ada kat rumah.  Rindulah pulak pada yg lain

Semoga anak2 berjaya mendidik anak2 mereka menjadi anak2 soleh solehah. Ammen



BULI DAN KISAHKU


 Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni kes buli menjadi perbincangan hangat di mana-mana sahaja terutama di social media. Dengan adanya social media ini perbuatan buli dapat dibongkar , ditangani sebelum semakin berleluasa.

Kebanyakan kes buli anak2 lelaki. 

Mengimbau kembali perjalanan anak lelakiku:

Anak lelaki sulong belajar di MCKK- 5 tahun, Kolej Mara Banting- 2 tahun dan India - 5 tahun. 

Anak lelaki ke 2 belajar di sekolah harian - 5 tahun, Kolej Kemahiran Tinggi Masjid Tanah - 3 tahun, UniKL MSI dah 1 tahun [ tp banyak masa kat rumah sebab belajar online]

Alhamdulilah . Syukur kerana mereka dilindungi Allah. Semoga Allah menjauhkan anak-anakku dari kezaliman manusia.


Teringat kisah anak sulongku semasa dia baru masuk ke asrama. Satu hari dia berbual dengan ku


Abang: " Ummi nak tahu. Abang sekarang dah jadi ummi"

Berdebar jantungku mendengarnya. Kenali diri ini memang seorang yang outspoken, tegas dan tidak sempurna. Terfikir2 kenapa anakku berkata demikian. Anakku seorang yang sabar, dedikasi, bertanggungjawab. Dia memang anak yang baik, murid yang baik.


Abang: " Selama ini abang jadi macam abah. Abang sabar je. Abang diam je. Abang buat tak tahu je apa yang berlaku. Abang buat hal abang je"


Aku makin berdebar. Itulah perangai suamiku. Kami sangat opposite. Takdir Allah mnemukan kami,  seorang cool sementara sorang lagi- aggresif.

Ummi : " So apa yang berubah bang"

Tak sabar nak tahu ni walaupun risau sangat. Janganlah anak2ku mengambil perangai negatif ku.

Abang : " Sekarang abang berani voice out apa yang abang tak suka, abang tunjukkan abang ada prinsip, abang tegas dan abang tak biarkan mereka lakukan begitu sahaja kepada abang"

Owh....begitu rupanya.

Abang : " Ummi nak tahu , now mereka respect abang dan kita boleh berkawan baik. Abang rasa lega setelah melepaskan  apa yang abang rasa"

Alhamdulilah. Senanghati sangat bila anak mengambil pendekatan ini bermakna perangai positif aku. Hmm

Sebenarnya Allah temukan dia dengan orang yang baik, boleh menerima pendiriannya.  Jika dia bertemu dengan orang sebaliknya, mahu dia dikerjakannya. 




Monday, December 13, 2021

Cucu ke 3 . In Sya Allah.

Alhamdulilah. 

02.12.2021 Perkhabaran yang membahagiakan bagi anak2ku juga kami  keluarga kedua belah pihak.



Semoga dipermudahkan segalanya dan dikurniakanlah zuriat yang sempurna sifatnya, soleh/solehah,  berakhlak mulia dan berjaya dunia dan akhirat. Ameen

perlu sentiasa berdoa memohon kepadaNya segala yang baik2 yang kita inginkan dan membaca Al Quran kerana Sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Penyayang. 

Sunday, December 12, 2021

25.11.2021. Ammar Yusuf Turns 2, Syukri turns 23

Assalmualaikum. 
Ammar Yusuf dan Syukri Hanif @ pakciknya sharing the same birrhday date 2511.2021


Time flies. Alhamdulilah

 Cucu pertama ku Yusuf turns 2. 


Syukri Turns 23

4 Gen - Ammar Yusuf bin Luqman Hafizuddin bin Abdul Hadi bin Abdul Hamid Bin Yahya


Si Comel Hudzaifah


Rindu je si comel ni. Semoga Hudzaifah membesar menjadi anak yang soleh, bijak, sihat, sempurna sifatnya dan berjaya di dunia juga diakhirat. Ameen. Sayang Hudzaifah

Friday, December 10, 2021

Girls Outing _Munshian

Assalamualaikum

7.12.2021 Membawa Aya, Yati dan Ija jalan-jalan ke Muar. Seronoknya. Rasa macam.rombongan sekolah. Macam biasa saya yang paling mengusik mereke. Gembira sangat. Alhamdulilah.

Semoga bertemu lagi 

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...