Friday, October 1, 2021

SAKIT DAN PENAWAR

ASSALAMUALAIKUM

Sukar percaya jari saya akan jadi teruk seperti ini yang asalnya  hanya menarik kulit mati di tepi kuku jari tsbt. Mayb disebabkan selalu basah - memasak, basuh pinggan dsbnya.

Biasanya sakit ini akan pulih selepas 2-3 hari ttp tidak pada kali ini.

Terfikir juga adakah saya ada kencing manis. Nauzubillah

Pergi klinik 1 - dapat antibiotik sapu dan ubat tahan sakit. Ttp masih tidak semboh.

So saya  ke Klinik lain yg Doktornya lebih senior. Dapat injection  antiobiotik makan dan cream utk sapu.  Sahkan tahap gula saya ok. Alhamdulilah.

7 hari dah ttp masih belum baik cuma rasa berdenyut dah kurang. Rasa tak sedap pulak asyik beli aje makanan maka hari ni plan nak masak. Jari saya bungkus baik dan g ke pasar. Sepanjang proses membeli2 ramai yang menegur dan simpati. Tetapi makcik yang jual santan mencadangkan sapu minyak gamat sbb terbukti berkesan pada luka yg beliau alami. Saya pun curious ttg minyak gamat tu. Dia menerangkan bagaimana rupa botol dsb dan check beg dia. Dan rezeki saya, dia ada minyak tersebut lalu memberikannya kpd saya. Alhamdulilah. 

Harap2 dengan asbab minyak ni akan semboh luka saya. AMEEN YA RABB



No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...