ASSALAMUALAIKUM
Nina , Najjmi dan ibubapanya membawa anaknya Hudzaifh staycation di sebuah hotel di Putrajaya. Katanya dia nak bawa anaknya berenang. Tapi disebabkan kes covid ni masih banyak. Dia memilih untuk guna bathtub di bilik hotel sahaja. Cuma bathtub hotel kelas lah sikitkan. Ada view menarik dari bilik.
Malam dia menelefon saya.
Nina: Assalamualikum Miiìiii...." suara excitednya.
Ummi: Wkslm. Ok tak Hudzaifah. Happy tak dia"
Nina : Ok je. Kami sampai hotel cepat tapi dapat checkin lambat.
Ummi : Lama sangat ke?
Nina : kat 3 jam gak. Tapi kami bawa Hudzaifah jln2 kat tasik.
Ummi: Ok tu
Nina : Umi nak tahu , tadi nina buat perangai ummi.
Berderau darah ku. Allahu....Perangai aku yang baik atau sebaliknya. Sendiri pun faham bahawa aku banyak kekurangan diri.
Ummi : Eh.......apa tu.
Nina : Nina complain kat kaunter hotel sbb tunggu lama dan terkeluarlah I think i should get compensation.
Owh senang hati semula bila dengar penjelasan dia. Bukan lah perangai saya yang x elok.
Nina: Umi nak tahu , mereka bagi buffet breakfast free utk kami. Utk 4 oranglah. [ suami dan mertua dia]
Ummi: Wow... Alhamdulilah. Your right as customer. Betul2 . You have done the right thing. No harm trying. Ada rezeki dapatlah kan.
Jawabku dengan rasa lega
Nina: Ye mi... tp Najmi kata dia malu.
Faham sangat dengan perangai menantuku . Seorang yang sangat polite dan baikhati.
Nina: Breakfast dia best mi. Banyak pilihan dan sedap. Alhamdulilah
Ummi: Nina tanya elok2kan bukan marah so apa nak malukan. Alhamdulilah.
Alhamdulilah atas rezeki yang engkau kurniakan pada nina sekeluarga.
Alhamdulilah anak ku mengambil perangai aku yang baik.
Semoga Nina juga akan menjadi model yang baik bagi anak2nya. Ameen
No comments:
Post a Comment