Sunday, April 26, 2020

AMMAR YUSUF


Assalamualikum




Rindu dengan sicomel ni.


MAJLIS PERSARAAN ONLINE



26.04.2020

Tempoh PKP yang lama menyebabkan Majlis Persaraan tidak dapat diadakan seperti biasa. Oleh kerana saya dan Pengarah bersara dalam tempoh PKP ini maka Ahli Pengursan tertinggi PMM meraikan kami secara online.

Terharu dan bersyukur sangat . Majlis online ini berjalan lancar. Setiap Ketua Jabatan dan Ketua Unit membuat ucapan. Siap surprise lagi. Kek Secret Resepi yang sedap. Alhamdulilah 

Sedih ke? Tak pun. Melainkan bersyukur kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

Tentunya rasa bersyukur teramat sangat kerana:

1. Berpeluang merasa pencen
2. Diberikan nikmat kesihatan yang baik
3. Dapat cuti pra persaraan
4. Berbagai lagi nikmat yang tidak terhitung.







Tuesday, April 21, 2020

KERJA SUATU IBADAH


ACIK SAKIT




ASSALAMUALAIKUM

Pagi ni acik, anak ke 4 , mengadu sakit perut. Gelisah dan tidak selesa. Setelah sapu minyak angin pada perut dan belakangnya, dia nampak sedikit selesa dan boleh melelapkan matanya. Mungkin semalaman dia tidak dapat tidor menahan sakit. Macam biasa , dia anak yang baik dan selalu cuba untuk tidak merisaukan kami.

Acik kelihatan pucat.

“Masih sakit ke cik” Dia menganggukkan kepalanya.

“Abah bawalah acik ke hospital. Nampak dia sangat pucat” bisik ku kepada suami.

Suami membawa acik ke hospital. Aku berdoa semoga sakit acik tidak berpanjangan dan dia semboh seperti sediakala.

Sepanjang acik dan suami di hospital, whataps menjadi media komunikasi sekeluarga.

Bersyukur dan gembira bila melihat anak-anak doktor ku berkomunikasi. 







Bahagia sebagai ibubapa bila anak-anak saling sayang menyayangi

Bahagia bila mereka bertanggungjawab.

Bahagia bila mereka apply their knowledge kepada keluarga sendiri

Bahagia bila mereka saling mengambil berat

Bahagia bila menghargai ikatan kekeluargaan ini.

Bahgia bila mereka dapat merasa kesakitan saudara kandongnya 

Alhamdulillah. Alhamdulilah. Alhamdulilah.


 “Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang ”Kamu Dustakan’?”



p/s: Alhamdulilah , Acik selamat menjalani pembedahan. Semoga dia terus sihat dan dirahmati Allah  sentiasa.





Sunday, April 19, 2020

DR LUQMAN HAFIZUDDIN ABDUL HADI @ abang

Assalamualaikum


Flashback ni sebab rindu dengan anak sulong ku ini.





Penghujung Julai 2019, aku bersama Acik dan Anna ke Kuantan atas urusan kerja. Acik jadi driver kami. Kebetulan Acik belum lagi mendapat pekerjaan setelah tamat pengajiannya dalam Diploma Automotif. Sementara Anna belum memulakan pengajian. Kembarnya Aha telah pun  memulakan pengajian Asasi di UIA Gambang, Kuantan.

Kami mengambil peluang menziarahi Aha. Sampai je di Kuantan, ambil Aha di UIA. Bawa Aha shopping dan makan. Then hantar Aha balik hostelnya.

Otw balik hotel anak sulong ku  call.

" Assalamualaikum ummi. Ummi kat mana?"

" Ummi kat Kuantan. Baru tengok Aha. Otw balik hotel" aku menjawab dengan nada gembira.

Senyap...

" Abang ok ke?. Adda ok ke?" Menantu ku Adda sedang hamil anak mereka yang pertama.

Tiba-tiba aku dengar bunyi tangisan. Abang nangis..... Aku pun rasa nak menangis sama sebab anak sulong ku ini jarang meluahkan perasaannya. Ini mesti dah tak boleh tahan lagi.

Aku berhentikan kereta di bahu jalan untuk lebih fokus dengan perbualan kami.

He is crying

" Kenapa bang? Kenapa abang sedih? Beritahu ummi." Risaunya aku

"Abang lambat buat kerja mi. Abang tak pandai mi" sedih sayu suaranya.

" Mana ada orang baru kerja terus pandai. Semua ada probation period. " jawapanku untuk menenangkan hatinya

" Selalu kena marah sebab lambat. Sistem banyak berkomputer tetapi kena belajar sendiri. Rasa frust bila tak ada orang yang nak ajar" macam-macam lagi keluhannya.


" Just like driving.... abang. Take sometime untuk pandai.  Mula2 dapat lesen, nak memintas lori or bas pun kita tak beranikan. After some time , dah ada pengalaman sebab dah selalu drive. skill acquired, judgement dah pandai , kita pun bawa kereta makin laju. Semakin lama dan kerap memandu,   speeding dan overtaking bas and lorry menjadi  no problem."  nasihat ku menggunakan analogi ku yang aku rasa logik.

" Now abang kat at early stage. Keep learning ok. Don't worry. Semua orang melalui perkara yang sama. Dayah pun gitu". 

Learning by doing
Learning by  observing
Learning by others
Learning by asking
Learning by reading
Learning by praying
Learning by staying positive
Learning by teaching others

Remember, your favourite quote  "  Diamonds are created under pressure "   so hold on, it be your time to shine soon.

Bila sebut quote tu suaraku berubah intonasi , suara besar sikit as joking.

Dia yang diam dari tadi tergelak kecik. Uhhh lega rasa hati..

Mesti dia teringat semula ucapan dia sebagai Penghulu  di depan kawan2nya dalam program PTM sebelum memulakan kerjanya sebagai doktor di Hospital Kuala Terengganu.  Quote ni  abang selalu ulang2 untuk memotivasikan kawan-kawannya.

Kerjaya Doktor ni  memang kena sangat dengan quote tersebut lah rasanya. Pressure kerjaya lain taklah seteruk kerjaya ni.

" Don't pressure yourself dengan meletakkan target yang tak realistic. Give yourself ruang untuk bernafas" pesan ku lagi.

Knowing him... he always set a target for himself. Kadang2 rasa kesian dengan dia sebab berusaha sangat untuk mencapai apa yang dia setkan. Dia juga rasa malu jika dirinya tidak competent dalam bidang yang disukainya. Tambahan lagi dia selalu meletakkan dia sebagai benchmark kepada adik-adiknya. Kesian anakku ni.

" Ok mi. Terimakasih mi doakan abang dan Adda"  dia mengakhiri perbualan kami dengan lembut seperti biasa.

Terasa sedih dan sayu  juga kerana tidak  dapat bersama-sama abang pada saat abang memerlukan saya untuk meluahkan perasaan.

Malam tu aku buat keputusan untuk terus menjenguk abang di Terengganu. Kami bergerak ke sana selepas urusan ku selesai di Kuantan. Terkejut abang melihat kami apabila dia dan Adda balik dari kerja malam itu. Dia memeluk ku erat sambil menangis dan mengucapkan terimakasih. Dia memang anak yang baik.

Terimakasih Allah kerana memberi aku anak-anak  yang baik. Memberiku ilham juga idea yang baik untuk menenangkan dan mendorong mereka semasa mereka sangat memerlukannya. Semoga mereka sentiasa bersemangat dan berjaya dalam pekerjaaannya dan menjadi muslim yang hebat di dunia dan akhirat

Ketika saya menulis kisah ini, abang dah pun berada dalam posting ke 3. Alhamdulilah abang makin matang.

Sabda Rasullullah saw kepada saidatina Aishah,

" Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan , dia melakukannya dengan itqan (baik, sempurna dan teliti) ".
Riwayat Al-Baihaqi


UPDATE:
9.7.2021 Alhamdulilah , Luqman berjaya  complete HO dan meneruskan tugas sebagai MO di hospital yang sama. Semoga perjalanan dia seterusnya dipermudahkan dan cita-citanya menjadi doktor pakar tercapai dan sentiasa memberi  khidmatnya dengan dedikasi dan cemerlang. Ameen




Wednesday, April 15, 2020

Tuesday, April 7, 2020

YB



ASSALAMUALAIKUM

Panggilan yang aku ditunggu-tunggu dah tiba.

Alhamdulilah. Allah Masih memberi peluang aku bernafas dan mencari bekalan.

Peringatan Allah berkali-kali dalam Surah Ar Rahman.

“Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang ”Kamu Dustakan’?”

Sebenarnya aku tahu , aku diberi nikmat oleh Allah tetapi aku juga akur  cara aku berterimakasih kepadaNya tidak setimpal dengan nikmat yang diberikan.

Bila tersedar.. carilah ilmu dan  motivasi.

Nak kongsi di sini:

Cuba buat 4 perkara ini dalam kehidupan seharian kerana kita tidak tahu amalan yang manakah diterima Allah swt. Semoga amalan ini diangkatNya. Ameen

     1. Selawat atas nabi
2. Istighfar
3. Bacalah @ hafal surah Yassin – hati Al Quran
4. '"Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim."
    "Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."

Friday, April 3, 2020

Tempoh PKP COVID19


Assalamualikum

4 minggu tempoh PKP terasa sangat panjang. Apa pengajaran yang kita dapat. Buka mata dan minda. 

Bersyukur, berdoa dan berbuat baik. 

Masa panjang untuk kita berkurung tetapi masa untuk kematian bila- bila sahaja.

Apakah kita merasa bahawa kita akan terselamat?

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Buka mata dan hati. Apa yang boleh bantu ?

                    Yang kaya ada caranya
                    Yang kurang berada juga ada caranya.

Tambahkan ilmu, positifkan pemikiran , tingkatkan amalan.


Melihat membaca dan mendengar kisah kematian dan cara pengebumian mangsa penyakit COVID19 ini amat menakutkan aku. Aku tak mahu kematian sebegini Ya Allah. Berilah aku peluang kematian yang menenangkan.

Melihat, membaca dan mendengar kisah kesedihan  ahli keluarga mangsa COVID19 ini menginsafkan aku.

Melihat, membaca dan mendengar kisah pengorbanan  frontliner semasa dalam pandemik ini mengkagumkan aku.

Tempoh ini , ibu-ibu menjadi surirumah sepenuh masa. Tentu penat . Penat dirasa kerana membuat kerja yang sama berulang-ulang..

Dah lupa pernah rasa penat begini semasa anak-anak masiha kecil . Setiap hari kita akan menjadi superwomen dan kadang-kadang tarzan.
Kenangan ini tak mungkin dilupakan.

Allah berikan pengalaman ini sekali lagi tetapi ketika umur dah semakin senja. Anak-anak semakin dewasa pada usia. Karenah masih sama. Nak kan dimanjakan sahaja. Tapi kita nikmatilah tempoh ini dengan sabar dan laluilah dgn baik agar kita tidak akan kesal apabila tempoh ini berlalu.





NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...