Wednesday, November 29, 2017

2017 nearly End







NOVEMBER 2017

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILAH

ACIK TURNS 19 ON 25 NOVEMBER



SIKEMBAR TURN 16 ON 26 NOVEMBER



Semoga anak-anak ku dipanjangkan umur yang barakah, dimurahkan rezeki , diberi kejayaaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Aamiin.


DoaUntuk Anak-anak:

-⇰ Allahummaj’al aulaadana kulluhum shaalihan wa thaa’atan. Yaa Allah jadikanlah anak-anak hamba orang yang sholehah dan shaleh yang taat beribadah kepadaMu.

-⇰ Wa ummuruhum thowiilan. Panjangkanlah umurnya yang barakah.

 ⇰War zuqhum waasi’an. Luaskan dan lapangkan rizkinya yang halal.
a ‘uquuluhum zakiyyan. Cerdaskan akalnya untuk kebaikan dunia dan akhirat.

⇨ Wa quluubuhum nuuran. Terangilah kalbunya untuk urusan agamaMu.

 ⇨Wa ‘uluumuhum katsiiran naafi’an. Karuniakan ia ilmu yang bermanfaat untuk urusan kebaikkan dunia dan akhirat.


 ⇨Wa jasaaduhum shihhatan wa ‘aafiyatan. Sehatkanlah jasmani dan rohaninya yang dengan itu memberikan ketenangan dalam melaksanakan ibadah hanya kepada-Mu.

 ⇨Birahmatika yaa arhamar raahimiin. Dengan segala Rahmat-Mu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Aaminn ya Rabbal A'lamin

Tuesday, November 21, 2017

BEAT THE ODDS

ASSALAMUALAIKUM



Aha membuat satu keputusan yang amat sukar dalam hidupnya. Keberanian dia membuat keputusan besar ini menyebabkan  saya perlu menyokongnya dan cuba membantu. Tambahan pula Aha mengambil keputusan ini setelah dia membuat solat istiharah.

Saya ke sekolah berjumpa dengan Guru Penyelaras SPM, Cikgu Hairudin yang sangat baik dan memahami. Dia mencadangkan beberapa perkara.

Aha melalui hari-hari yang amat sukar  setelah keputusan dibuat kerana banyak pula pandangan dari guru-guru lain yang mungkin concern tentang dia, tidak menggalakkan dia membuat keputusan tersebut.

Aha dalam dielama selama beberapa hari dan kami berdoa berterusan memohon Allah menunjukkan kami jalan penyelesaian yang terbaik. Tugasan yang diberi oleh guru PSV dibiarkan separuh jalan.

Saya bertemu Pengetua untuk meneruskan permohonan Aha. Ternyata pengetua juga tidak memahami hasrat Aha dan saya.

Setelah berbincang dengan Cikgu Hairudin , saya meminta Aha menyiapkan tugasan PSVnya untuk mendapat pandangan dari cikgu PSV pula.

Aha menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru PSV bagi menilai bakat seni dia. Dalam masa beberapa jam,  ini yang mampu Aha hasilkan . Pada pendapat saya, Aha memang mempunyai bakat dan kesabaran.  

LUKISAN AHA BERDASARKAN SAMPLE GURU BERI




Satu pencapaian buat Aha kerana tahu apa yang dia inginkan, tahu keupayaannya dan  berani membuat satu keputusan yang besar dalam hidupnya. Semoga keputusan yang Aha ambil adalah ketentuan Allah jua dan Aha berjaya dalam pelajaran, hidup dan matinya. Aamiin. 








Aha beats the odds. Bye Add Maths. Usaha dapatkan keputusan terbaik dalam semua subjek termasuk PSV dan Hanya kepada Allah tempat kami berserah.




Wednesday, November 8, 2017

FINALLY


Bersyukur sangat  PMM berjaya dipersijilkan MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS.

Terimakasih kepada semua yang terlibat terutama JK Qualiti. 


Sesungguhnya aku mengaku bahawa tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.





Sunday, October 8, 2017

BERSANGKA BAIK

ASSALAMUALAIKUM


BERSANGKA BAIK 
HATI AKAN MENJADI TENANG

JIKA HATI 
MASIH TIDAK TENANG, TERUSKAN MERAWAT HATI 
DENGAN 
BERSANGKA BAIK




Sunday, September 24, 2017

DOA SEMASA HAJI



ASSALAMUALAIKUM

LABBAIKALLAH HUMMA LABAIK

             KENANGAN HAJI 2017





Perlu Istiqamah

1. Membaca 5 doa semasa kaki melangkah untuk ke masjid.-

a) Bismillahitawakal tu alallah

b) Rabbi Yassir Wala Tu Assir

c) Ya Allah Peliharalah wudu' ku sehingga aku kembali ke penginapan.   
        
d) Ya Allah, selesakanlah aku dengan cuaca ini.

e) Ya Allah sediakanlah tempat sesuai dan selesa bagiku di dalam masjid.

2. Sentiasa berzikir sepanjang perjalanan - ke masjid, ke Arafah, Muszaliffah, Mina, Mekah, Madinah, Malaysia.

3. Setiap orang akan diuji cuma jenis ujiannya mungkin tidak sama.

 Redha,  Bersabar, istighfar dan berdoa. 


Jangan mempertikaikan ujian tersebut sebaliknya berfikiran positif dan mencari hikmah di sebaliknya.





 Firman Allah dalam Surah Al-Mu'min .40:60:



“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” 

Sebelum berangkat ke Tanah Suci terus-terusan berdoa memohon Allah:

1. Permudahkan segala urusan 
2. Diberi kesihatan yang baik supaya dapat mengerjakan haji dengan sempurna.
3. Kita suami-isteri sentiasa berdamai dan sayang menyanyangi
4. Mendapat rakan sebilik yang baik dan bersama membantu dalam beribadah.
5. Dijauhi dari segala kesengsaraan dan kemudaratan


SEMOGA KAMI BAHAGIA HINGGA KE JANNAH
“Alhamdulilah . 
Allah perkenan doa saya. Sepanjang mengerjakan haji, hubungan saya dan suami sangat irat dan saling memahami. Kami juga diberi kesihatan yang baik . Perjalanan haji dan ibadah saya sangat bermakna.





Bersama rakan sebilik dan pasangan masing-masing
“Alhamdulilah . 
Allah perkenan doa saya. Sepanjang mengerjakan haji,saya juga dikurniakan rakan sebilik yang sangat baik  di Mekah dan Madinah. Kami saling mengingatkan dan membantu dalam ibadah.    Perjalanan haji dan ibadah saya sangat bermakna.



Bonding Time- bersama abang dan kakak saya dan pasangan mereka - makan di Restoran DeSaji

“Alhamdulilah . 
Allah perkenan doa saya. Sepanjang mengerjakan haji,saya dan saudara2 saya Abang long, Kak Long, Abang Md Nor dan Kak Maya dapat bertemu di tempat yang penuh rahmat ini .  Silaturahim kami semakin kukuh.   Kami juga saling mengingatkan dan membantu dalam ibadah. Perjalanan haji dan ibadah saya sangat bermakna.



Bang Long Hj Abdul Rahim bin Dalib

Kakak dan abang menggunakan motor ini untuk Tawaf dan Saie

Bersama rakan sebilik Kak Esah. Besar tak Quran saya.

Cikgu Zu - Rakan sebilik di Madinah .
Dpertemukan dengan rakan sebilik ini di Madinah. Banyak yang saya belajar darinya. Seorang yang kuat dan tabah . Berbagai pengalaman dan ujian yang dilaluinya. Alhamdulilah ujian menyebabkan dia lebih kuat dan dekat dengan Pencipta. 

Berpeganglah kepada janji  Allah dalam Surah Al Insyirah Ayat 5 dan 6:

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


Bersama Zu - Selepas selesai Saie dan Tahalul - Umrah Wajib.  


Cikgu Amrah - bersama ke Masjid Nabawi setiap waktu.


“Alhamdulilah . Syukur kepada Allah atas segala kurnianya.

Firman Allah:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, 2: 186)





Thursday, July 20, 2017

An Inspiring Note



Dear Ummi and Abah,

I pray Allah will ease your journey for Hajj. May He welcome both of you with warmth and pleasure, may He accept your worships and sacrifices, may He forgive your sins and may He bless you with paradise of Firdaus for doing mabrur Hajj. 

As this is the first time you are the ones leaving us for a long time, I can't help myself from feeling a little bit scared. But ultimately I am genuinely happy for you. This is your call. This is the once in a lifetime opportunity to devote yourself to the One who loves you the most. For a month, leaving the worldly affairs behind you and focused on Him alone. 

Dont worry, as He had invited you, He will take care of us like He always does. So please don't worry about us. We will manage. We will be okay. We will always pray for your safety, smooth sailing and safe return. Enjoy the journey💖 Remember us in your prayers.  Love you so much Ummi, Abah. See you soon.

From:   Your Daughter Nur Hidayah




Aamiin Ya Rabb Alamin

Ummi: Thank you so much My lovely daughter , for the wishes. Trust Allah, He is the best planner.

SOLAT LAH

ASSALAMUALAIKUM.


Usia dah penghujung tapi bekalan tak seberapa…..

Ingat lah diri , buatlah sesuatu untuk satu perjalanan yang panjang .

Sedangkan usaha , daya dan semuanya telah terhenti.

Terhenti..… terhentinya bersama denyut nadi.

Tiada lagi daya..

Tanya diri , cukupkah harta bekalan untuk digunakan ..

Takut sahaja tak cukup..

Tahu sahaja tak cukup..

Usahakan..

Jom bangun malam, munajat kepada Tuhan,

Mohon diampunkan

Diterima Amalan

Diberi kerahmatan.

Dan Kesejahteraan semasa hidup dan sesudah mati.

Aamiin Ya Rabb.





Islam itu mudah 
tapi kita yang tak bersyukur ini merasakan 
ianya sukar . Oleh itu cacilah diri kita untuk sedar diri



Tuesday, July 4, 2017

Thursday, June 29, 2017

SELAMAT HARI RAYA 2017

Assalamualaikum

Alhamdulilah …diberi kesempatan menyambut 1 Syawal pada tahun ini. 


Raya kali ini tanpa Nina dan Abang Luqman.  Semoga mereka juga bergembira menyambut Syawal di perantauan. Mereka patut bersyukur diberi peluang untuk merasakan suasana berhariraya di perantauan. Alhamdulilah saya dan suami juga pernah merasakan meraikan kedatangan Syawal di perantauan. 


Luqman bergaya di Belgaum , India

Banyak baju raya dia. 
 Syawal di perantauan  , abang taklah sedih sangat .... ada sepupu dan tunang.


Luqman dan Sepupunya Aiman
Syawal di perantauan bagi Nina , mungkin berbeza dr abang....


Nina dan kwn2 di Nebraska -Lincoln, US

Ni je pic dia hantar

With my mom

Warna Tema yang cool tahun ni

My mom @ nenek gembira sangat . Berhari raya di Bukit Katil Villa tahun ni. Ramai ahli keluarga yang datang . Yang mungkin tak gembira rasanya...bibik adik.. kesian dia. Semoga Allah memberikan kegembiraan begini kepadanya suatu masa nanti.

Sebahagian dari keluarga Hj Dalib dan Hjh Manis
Family Pak Itam
Family Adik @ Dr Ishaireen 



Girls Generation

Family Akak- x cukup member

Siti Fatimah dan Fatihah yang comei. Raya tahun depan complete kot.


Raya ke 2 , melawat Tok Yah di Gopeng, Perak . Alhamdulilah ..dapat berkumpul bersama Abah cha, mama, Farid, Farihah dan Hani.



Tok Yah dan Opah Nadia



He he ..suka berlakon mereka ni.

Hari Raya kali ni baru nampak mereka twin..Selalunya mereka tak nak pakai baju yang design sama. Tahun ni macam kembar tiga pulak


senyum pun sama


Hidayah dan sepupunya Sarah [adik Aiman]




Selamat Hari Raya 

Maaf Zahir dan Batin.  






Monday, June 19, 2017

Labbaik Allah humma labbaik: Persediaan



Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik lah sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.

O my Lord, here I am at Your service, here I am.
There is no partner with You,
here I am.
Truly the praise
and the provisions are Yours,
and so is the dominion and sovereignty.


Nak Mengerjakan Haji atau Umrah.

Apa persiapan yang perlu kita lakukan..
Dikongsikan hasil pembacaan saya untuk panduan bersama. Bukan hasil tulisan saya sepenuhnya .

Persiapan Awal Mental Dan Spiritual sebelum ke Tanah Suci:

1.  Syahadah

 Perbetulkan iktikad dalam memaknakan syahadah. Biar setiap urat dan saraf kita benar-benar merasai getarannya apabila melafazkan kalimah ‘lailahaillallah muhammadur rasulullah’ kerana Syahadah itu janji hati kepada Allah

Firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu dan berjuang di jalan Allah dengan harta dan dirinya, merekalah orang-orang yang benar.” (Surah Al-Hujuraat: Ayat 15)

2.  Ikhlas Niat

 Betulkan  niat dan pastikan niat kerana melaksanakan perintah Allah dan menharapkan keredhaanNya semata-mata.
Tanamkan semangat dengan perasaaan tulus dan ikhlas serta belajar bebaskan diri dari segala tekanan duniawi yang akan memberatkan fikiran sepanjang perlaksanaan haji.

Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah  bersabda, “Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan sesiapa yang hijrahnya kerana untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang dihijrahi.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)

3.  Tingkatkan Amalan

Latihlah diri sebelum berangkat ke tanah dengan melakukan amalan-amalan seperti berzikir, membaca Al-Quran, qiamullai, bertafakkur, bersedekah (wang, harta, tenaga, lisan) dan sebagainya. Latihan ini memerlukan kecekalan dan masa yang panjang.

 Maka perlulah dipertingkatkan semua amalan tersebut dengan harapan dapat melakukannya dengan mudah di tanah suci kelak.

4.  Muhasabah Diri

 Perbanyakkan istighfar dan sentiasa melakukan Qiamullail seperti melakukan solat-solat sunat seperti Solat Sunat Tahajud, Taubat dan Hajat untuk membantu kita bermunajat kepada Allah

Mengetahui sikap negetif dan pupuklah diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan berusaha membuang sifat-sifat yang buruk dan tercela.

5.  Taubat Nasuha

Bertaubat atas kesemua dosa dan kelalaian kita terhadap suruhan Allah serta meninggalkan segala yang makruh dan perbuatan-perbuatan mungkar. Lakukan Solat Taubat dan memohon keampunan kepada Allah

Jika seseorang itu bertaubat daripada dosa kepada Allah, maka hendaklah memenuhi syarat-syarat Taubat Nasuha :

Menyesal atas segala perbuatan dosa.

Segera meninggalkan perbuatan dosa tersebut.

Berazam tidak akan melakukan lagi dosa-dosa itu.

Jika berdosa kepada sesama insan, maka hendaklah memohon maaf dari orang tersebut dan jika dia mengambil hak seseorang, maka hendaklah dia memulangkan hak mereka itu.

6.  Perbaiki Kualiti Solat

 Tingkatkan kualiti solat terutama mutu bacaan dan tajwid agar lebih khusyuk dan betul.

Rasulullah bersabda: “Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”
Memperbanyakkan solat sunat adalah antara langkah memperbaiki kualiti dan menambah kekhusyukan solat fardhu kita. Dalam solat juga terdapat zikir dan doa yang kita pohonkan, maka berdoalah dengan khusyuk dan yakin, bukan dengan sambil lewa.

7.  Banyakan Berpuasa

 Puasa dapat menundukkan nafsu dan menjadi perisai nafsu manusia, maka perbaikilah kualiti puasa fardhu kita dan banyakkanlah berlatih dan melakukan puasa sunat. Sekiranya ada puasa yang belum diqadha atau dikeluarkan fidyahnya, tunaikanlah semampu mungkin. Begitu juga dengan puasa nazar yang belum ditunai, maka laksanakanlah secepat mungkin.

8.  Belajar Bersabar 

 Sifat sabar amat diperlukan dalam melaksanakan ibadah haji, Sikap ini bahkan mulai diuji sebaik seseorang memutuskan untuk berangkat ke tanah suci. Semua urusan memerlukan kesabaran, baik pada menunggu giliran haji, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran, mengikuti manasik haji dan sebagainya.

Di tanah suci sendiri, ketika berkumpulnya jutaan jemaah dengan pelbagai ragam, tabiat dan kebiasaan yang berbeza dan akan ada saja perilaku yang boleh menimbulkan kemarahan jemaah.  Bersabarlah demi ketaatan kita kepada Allah

9.  Kawal Emosi

 Kesabaran juga berbentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau sahabat kita sendiri. Ada kalanya pertengkaran antara suami atau isteri dan sebagainya akan sering berlaku apabila tidak dikawal dengan rasa sabar dan syukur.
Adakalanya di tanah suci, hati kita terdetik berkenaan sesuatu, ia akan berlaku tanpa disedari, maka belajarlah sejak di tanah air lagi agar mengawal perasaan, sentiasa berfikiran positif dan bersifat husnuzon.

Jauhilah sikap suka mengkritik segala perkara atau sering merungut akan sesuatu yang berlaku. Anggaplah ia sebagai ujian dari Allah yang mahu melihat akan tahap amarah dan kesabaran kita.

10.  Jihad Kasih Sayang

Sebagai wanita  jarak perpisahan terutama terhadap anak dan keluarga memberi impak kepada emosi dan perlakuan. Pengorbanan besar terpaksa dilakukan demi mendekatkan diri kepada Allah.
Memohon dengan bersungguh-sungguh kepada  Allah untuk membantu urusan ahli keluarga yang ditinggalkan.

Rasulullah bersabda: “Jihad orang tua, kanak-kanak, orang lemah dan orang perempuan ialah haji dan umrah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.).

11.  Tolong-Menolong

Tolong dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan kecuali redha Allah semata-mata.

Percayalah bahawa orang-orang yang banyak membantu orang lain dengan ikhlas, segala urusannya akan menjadi mudah dan lancar, dan ajaibnya dia akan terhindar dari pelbagai kesukaran.

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari r.a.).

12. Berinfak Dan Bersadaqah

 Lakukan infak dan sedekah dengan hati yang ikhlas. Bersedekah bukan terhad kepada harta dan wang ringgit sahaja, anggota badan, tenaga empat kerat, lisan dan senyuman turut boleh disumbangkan dalam kehidupan seharian. Bersedekahlah membantu orang-orang miskin dan mereka yang memerlukan yang ditemui ketika dalam pejalanan atau jiran-jiran kita bagi melatih diri menjadi pemurah dan melembutkan hati.

Allah berfirman:

 Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).” (Surah Al-Baqarah: Ayat 215)

Hadis riwayat Asma binti Abu Bakar ra., ia berkata: Rasulullah bersabda kepadaku: “Berinfaklah atau memberilah dan jangan menghitung-hitung, kerana Allah akan memperhitungkannya untukmu.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

13.  Hindari Riyak

 Elakkan diri dari perasaan riak, ingin dipuji, takbur, sombong merasa hebat, ingin bergelar dan dipanggil haji atau hajah. Berserahlah sepenuhnya kepada Allah  dan lakukan semuanya itu dengan taqwa.

Allah berfirman:

 Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).” (Surah Al-Baqarah: Ayat 264)

14.  Memahami Sifat-Sifat Mahmudah Dan Mazmumah

 Mengetahui dan memahami sifat-sifat yang terpuji dan sifat-sifat yang tercela. Pupuklah diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan cuba buangkan sifat-sifat yang tercela.

Jaga tiga perkara; Mulut, Telinga dan Mata.

Selalu ingat amalan kerana Allah,

Dan dari Wabishah bin Ma’bad rodhiallohu ‘anhu dia berkata: “Aku datang kepada Rasulullah, 

Baginda bersabda, “Apakah kamu datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata, “Ya.” Baginda bersabda “Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.”

(Hadits hasan yang kami riwayatkan dari Musnad Imam Ahmad bin Hambal dan Musnad Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan).

15.  Meminta Maaf

 Mohon maaf kepada orang ibu bapa, suami isteri, anak-anak, saudara-mara, keluarga dan kaum kerabat. Bermaaf-maafan sesama kaum muslimin tidak kira saudara, sahabat atau jiran tetangga samada ada berbuat salah atau tidak dan minta maaf daripada semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan terhadap mereka.

Begitu juga, jika kita ada menzalimi orang, terambil harta orang, hendaklah dipulangkan harta tersebut, atau kita minta supaya dihalalkan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.).

16. Keredhaan Ibu Bapa & Suami

 Berusaha untuk mendapatkan keredhaan ibu bapa dan suami, walaupun tidak sewajarnya ibu bapa atau suami melarang anak/isterinya daripada ibadat haji yang wajib.

Rasulullah bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Hadits Riwayat At-Tirmidzi r.a.).

17. Teman Perjalanan

Mencari teman dan rakan yang baik dalam perjalanan. Teman yang sama-sama berusaha untuk meningkatkan amalan dan mendapat keredhaan Allah.

18.  Bersangka Baik Kepada Allah

Baik sangka, menurut Abu Muhammad al-Mahdawi, adalah membuang prasangka buruk

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata : Rasulullah bersabda : “Allah berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.).

Dari Jabir bin Abdillah ra bahwa ia mendengar Rasulullah berkata tiga hari sebelum wafatnya : “Jangan seorang di antara kamu mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Orang yang beriman hendaklah meyakini setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya sama ada baik atau buruk, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Jika kita bermohon kepada Allah, maka hendaklah bersangka baik jika apa yang diharapkan tidak terlaksana. Mungkin Allah mahu beri yang lebih baik lagi.

Firman Allah:

 Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

19. Istiqamah

Istiqamah sangat penting dalam semua hal: berbuat kebaikan, menjauhi larangan dan mempertingkatkan amalan dan niat itu hendaklah ikhlas kerana Allah
Rasulullah telah bersabda: “Amal kebaikan yang disukai Allah ialah yang sentiasa dilakukan walaupun sedikit.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

20.  Bekalan Taqwa

 Segala persediaan dari kelengkapan “material” seperti wang ringgit, tempat penginapan, makan-minum jika tidak disertai dengan bekalan taqwa, maka dibimbangi ibadah haji dan umrahnya itu akan hilang dari matlamat asalnya iaitu kerana Allah

Firman  Allah:

 Dan hendaklah kamu membawa bekal secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa.” (Surah Al-Baqarah 2 : Ayat -197)

Abdullah bin Umar r.a. apabila melihat rombongan haji sedang melalui satu jalan, beliau berkata: “Pada hari ini, para jemaah haji menjadi semakin berkurangan dan pengembara-pengembara semakin bertambah ramai.”

Maksud beliau adalah, kekasih Allah yang sebenar semakin berkurangan sementara mereka yang tidak ikhlas telah bertambah dengan ramainya. Beliau menyeru ke arah sederhana dan menjauhkan segala kemewahan dan keseronokan.
 Rasulullah bersabda:

Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana naik haji umat aku kerana 4 perkara:      
                    Orang kaya naik haji kerana melancong.
Orang pertengahan naik haji kerana beniaga.
Orang miskin naik haji kerana meminta-minta.
Orang Qari dan Ulama naik haji kerana riya’dan nama.”
(Hadis Riwayat Ad Dailamy)

21.  Tawakal

Tanam dalam diri dengan sifat bertawakal sebelum berangkat ke tanah suci bagi menghadapi pelbagai kerisauan, kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan ibadah Haji dan Umrah, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata.

Menurut pendapat Imam Ghazali r.a: “Tawakal membawa erti bahawa kita menyerahkan diri kepada Allah sewaktu menghadapai kesusahan atau ketika menghadapi waktu yang sukar dan genting dalam hidup ini. Pada ketika ini, hati perlu di teguhkan seteguh-teguhnya sehingga ia mencapai satu titik ketenangan dan ketenteraman di dalam jiwa.”

Penutup

Semoga usaha kita dengan mempertingkatkan amalan, istiqamah, redha dan menyucikan hati juga jiwa menyebabkan perjalanan rohani ini boleh berjalan dengan baik dan lancar serta berharap ibadah hajinya mendapatkan redha Allah dan menjadi haji yang mabbur sebagaimana sabda Rasulullah:“Haji yang mabrur tiada ganjarannya yang sesuai melainkan syurga.” (Hadis Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)



Credit to;
https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/09/30/21-persiapan-dan-persediaan-awal-mental-dan-spiritual-sebelum-pergi-menunaikan-ibadat-haji-dan-umrah-ke-tanah-suci/#more-7644

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...