ASSALAMUALAIKUM
Aha membuat satu keputusan yang amat
sukar dalam hidupnya. Keberanian dia membuat keputusan besar ini menyebabkan saya perlu menyokongnya dan cuba membantu. Tambahan
pula Aha mengambil keputusan ini setelah dia membuat solat istiharah.
Saya ke sekolah berjumpa dengan Guru
Penyelaras SPM, Cikgu Hairudin yang sangat baik dan memahami. Dia mencadangkan
beberapa perkara.
Aha melalui hari-hari yang amat
sukar setelah keputusan dibuat kerana
banyak pula pandangan dari guru-guru lain yang mungkin concern tentang dia,
tidak menggalakkan dia membuat keputusan tersebut.
Aha dalam dielama selama beberapa
hari dan kami berdoa berterusan memohon Allah menunjukkan kami jalan
penyelesaian yang terbaik. Tugasan yang diberi oleh guru PSV dibiarkan separuh
jalan.
Saya bertemu Pengetua untuk
meneruskan permohonan Aha. Ternyata pengetua juga tidak memahami hasrat Aha dan
saya.
Setelah berbincang dengan Cikgu Hairudin , saya meminta Aha menyiapkan
tugasan PSVnya untuk mendapat pandangan dari cikgu PSV pula.
Aha menyiapkan tugasan yang diberi
oleh guru PSV bagi menilai bakat seni dia. Dalam masa beberapa jam, ini yang mampu Aha hasilkan . Pada pendapat
saya, Aha memang mempunyai bakat dan kesabaran.
LUKISAN AHA BERDASARKAN SAMPLE GURU BERI |
Satu pencapaian buat Aha kerana tahu apa yang dia inginkan, tahu keupayaannya dan berani membuat satu keputusan yang besar dalam hidupnya. Semoga keputusan yang Aha ambil adalah ketentuan Allah jua dan Aha berjaya dalam pelajaran, hidup dan matinya. Aamiin.
Aha beats the odds. Bye Add Maths. Usaha dapatkan keputusan terbaik dalam semua subjek termasuk PSV dan Hanya kepada Allah tempat kami berserah.
No comments:
Post a Comment