Thursday, May 8, 2014

UNIKNYA ANAK-ANAK KITA.

ASSALAMUALAIKUM.

Bersyukurlah jika kita dikurniakan zuriat . Sepanjang kehidupan kita akan mengajar dan di ajar oleh anak-anak ini.

Jangan kita beranggapan semua anak-anak adalah sama. Setiap mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bukan kah  kita pun begitu?.

Atas kelebihan mereka kita bersyukur dan senantiasa berdoa semoga di kekalkan.

Atas kekurangannya , kita bantu mereka untuk mengatasinya ataupun sekurang-kurangnya menjadikan  mereka mengenali kekurangan mereka dan motivasikan mereka untuk menjadi lebih baik.

Paling utama , menyedarkan mereka bahawa kita bertanggungjawab kepada Pencipta dan matlamat yang hendak dicapai bukan hanya untuk kebahagian dan kejayaan di dunia tetapi tempat terakhir iaitu akhirat nanti.

Sepanjang kehidupan kita, kita akan diuji oleh mereka. Janganlah terpedaya dengan hasutan syaitan dalam kita menangani karenah mereka sehingga membuatkan sesama kita rugi dalam segala hal.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal 27 &28:


Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasul, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu, padahal kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta kamu serta anak-anak kamu  adalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jua pahala yang besar.



No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...