Monday, May 5, 2014

MEE KARI SEDAP..



Assalamualaikum.
Ahad  4 Mei 2014:

Alhamdulilah , saya sarapan mee kari pagi ni. Kuahnya sedap dan banyak. Dah pastinya kawan saya ni, yang menolong saya menghabiskannya. 

Saya      :  Sedapkan mee kari ni tapi pekat sikit. Saya suka jika kuahnya cair sikit.

Kawan  : Boleh lah …(ini mesti kurang sedap)

Saya     : Mee kari kat mana yang paling sedap awak rasa.

Kawan  : Mee Kari semasa saya sekolah dulu. Mee kari cina…

Saya      : Halal ke?. 

Kawan   : Entahlah. Masa dulu pakai makan je.

Saya      : O o .

Alhamdulilah. Bersyukur saya kepada Allah kerana saya sekeluarga dijauhi oleh Allah daripada menikmati makanan yang tidak halal sebegitu disebabkan kemiskinan kami.  Mee Kari Akak yang paling best. Semua yang akak masak….best. Duit belanja sekolah hanya 10 sen, tak cukup nak beli mee kari.

Kesimpulan:

Pengajaran didatangkan kepada kita oleh Allah  pada setiap masa. Jika kita hanya melihat dan kagum  kepada kekayaan/kemampuan orang lain tanpa melihat hikmah disebalik semua takdir Allah kepada kita, maka kita akan menjadi orang-orang yang rugi dan tidak bersyukur.



Sebagai manusia biasa, kita mudah untuk merasa tidak berpuashati apabila ada dikalangan kita yang senang dan ada pula yang susah. 

Perasaan ini boleh merosakkan keyakinan kita terhadap Allah yang berkuasa , menentukan setiap pemberiannya kepada kita. 

Perlu sentiasa ingat  bahawa wujudnya pelbagai peringkat manusia adalah bukti bahawa manusia adalah mahluk yang dicipta oleh Allah dan Dialah yang mentadbir dan mengatur perjalanan hidup dan matinya manusia itu. 

Walaubagaimana pun,  apa yang pasti setiap  manusia perlu menjawab kepada Allah : Antaranya

Yang kaya: Dari mana kekayaan diperolehi dan bagaimana dibelanjakan.
Yang miskin:  Kenapa tidak berusaha dengan lebih gigih untuk membaiki kualiti hidup, sedangkan  rezeki Allah sentiasa terbentang luas. Jika berusaha dengan gigih ,berdoa dan tawakkal yang berterusan , insya allah  dapat mengubah masa depan. 

Ketahuilah , bahawa Islam tidak meredai penganutnya terus kekal di dalam kemiskinan dan kefakiran

Baca terus: http://laman-seri.blogspot.com/2011/08/kemiskinan-membawa-kekufuran.html



Inilah Akak saya : Hjh Rashiah bersama anak dan cucunya. 

Semoga Allah membalas semua jasa-jasa akak membesarkan kami dengan masakannya, jagaannya dan jahitannya. Seluar kecil pun akak jahit. Tapi adik (Dr Ishaireen Dalib) paling untung sebab: dia ada baju dan seluar kecil yang diperbuat dari lebihan kain sekampung......

1 comment:

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...