Thursday, May 8, 2014

UNIKNYA ANAK-ANAK KITA.

ASSALAMUALAIKUM.

Bersyukurlah jika kita dikurniakan zuriat . Sepanjang kehidupan kita akan mengajar dan di ajar oleh anak-anak ini.

Jangan kita beranggapan semua anak-anak adalah sama. Setiap mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bukan kah  kita pun begitu?.

Atas kelebihan mereka kita bersyukur dan senantiasa berdoa semoga di kekalkan.

Atas kekurangannya , kita bantu mereka untuk mengatasinya ataupun sekurang-kurangnya menjadikan  mereka mengenali kekurangan mereka dan motivasikan mereka untuk menjadi lebih baik.

Paling utama , menyedarkan mereka bahawa kita bertanggungjawab kepada Pencipta dan matlamat yang hendak dicapai bukan hanya untuk kebahagian dan kejayaan di dunia tetapi tempat terakhir iaitu akhirat nanti.

Sepanjang kehidupan kita, kita akan diuji oleh mereka. Janganlah terpedaya dengan hasutan syaitan dalam kita menangani karenah mereka sehingga membuatkan sesama kita rugi dalam segala hal.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal 27 &28:


Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasul, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu, padahal kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta kamu serta anak-anak kamu  adalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jua pahala yang besar.



University mana ni...

Assalamualaikum.

Kali ni nak bercerita perihal anak ke 3 , Nina.. Dia dah pun tamat pengajiannya di INTI International University, Nilai. Insyaallah akan meneruskan pengajiannya ke US.  Nina telah pun berjaya mendapat offer dari 4 university iaitu  Drexel University, University of Missouri (Columbia), University of Wichita dan University of Nebraska-Lincoln. 

Universiti Mana yang akan Nina akan pilih dan ditakdirkan .................. Semoga Allah memudahkan dia dalam membuat pilihan dan pilihannya adalah ketentuan Allah yang terbaik buat Nina. Ameen..

Note: 

Missouri U suasana ok. Ada majid dan nampak mcm tak anti- muslim cuma tak ada kwn yg ambil Eng di sini. Susah nak berbincng.

Drexel U sangat bagus .Sentiasa berhubungan dengan pelajar dan ibubapa. Menghantar pelbagai maklumat  tentang course, u , dll. Offerr Nina scholarship dan antara ranking yg bagus.

Nebraska-lincoln U.? Ranking lebih kurang Missouri U. Juga offer Nina scholarship.

Wichita U....ranking teruk sangat...

Monday, May 5, 2014

HIDAYAH VISIT INDIA @ ABNG

ASSALAMUALAIKUM.

Hidayah berkesempatan mengikogram melawat USM-KLE di Belgaum. Share her pictures here.



Hidayah dan Abang Luqman di depan hostel






Siapa sebelah Hidayah dan abang Luqman ?. .insya allah 2018. 





Alhamdulilah. Semoga banyak yang dia dan kawan-kawannya dapat pelajari di sini. 
Persekitaran yang mendatangkan keinsafan tetapi pembelajaran yang berkualiti dan antara terbaik dalam bidang kedoktoran. Semoga anak-anak ku berdua dan juga kawan-kawannya menjdai doktor muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. Ameen..


MEE KARI SEDAP..



Assalamualaikum.
Ahad  4 Mei 2014:

Alhamdulilah , saya sarapan mee kari pagi ni. Kuahnya sedap dan banyak. Dah pastinya kawan saya ni, yang menolong saya menghabiskannya. 

Saya      :  Sedapkan mee kari ni tapi pekat sikit. Saya suka jika kuahnya cair sikit.

Kawan  : Boleh lah …(ini mesti kurang sedap)

Saya     : Mee kari kat mana yang paling sedap awak rasa.

Kawan  : Mee Kari semasa saya sekolah dulu. Mee kari cina…

Saya      : Halal ke?. 

Kawan   : Entahlah. Masa dulu pakai makan je.

Saya      : O o .

Alhamdulilah. Bersyukur saya kepada Allah kerana saya sekeluarga dijauhi oleh Allah daripada menikmati makanan yang tidak halal sebegitu disebabkan kemiskinan kami.  Mee Kari Akak yang paling best. Semua yang akak masak….best. Duit belanja sekolah hanya 10 sen, tak cukup nak beli mee kari.

Kesimpulan:

Pengajaran didatangkan kepada kita oleh Allah  pada setiap masa. Jika kita hanya melihat dan kagum  kepada kekayaan/kemampuan orang lain tanpa melihat hikmah disebalik semua takdir Allah kepada kita, maka kita akan menjadi orang-orang yang rugi dan tidak bersyukur.



Sebagai manusia biasa, kita mudah untuk merasa tidak berpuashati apabila ada dikalangan kita yang senang dan ada pula yang susah. 

Perasaan ini boleh merosakkan keyakinan kita terhadap Allah yang berkuasa , menentukan setiap pemberiannya kepada kita. 

Perlu sentiasa ingat  bahawa wujudnya pelbagai peringkat manusia adalah bukti bahawa manusia adalah mahluk yang dicipta oleh Allah dan Dialah yang mentadbir dan mengatur perjalanan hidup dan matinya manusia itu. 

Walaubagaimana pun,  apa yang pasti setiap  manusia perlu menjawab kepada Allah : Antaranya

Yang kaya: Dari mana kekayaan diperolehi dan bagaimana dibelanjakan.
Yang miskin:  Kenapa tidak berusaha dengan lebih gigih untuk membaiki kualiti hidup, sedangkan  rezeki Allah sentiasa terbentang luas. Jika berusaha dengan gigih ,berdoa dan tawakkal yang berterusan , insya allah  dapat mengubah masa depan. 

Ketahuilah , bahawa Islam tidak meredai penganutnya terus kekal di dalam kemiskinan dan kefakiran

Baca terus: http://laman-seri.blogspot.com/2011/08/kemiskinan-membawa-kekufuran.html



Inilah Akak saya : Hjh Rashiah bersama anak dan cucunya. 

Semoga Allah membalas semua jasa-jasa akak membesarkan kami dengan masakannya, jagaannya dan jahitannya. Seluar kecil pun akak jahit. Tapi adik (Dr Ishaireen Dalib) paling untung sebab: dia ada baju dan seluar kecil yang diperbuat dari lebihan kain sekampung......

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...