Monday, December 29, 2014

Belajar AL-QURAN

Assalamualaikum

Walaupun telah belajar Al Quran tetapi tajwidnya masih perlu di perbetulkan. Tak berkesempatan mencari guru lagi untuk memperbaiki tajwid maka saya belajar melalui internet sahaja.

Link ini sangat membantu.

http://www.shukom.com/buku.tajwid.html

Semoga Allah memberkati usaha ustaz ini juga membantu saya istiqamah dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.. Ameen

Sunday, December 21, 2014

KAEDAH MENDIDIK ANAK YANG BAIK

ASSALAMUALAIKUM.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda: ‘ Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara:
  1.  Sedekah jariahnya
  2.   Ilmu yang dimanafaatkan
  3.  Anak yang soleh yang mendoakan kebaikan baginya.
      Dengan adanya teknologi masa kini, ilmu boleh didapati di hujung jari sahaja. Ramai yang menulis di alam maya ni, berkongsi ilmu  tentang cara mendidik anak-anak yang baik. Antaranya

    1. http://tudungsicomel.com/kesilapan-besar-ibu-bapa-mendidik-anak/
    2. http://www.elaila.net/2014/10/mendidik-anak-anak-menggunakan-teknik.html
    3. https://www.youtube.com/watch?v=GF0alDofd88&feature=youtube_gdata

    Catatan saya dari video Ustaz Abdullah Al Amin saya kongsikan di bawah:  


12 Kaedah Mendidik Anak.

1.      Niat untuk menjadi ibubapa yang terbaik dan soleh.

Luqman Hakim – terkenal dengan keibubapaan.  Ketika ditanya bagaimana anak2nya adalah anak2 yang baik. Jawapan : Aku mendidik 20 tahun sebelum dia dilahirkan. Ini bermakna dia mendidik dirinya dahulu sebelum mendapat anak.

2.      Menjaga adap dalam pergaulan suami isteri.
-          Jangan mendatangi isteri ketika haid.
-          Larangan mendatangi isteri macam haiwan

3.      Jaga Pernikahan
-          walikan pernikahan anak
-          Jangan bermain dengan lafaz talaq

4.      Adap ketika mengandong
-          Banyak membaca Surah Yusuf,  Surah Maryam dan Surah Luqman
-          Kisah Abdullah Janggi Dosh –

5.      Kelahiran
-          Berikan nama yang baik, panggilan yang baik kerana ia merupakan doa.
-          Hendaklah di aqiqahkan.
-          Hendaklah di tahniqkan .
6.      Berikan anak makanan yang halalbaik dan sunah. 
  - Jauhi yang haram dan syubhat
  -          Baiki rumah bermula dari dapor.
  -          Kisah Imam As - Syafie dan susu kambing (kambing makan rumput jiran tetapi memberi kesan kepada susu kambing jika kita meminumnya )

7.      Kaedah mendidik anak secara berkala
-          7 tahun  pertama : Bermain dengan anak,
-          7 tahun seterusnya : didik dan ajarlah ,
-          7 tahun berikutnya : berkawan dengannya.

8.      Kaedah mendidik anak dengan cara didikan
-          Hendaklah selalu menegur – bukan nak mengubah dia/ manusia tak mampu ubah manusia
-          Ulang-ulangan
-          Dedahkan dengan didikan agama

 Kisah Imam As-syafie: dia balik dan masuk ke rumahnya memanggil ibunya. Ibunya keluar dan bertanya, kamu anak siapa? Anak ibu masuk ke rumah memberi salam.

9. Kaedah mendidik anak modul didikan

10. Carikan guru yang hebat
- Orang yang hebat , ada guru yang hebat.

11. Doakan yang sebaiknya.
         - Doa yang baik dtgnya dari ayah
         - Doa yang buruk jika ibu yang doakan
        - masuk rumah beri salam
        - masuk rumah , baca surah al- ikhlas 3kali.
        - Bacakan Al-Fatihah kepada anak-anak.

12. Menghadapi anak derhaka
Mengapa anak menjadi derhaka;
   i.  anak derhaka sebab jahil
  ii. anak kurang Tarbiah
  iii.  anak keras hati
       kaedah:
       Baca Surah Toha ayat 1-5
       Lepas solat , zikir Ya Latif 100 x untuk anak itu
  iv. anak derhaka disebabkan layanan ibubapa
   v. disihir

Berusahalah kita mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh. Usah jemu dan berhenti dari mendidik, mendoakan mereka.


Semoga usaha kita dirahmati Allah dan anak-anak kita menjadi anak-anak soleh dan solehah.


Ameen

Tuesday, December 16, 2014

Achik victory

Alhamdulilah...acik pass ujian komputer  JPJ.  Happy for him. Lg seronok dpt kalahkan 2 saudara nya yg bijak pandai.




Walaupun kami risau achik menunggang motor tapi kami rasa dia memerlukan kenderaan memudahkannya ke sekolah dan kelas tambahan. Kami menasihatinya dan serahkan kepada Allah, mohon perlindunganNya.
Ameen

ANAK DAN UJIAN


Assalamualikum.

Firman Allah yang bermaksud;

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar”.

Surah  Al-Anfal , ayat 28

Akhir-akhir ini , berita -berita tentang anak-anak yang mencuba menjadi hero menjadi perbualan dan berita di media. Saya melihat ini sebagai satu kesedihan . Terfikir-fikir, apakah yang dirasai oleh  ibubapa mereka. 

Bangga atau Sedih

Anak-anak ini terlalu ghairah untuk membetulkan keadaan dengan menggunakan cara yang salah. AAJ contohnya menggunakan ayat-ayat yang kesat untuk menghina orang lain, lansung tidak menggambarkan perlakuan atau tindakan sebagai seorang Islam. Ramai lagi anak-anak muda yang mendebik dada mengatakan membawa majoriti suara orang muda tetapi cetek akal dan ilmu agamanya.

Carilah cara terbaik membetulkan keadaan.


Saya bukanlah seorang ustazah @ byk ilmu agama, cuma seorang ibu muslim , yang merasakan adalah perlu ibubapa mempunyai ilmu  dalam menangani anak-anak sebegini . Anak-anak perlu sering diingatkan tentang cara berhemah menegur orang yang dirasakan bersalah, menjaga hati dan perasaan IBUBAPA dan seterusnya mendalami ilmu agama, mengamal dan jadilah contoh yang baik . Contoh yang baik dikalangan ahli keluarga dan ummah.

Ya Allah , lindungilah anak-anak saya dan anda. Ameen.


p/s 
Teringat kisah seorang abang saudara saya, berdemo bersama DSAI di UM.  Dia tidak dapat  ditangkap, berjaya  melarikan diri dan bersembunyi entah di mana. .....Nasibya tidak sebaik DSAI dan HR.  Kesedihan keluarga dia tidak dapat digambarkan, terutama ketika kedua ibubapanya meninggal dunia. Dia tidak bersama-sama memandi, mengkafan dan menghantar jenazah ke kuburan. Sedihnya... Nauzubillah jauhi kami dari ujian sebegini. Ya Allah.



Monday, December 15, 2014

All the Best Nina

Assalamualaikum

Nina dah mula final exam hari ni . Semoga Nina dapat menjawab dengan cemerlang seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

Sebagai ibubapa  , usaha kita adalah berdoa dan memohon kepada Allah semoga anak2 kita dapat menjalani peperiksaan dengan tenang dan dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang .


Wednesday, November 19, 2014

Picnic di Padang Komunting

Adhoc picnic
masin tak
subhanallah
Add caption
2 missing
lifeguard berehat
Habil & Junior 

Sunday, November 9, 2014

Nov2014 : missing them

Assalamualaikum
Dah 3 bulan Nina ke US dan abng Luqman ke India. Masa terus berlalu...Semoga Allah melindungi, membantu dan memudahkan anak2 ku melayari kehidupannya sebagai seorg muslim yg baik juga tercapai segala yg dicita-citakan.
Teknologi masa kini memudahkan kami berkomunikasi dgn anak2 terutama Nina yg amat jauh dan byk dugaan.

Thursday, October 23, 2014

Beautiful India & USA


INDIA

Luqman

India

India 
India
India
India
India
India
India: Bunga ni aje ada
Wow subhanallah
India
India
India
India
Elephant? In India
USA : Lake Sylvan ... [Ok Nina dah betulkan.].
USA : Mount Rushmore

See this http://issuu.com/sariatid/docs/travelog_ciptaan_allah_1

Saturday, October 18, 2014

Posing ke Jogging

Assalamualaikum.

Abah outstation terasa lama kali ni. Pagi ahad , kami breakfast dan exercise sikit di tepi laut. Sebenarnya posing je exercise tak seberapa.  Alhamdulilah ...subhanallah ciptaan Allah.























Monday, October 13, 2014

Family outing : Pantai Puteri

Assalamualaikum

Abah outstation 2 weeks. Kami pun plan family outiñg bersama Maksu , mak n Mak itam.

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...