ASSALAMUALAIKUM.
Hari ini rasa nak marah sangat………………tetapi
bila memikirkan bahawa rasa marah jika tidak dikawal akan menyebabkan kekesalan
yang berpanjangan dan juga kadang-kdang memalukan diri sendiri.....jadi ku pujuk hati, sabarlah wahai hati.
Tarik nafas , tenangkan diri dan
beristighfar serta memohon Allah
membantu dalam penyelesaian masalah yang dihadapi. Atau jika masalah masih
tidak dapat diselesaikan, mohon diberi ketenangan hati menerima keputusan ini dan
bersabar menunggu ketentuan Allah seterusnya.
Ana ditawarkan ke Sekolah Arab Saidatina Khadijah tetapi Aha
tak berjaya, walaupun hanya dengan
perbezaan 1 A UPSR dan 1A UPKK.
Ana dan Aha juga tidak ditawarkan
ke Rancangan Khas ataupun Kelas kawalan di SMKDA.
SKM2 (sek rendah Ana dan Aha ) adalah
feeder kepada SDARY. Sekolah ni antara
sekolah harian yang paling lama di kawasan ini. Jumlah pelajar paling ramai tetapi
pencapaian sekolah tidak memberangsangkan. Dan akan jadi pilihan terakhir bagi
kebanyakan ibubapa.
Ana dan Aha ditempatkan di
sekolah ini. Saya mengambil keputusan untuk membuat rayuan menempatkan mereka
di SMKDA. Bila saya ke SDARY menanyakan status rayuan yang telah saya buat ,
mereka kata kena tanya PPD J .
Bila sampai di PPD J dimaklumkan anak-anak saya layak untuk masuk Rancangan Khas kerana Kelas
Kawalan untuk pelajar yang mendapat 3A 1B 1C - 2A sahaja. Jika pelajar mendapat 3A2B dan ke
atas , mereka tidak akan ditawarkan Kelas Kawalan walaupun memohon……
Dapat keputusan yang layak masuk RK
tetapi tak ditawarkan kerana semuanya dah online sekarang. Masalahnya jumlah kelas
RK itu sikit dan jumlah yang dapat 5A,4A dan 3A itu ramai……mereka ni tak tengok
statistic ke dalam membuat keputusan.
Semuanya dah online sekarang so
jika kita tersilap pilih sekolah harian pun jadi masalah. Rasa kesian kepada
orang-orang yang tidak tinggi pelajaran dan tidak berkemampuan. Akan
tertinggallah anak-anak mereka kerana pihak sekolah biarkan saja dalam
pemilihan sekolah ini.
Rasa marah sangat '''LAYAK tapi Tak Dapat tawaran" dan dimaklunkan keputusan rayuan hanya diumumkan 2 minggu setelah daftar disekolah yang ditentukan....
Anak2 dah rasa 'down' begitu juga saya. Ada kabel sederhana besar tapi keputusan tetap sama. Daftar dulu dan tunggu keputusan.
Nak marah sangat2.......
Jiwa kacau..mcm ni rasanya. |
Untuk membantu mengurangkan emosi yang mengacau ketenangan
jiwa ini, saya perlu mencari jalan bagi mengubati jiwa saya.
Pertama: Mengenal setiap cetusan emosi diri
Sekarang saya
sedang marah dan merasa kecewa dengan sistem penentuan sekolah anak-anak saya.
Saya juga rasa kecewa apabila kabel yang ada tidak dapat membantu saya dalam
menentukan matlamat saya tercapai.
Kedua: Memberi masa bertenang
Saya perlu menarik nafas, beristigfar dan mengawal kemarahan
saya dan kekecewaan saya. Sepanjang berurusan di PPD tadi , saya cuba mengawal
ketinggian suara saya dan saya berjaya cuma saya tidak dapat mengawal untuk
menukar ‘channel’. (Iaitu apabila saya marah secara automatic saya
akan bercakap dalam BI.)
Ketiga: Saya juga bersalah
Kemarahan biasanya memuncak bila kita memikirkan kesilapan
orang lain. Tetapi , jika kita dapat menerima hakikat bahawa diri kita juga
perlu memikir tanggungjawab dalam kejadian tersebut , kita tidak akan terlalu
menyalahkan orang lain.
Saya rasa saya juga bersalah dalam hal ini kerana meletakkan
kepercayaan sepenuhnya kepada anak-anak ( ana, aha dan nina) dalam mengisi
borang online.
Keempat: Mendekatkan diri kita dengan agama
Sebenarnya kemarahan yang dapat ditangani menjadikan kita
insan yang mulia kerana berjaya mengendalikan emosi dengan baik, tidak
mendatangkan keaiban kepada diri sendiri. Perlu sentiasa berusaha untuk jadi
lebih baik dengan menganggap semua perkara adalah penting dan berhati-hati dalam
mengambil keputusan. Islam mengajar kita supaya sentiasa bersabar dan jelas
bahawa sabar membawa kepada kualiti hidup yang sihat.
Oleh yang demikian jadikan kemarahan sebagai punca kesedaran
diri. Belajar dari emosi diri kita dan berusaha mendapat ajaran dari setiap
pergolakan emosi. Kata pepatah ” Emosi kita adalah guru yang paling baik’. Setiap
perasaan memberitahu kita tentang kualiti hidup kita sendiri, samada yang baik
atau yang jahat.. Semakin kita dapat mengawal diri sendiri, semakin tinggilah
kualiti motivasi hidup kita.
Semoga Allah memberikanku ketenangan hati dan ketentuan yang
baik bagi kedua-dua anak bongsu kesayanganku. Ya Allah, Hanya kepadaMu aku
berserah dan meminta pertolongan setelah aku berusaha.
Ameen...
Dalam perjalanan balik ke Merlimau, singgah di Kg Lipat Kajang. Sedih tengok rumah mak dan ayah ni.
Dalam perjalanan balik ke Merlimau, singgah di Kg Lipat Kajang. Sedih tengok rumah mak dan ayah ni.
Pintu masuk dah penuh dengan daun-daun kering.
Pokok-pokok bunga di kiri dan kanan jalan semakin besar .
Peti surat penuh surat dan semut......tak leh ambil suratddan bil mak
Ranting-ranting kering di pintu pagar.....susah nak buka pagar.
Ahad kena kemaslah........ in sya allah.
No comments:
Post a Comment