Assalamulaikum.
16 Mei 2013 - Hidayah habis final exam
17 Mei 2013 - Abang Luqman habis Final Exam IB.
Semoga mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dan seterusnya mencapai cita-cita meeka dan menjadi muslim dan muslimah yang baik. Berdebarnya mereka sama seperti debaran kami.... dalam menunggu keputusanya...hati berdoa tanpa henti memohon Allah memberikan kejayaan kepada mereka dan adik2nya.
17 mei 2013 , 3.00pm , Perjalanan 1500km bermula , kami meninggalkan Nina dan adik-adiknya ke Utara untuk menjemput Hidayah . Dalam perjalanan ,kami singgah di tempat abang Luqman di KMB. Kami sampai di Alor Setar 11.30mlm dan bermalam di T Hotel.
18 Mei 2013 , pagi , kami ke KMKN, ambil Hidayah dan makan di Pekan Kuala Nerang. Tak tahu bila akan datang lagi ke pekan koboi ini, jadi kami mengambil peluang untuk pusing2 di sini. Dalam perjalanan balik , singgah di Kuala Kangsar , menziarah keluarga ipar. Banyak perubahan di sini. Sekolah abang dah ada dewan baru.
Dalam perjalanan balik singgah pula di Gopeng , bertemu Tok yah dan meneruskan perjalanan balik selepas maghrib. Perjalanan pergi dan balik ----1500km.
Alhamdulilah sampai di rumah 1.00am ....sekarang semua anak-anak ada di rumah....
No comments:
Post a Comment