Hari ini teringat mak…..Rindu dengannya. Esok kena
ambil cuti untuk menziarah mak kat Al Jenderami .
Sebagai peringatan buat saya dan anda:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:
Tiga jenis doa yang
pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi:
Doa orang yang
dizalimi,
Doa orang yang sedang
dalam perjalanan (musafir)
dan
Doa orang tua ke atas anaknya.
(Riwayat
oleh al-Tirmizi ]
Sekiranya ibubapa anda masih hidup, beruntunglah
kamu. Berbuat baiklah terhadap mereka agar mereka mendoakan kebaikan buat kita
dunia dan akhirat.
Kita menjadi manusia yang kerugian jika ibubapa dalam keadaan murka sehingga mereka
tidak berdoa apa-apa atau mendoakan sesuatu keburukan kepada kita.
Sebagai ibubapa pula, bersikap positiflah. Senantiasa
maafkan anak-anak dan jangan sesekali mendoakan keburukan buat mereka
sebaliknya doakan semoga Allah sentiasa memberkati hidup mereka dan membantu
mereka menjadi muslim yang baik. Sekiranya mereka menjadi muslim yang baik
tentu mereka akan mendoakan kebaikan buat kita selagi hayatnya.
Ameen.......
No comments:
Post a Comment