Tuesday, May 28, 2013

MAK...........................

Hari ini teringat mak…..Rindu dengannya. Esok kena ambil cuti untuk menziarah mak kat Al Jenderami .

Sebagai peringatan buat saya dan anda:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:

Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi:
Doa orang yang dizalimi,
Doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir)
dan
 Doa orang tua ke atas anaknya.
(Riwayat oleh  al-Tirmizi ]

Sekiranya ibubapa anda masih hidup, beruntunglah kamu. Berbuat baiklah terhadap mereka agar mereka mendoakan kebaikan buat kita dunia dan akhirat.

Kita menjadi manusia yang kerugian jika  ibubapa dalam keadaan murka sehingga mereka tidak berdoa apa-apa atau mendoakan sesuatu keburukan kepada kita.

Sebagai ibubapa pula, bersikap positiflah. Senantiasa maafkan anak-anak dan jangan sesekali mendoakan keburukan buat mereka sebaliknya doakan semoga Allah sentiasa memberkati hidup mereka dan membantu mereka menjadi muslim yang baik. Sekiranya mereka menjadi muslim yang baik tentu mereka akan mendoakan kebaikan buat kita selagi hayatnya. 

Ameen.......

Sunday, May 26, 2013

PERJALANAN 1500KM

Assalamulaikum.

16 Mei 2013 - Hidayah habis final exam
17 Mei 2013 - Abang Luqman habis Final Exam IB.

Semoga mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dan seterusnya mencapai cita-cita meeka dan  menjadi muslim dan muslimah yang baik. Berdebarnya mereka sama seperti debaran kami.... dalam  menunggu keputusanya...hati berdoa   tanpa henti memohon Allah memberikan kejayaan kepada mereka dan adik2nya.

17 mei 2013 , 3.00pm , Perjalanan 1500km bermula , kami meninggalkan Nina dan adik-adiknya ke Utara untuk menjemput Hidayah . Dalam perjalanan ,kami singgah di tempat abang Luqman di KMB. Kami sampai di Alor Setar 11.30mlm dan bermalam di T Hotel.

18 Mei 2013 , pagi , kami ke KMKN, ambil Hidayah dan makan di Pekan Kuala Nerang. Tak tahu bila akan datang lagi ke pekan koboi ini, jadi  kami mengambil peluang untuk pusing2 di sini. Dalam perjalanan balik , singgah di Kuala Kangsar , menziarah keluarga ipar. Banyak perubahan di sini. Sekolah abang dah ada dewan baru.

Dalam perjalanan balik singgah pula di Gopeng , bertemu Tok yah dan meneruskan perjalanan balik selepas maghrib. Perjalanan pergi dan balik ----1500km.

Alhamdulilah sampai di rumah  1.00am ....sekarang semua anak-anak ada di rumah....



Monday, May 13, 2013

MOTHER'S DAY AND GIFT FROM MY KIDS

Assalamualaikum.

Ramai yang kata tak boleh sambut Hari Ibu..... ..termasuklah Ustaz Azhar  Idrus.  Ramai yang kata... sebenarnya hari ibu adalah bukan HANYA satu hari sahaja tapi sepatutnya TIAP-TIAP hari. Kita bukan manusia sempurna. Saya, anak-anak saya dan juga diantara muslimin juga bukan  sempurna. Kita menghargai mereka, berdoa untuk mereka tetapi jarang sekali meluahkan perasaan kita terhdap mereka. Saya rasa tiada salahnya, jika dengan niat yang baik , mengambil hari yang diujudkan oleh entah siapa ni untuk menghargai mereka  lebih dari biasa.

Jika niat itu baik , tindakan tidak bertentangan dengan perintah ALLAh, sepatutnya tidak menjadi satu kesalahan bagi mengharagi IBU lebih dari biasa pada hari itu.  Itu pendapat saya dan saya tidak menghalang anak-anak saya berbuat demikian .

Pada Hari IBU tahun ini (2013) tepat 12.01mlm, saya masih belum tidor , anak lelaki ke dua saya Syukri mengucapkan pada saya " Selamat Hari IBU, ummi...'   Dan dengan bangga dan gembiranya  "Yea achik orang yang pertama ucapkan Selamat Hari IBU'   Saya lihat kegembiraanya menjadi orang yang pertama mengucapkan perkataan ibu. Thanks Achik and ummi love you.

Esoknya saya terima 2 kad 'Selamat Hari Ibu' buatan sendiri yang sangat cantik dan tidak dijual di mana-mana. Alhamdulilah , kembar sangat kreative. Beberapa tahun lagi saya belum tahu akan menerima kad sebegitu lagi kerana mereka dah dewasa.. Kalau dapat kad pun pasti yang dibeli dikedai sbb mereka dah ada duit, pandai malu dsb.

Dan saya juga menerima  " SMS special ' from Hidayah: Saya taip semula  untuk share dengan pembaca:

SHE IS MY ANGEL

She is an angel
Sent straight down from heaven
One in this world, no other...
The precious one..
With a  pure and strong heart,
That inspires thousands of souls by watching her,
When she talks, it is wisdom,
And when she tested, it's an example..,
Because of that, and many other reasons she is amazing,
She is amazing enough for being my angle,
She gave me hopes,
Make me dream,
And living my life making all those dreams come true,
I can't thank her enough,
I can't apologise enaugh,
But today, and everyday,
I want to thank her and wishe her,

Happy Mothers Day!!

Thank you Ya ALLAH,, 
For the greatest thing that happen in my life,
For my mother and father,
For an angel I saw when I opened my eyes in this world,
 I will do my best to treat them well,
Now and Forever...In Sya Allah.
Ameen..

 Lihatlah special words and gifts from kids menjadikan hari-hari seterusnya amat  bermakna buat kita sebagai ibubapa dan berdoa semoga mereka akan menjadi anak-anak yang sentiasa menghargai kita, menjadi anak yang soleh dan muslim yang baik. Seterusnya akan menjadi ibubapa yang baik apabila tiba masanya. 

Sabda Rasulullah yang bererti:

Didiklah (ajarlah) anak-anak kamu tiga sifat: 
Pertama; kasih kepada Nabi kamu, kedua: kasih kepada keluarganya, ketiga: membaca al-Quran...


(Riwayat al-Tabrani)

Allah Maha Berkuasa

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ini saya berasa amat risau apabila kawan baik saya memaklumkan beliau terkena sihir, ada saka yang tidak diketahuinya menyebabkan beliau berasa tidak sihat dan kerap sakit.

Risau memikirkannya. Saya rasa terlalu banyak filem2 dan cerita mistik yang dipaparkan di TV menyebabkan masyarat terdorong untuk mengetahui dan ada yang menggunakan khidmat mahluk halus ini. Nauzubillah.

Apabila mendengar cerita beliau, saya rasa amat takut dan hanya berserah kepada Allah untuk melindungi saya dan keluarga. Terasa diri amat kerdil kerana amalan yang tak seberapa. Surah-surah yang hafal hanyalah surah2 pendek. 

Buku-buku doa dan zirkir menjadi peneman dan doa yang tidak putus-putus agar Allah menjauhi kami sekeluarga dari perkara ini.

Terbaca blog ini http://www.resepirahsiaku.com/2011/10/doa-doa-untuk-melindungi-sihir-sihir.html . Dapat juga info untuk menenagkan hati dan fikiran.

Selain itu saya baca ayat-ayat Manzil dan Syifa..sebagai cara memohon pertolongan Allah yang maha Mendengar dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.




Firman Allah Ta’ala:
وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan Dia (Allah) Mengetahui (Segala) Apa Di Langit Dan (Segala) Apa Di Bumi, Dan Allah Maha Berkuasa Ke Atas Segala Sesuatu 
[Surah Ali 'Imran: 29]

.........Tenang Rasa Hati........

Friday, May 10, 2013

Kelebihan Surah Al AhQaf ayat 15



 Surah Al AhQaf ayat 15:

Ertinya:


Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia supaya dengan kedua-dua ibu bapanya, hendaklah berbuat baik. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Dan mengandungkannya dan memisahkan (susuan) adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia mencapai dewasa dan mencapai empat puluh tahun dia berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Tunjukilah daku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yang telah Engkau (Allah) berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal yang salih yang Engkau (Allah) redai, dan perbaikilah bagiku pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau (Allah), dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).”


 Bacalah ayat ni bagi memohon anak2 menjadi anak yang baik dan taat.











NEW ZEALAND TRIP

 ASSALAMUALAIKUM Lama tak update blog menggunakan PC. kekok pulak