Thursday, December 26, 2013

Why am i suddenly feeling dizzy?

 Assalamualikum

Saya diminta untuk merasmikan Persidangan Sains dan Teknologi di tempat kerja. Beberapa minit sebelum memulakan ucapan, tiba-tiba saya mengalami dizziness. Kepala terasa pening  dan suasana menjadi berpusing-pusing dan rasa nak muntah. Setelah minum air mineral dan relaks sebentar, rasa pening pun hilang ..Alhamdulialh..

Setelah selesai persidangan tersebut, saya mencari maklumat tentang symptom yang saya alami ini. Dari pembacaan saya di internet,  artikel  di bawah membantu saya mengenalpasti penyakit ini, cara atasinya dan exercise yang berkaitan. Semoga ianya membantu anda juga.

Vertigo

Vertigo is one of the most unpleasant symptoms you can suffer from, second only to unrelieved pain in my experience. So I do feel for you.The word vertigo can cause confusion. In medicine, the term refers to a nauseating feeling that the world is rotating around you. You feel like you've lost your balance and need to hold onto something to prevent yourself falling.

The best example is the one we all experience as children, when, jumping off a spinning roundabout in the playground, we stagger about uncontrollably and fall over.The common use of the word vertigo, however, refers to the ghastly feeling that some of us get when looking down from a great height - which is different, and is fundamentally a psychological phenomenon.

Our perception of stability, movement and orientation originates in the balance mechanisms in each inner ear, deep in the skull. These mechanisms consist of three fluid-filled canals with hair cells. As the head moves, so does the fluid against these hair cells, which send nerve impulses to the brain, informing it about the body position.

Vertigo occurs when something goes wrong with these messages. The most common type is called benign positional vertigo (BPV).

This is a harmless condition which makes you feel like you are spinning when you simply change posture - such as rolling over in bed. The condition can settle in a few minutes or grumble along for days, and it does cause distress until a diagnosis is made and reassurance can be given.
The problem occurs when crystals form in the canal fluid, so as you move your head these crystals tumble about, giving the false impression that you're moving and causing the spinning sensation. (There are exercises you can do to get rid of these crystals.)

Another cause is viral neuronitis - an inflammation of the nerves that send the messages to the brain. Inflammation can be caused by many things, most commonly a virus, which can be infectious. The key symptom is the sudden onset of incapacitating vertigo, which lasts up to a week. The spinning sensations gradually fade away over days.

The third cause is acute labyrinthitis, where inflammation affects the balance mechanism. This, too, may be viral in origin. It causes hearing loss and tinnitus (the perception of a ringing sound), as well as the vertigo.

Lastly, Meniere's disease, which causes recurrent bouts of vertigo with tinnitus in one ear and a degree of hearing loss. Each episode lasts from a few minutes to several hours, and in the later stages of the disease the hearing loss is progressive and permanent.

Learn more about vertigo and  the BPV Exercise
1                        http://timelessone.com/wp-admin/maint/bpv-exercises
2                  

Exercise:

There are exercises for benign postural vertigo patients that can be done at home, but only after a doctor's evaluation. These may reduce symptoms of benign vertigo.

1.    Sit on the edge of your bed near the middle, with legs hanging down.
2.    Turn your head 45 degrees to your right side.
3.    Quickly lie down on your left side, with your head still turned, touching the bed with the portion of your head behind your ear.
4.    Hold this position for 30 seconds.
5.    Sit up again. Hold position for 30 seconds.
6.    Quickly turn your head 45 degrees toward your left side and lie down on your right side. Hold this position for 30 seconds.
7.    Sit up again. Hold this position for 30 seconds.
8.    Repeat this exercise 4 to 5 times, 3 times per day.

Home care

Home care for benign positional vertigo includes:

Avoid caffeine. - ini yang saya suka sangat
Avoid exposure to bright lights.
Avoid rapid movements of the head.
Lie still in a comfortable position, flat on your side.
Perform exercises for benign positional vertigo.
Avoid falls:
Elderly people must have assistance in order to walk.
Avoid stairs
Avoid food that contains sugar
Eat a low salt diet.
Avoid exposure to secondary smoke.
Take prescribed medications as directed.


BPV Warnings sign

Notify your doctor if you have benign positional vertigo and any of the following:

Change in vision
Loss of hearing
Difficulty speaking
Difficulty swallowing
Worsening headaches
Episodes of dizziness or vertigo that persist for more than 2 days
Worsening ringing in your ears
Repeated vomiting

Worsening vertigo

Surat Ana dan Aha





Assalamualaikum

Terjumpa surat sikembar ana dan aha yang ditulis selepas kejadian accident yang menimpa Hidayah. Nak share dan simpan di blog ini kerana surat ini adalah berharga bagi saya. Luahan hati mereka yang memangnya penyayang dan disayangi kami .






They are just like these beautiful flowers....



Wednesday, December 25, 2013

MENGAWAL EMOSI KU


ASSALAMUALAIKUM.




Hari ini rasa nak marah sangat………………tetapi bila memikirkan bahawa rasa marah jika tidak dikawal akan menyebabkan kekesalan yang berpanjangan dan juga kadang-kdang memalukan diri sendiri.....jadi ku pujuk hati,  sabarlah wahai hati.

Tarik nafas , tenangkan diri dan beristighfar  serta memohon Allah membantu dalam penyelesaian masalah yang dihadapi. Atau jika masalah masih tidak dapat diselesaikan, mohon diberi ketenangan hati menerima keputusan ini dan bersabar menunggu ketentuan Allah seterusnya.

Ana ditawarkan  ke Sekolah Arab Saidatina Khadijah tetapi Aha tak berjaya, walaupun hanya  dengan perbezaan 1 A UPSR dan 1A UPKK.

Ana dan Aha juga tidak ditawarkan ke Rancangan Khas  ataupun Kelas kawalan  di SMKDA.

SKM2 (sek rendah Ana dan Aha ) adalah feeder kepada SDARY.  Sekolah ni antara sekolah harian yang paling lama di kawasan ini. Jumlah pelajar paling ramai tetapi pencapaian sekolah tidak memberangsangkan. Dan akan jadi pilihan terakhir bagi kebanyakan ibubapa.

Ana dan Aha ditempatkan di sekolah ini. Saya mengambil keputusan untuk membuat rayuan menempatkan mereka di SMKDA. Bila saya ke SDARY menanyakan status rayuan yang telah saya buat , mereka kata kena tanya PPD J .


Bila sampai di PPD J dimaklumkan anak-anak saya layak untuk masuk Rancangan Khas kerana Kelas Kawalan untuk pelajar yang mendapat 3A 1B 1C -  2A sahaja. Jika pelajar mendapat 3A2B dan ke atas , mereka tidak akan ditawarkan Kelas Kawalan walaupun memohon……

Dapat keputusan yang layak masuk RK tetapi tak ditawarkan kerana semuanya dah online sekarang. Masalahnya jumlah kelas RK itu sikit dan jumlah yang dapat 5A,4A dan 3A itu ramai……mereka ni tak tengok statistic ke dalam membuat keputusan.

Semuanya dah online sekarang so jika kita tersilap pilih sekolah harian pun jadi masalah. Rasa kesian kepada orang-orang yang tidak tinggi pelajaran dan tidak berkemampuan. Akan tertinggallah anak-anak mereka kerana pihak sekolah biarkan saja dalam pemilihan sekolah ini.

Rasa marah sangat '''LAYAK tapi Tak Dapat tawaran" dan dimaklunkan keputusan rayuan hanya diumumkan 2 minggu setelah daftar disekolah yang ditentukan....

Anak2 dah rasa 'down' begitu juga saya. Ada kabel sederhana besar tapi keputusan tetap sama. Daftar dulu dan tunggu keputusan.

Nak marah sangat2.......
  
Jiwa kacau..mcm ni rasanya.

Untuk membantu mengurangkan emosi yang mengacau ketenangan jiwa ini, saya perlu mencari jalan bagi mengubati jiwa saya.

Pertama: Mengenal setiap cetusan emosi diri
Sekarang saya sedang marah dan merasa kecewa dengan sistem penentuan sekolah anak-anak saya. Saya juga rasa kecewa apabila kabel yang ada tidak dapat membantu saya dalam menentukan matlamat saya tercapai.

Kedua: Memberi masa bertenang
Saya perlu menarik nafas, beristigfar dan mengawal kemarahan saya dan kekecewaan saya. Sepanjang berurusan di PPD tadi , saya cuba mengawal ketinggian suara saya dan saya berjaya cuma saya tidak dapat mengawal untuk menukar ‘channel’. (Iaitu apabila saya marah secara automatic saya akan bercakap dalam BI.)

Ketiga: Saya juga bersalah
Kemarahan biasanya memuncak bila kita memikirkan kesilapan orang lain. Tetapi , jika kita dapat menerima hakikat bahawa diri kita juga perlu memikir tanggungjawab dalam kejadian tersebut , kita tidak akan terlalu menyalahkan orang lain.
Saya rasa saya juga bersalah dalam hal ini kerana meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada anak-anak ( ana, aha dan nina) dalam mengisi borang online.

Keempat: Mendekatkan diri kita dengan agama
Sebenarnya kemarahan yang dapat ditangani menjadikan kita insan yang mulia kerana berjaya mengendalikan emosi dengan baik, tidak mendatangkan keaiban kepada diri sendiri. Perlu sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik dengan menganggap semua perkara adalah penting dan berhati-hati dalam mengambil keputusan. Islam mengajar kita supaya sentiasa bersabar dan jelas bahawa sabar membawa kepada kualiti hidup yang sihat.

Oleh yang demikian jadikan kemarahan sebagai punca kesedaran diri. Belajar dari emosi diri kita dan berusaha mendapat ajaran dari setiap pergolakan emosi. Kata pepatah ” Emosi kita adalah guru yang paling baik’. Setiap perasaan memberitahu kita tentang kualiti hidup kita sendiri, samada yang baik atau yang jahat.. Semakin kita dapat mengawal diri sendiri, semakin tinggilah kualiti motivasi hidup kita.

Semoga Allah memberikanku ketenangan hati dan ketentuan yang baik bagi kedua-dua anak bongsu kesayanganku. Ya Allah, Hanya kepadaMu aku berserah dan meminta pertolongan setelah aku berusaha.


Ameen...


Dalam perjalanan balik ke Merlimau, singgah di Kg Lipat Kajang.  Sedih tengok rumah mak dan ayah ni.





Pintu masuk dah penuh dengan daun-daun kering.

Pokok-pokok bunga di kiri dan kanan jalan semakin besar .

Peti surat penuh surat dan semut......tak leh ambil suratddan bil mak

Ranting-ranting kering di pintu pagar.....susah nak buka pagar.

Ahad kena kemaslah........ in sya allah.

Monday, December 23, 2013

Luahan Hati

Assalamualaikum

Malam ni terasa panjang....Teringat mak , terus menghubunginya. Hilang rindu bila dengar suara dan celoteh mak, Alhamdulilah mak sihat di madrasah nya.Semoga mak sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.
sedih  tengok gambar mak ni,


Teringat pula pada anaknda sulong ku di India. Berbalas sms dengan menggunakan viber. Alhamdulilah syukur kepada Allah , dia mengatakan semuanya ok.  Semoga anak-anakku dan kawan-kawannya  dalam peliharaan Allah selalu. Dipermudahkan segala urusan nya , tercapai cita-citanya dan  menjadi muslim yang taat kepada perintah Allah. Ameen









Pesanan Luqman kepada Anaknya:

“Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga



Monday, December 16, 2013

CUTI HUJUNG MINGGU

Assalamualikum





Cuti nak mandi laut tak perlu jauh-jauh. Kami mandi-mandi di Pantai Padang Kemunting dekat dengan Pangkalan Balak. 

Sunday, November 17, 2013

KEMBAR , KEPUTUSAN UPSR dan POST MORTEM



ASSALAMUALAIKUM

Penantian kembar:  Aha dan Anna berakhir pada 14 Nov 2013 apabila keputusan yang dinanti-nantikannya diumumkan. Bukan mereka sahaja yang risau, kami sekeluarga juga . 

Alhamdulilah mereka hadiahkan saya 7A 3B . Anna dapat 4A1B dan Aha dapat 3A2B. Dari tempat duduk ibubapa di bahagian belakang saya lihat  Aha menangis dan Anna menahan tangisnya. . Aha saya bawa keluar dari dewan dan menenangkanya di wakaf sekolah...

Pujukan saya tidak dapat menghentikan tagisan Aha. Terdapat seorang pelajar yang juga menangis di situ ditemani ibunya.

Ibu pelajar :  Anak dapat berapa A?  

Saya           :  Alhamdulilah 3A 2B. Awak?

Ibu Pelajar  :  Sama lah ........ Saya gembira sangat sebab dia tak pernah bawa balik lebih dari 2A sebelum ini......Syukur sangat.... kita patut gembira (sambil mengusap kepala anaknya)

Aha pun berhenti menangis dan tersenyum. 

UPSR je pun ...perjalanan masih panjang. Perlu usaha lebih kuat untuk memastikan kejayaan yang lebih besar dan bermakna. Sebenarnya mereka sedih tidak dapat 5A kerana terlepas hadiah lumayan yang dijanjikan oleh saudara-saudaranya........


Dalam perjalanan balik kerja , saya dan suami berbincang tentang kembar , keputusannya dan sekolah menengah mana yang patut mereka pilih.

Saya  : Umi rasa oklah results mereka tu dan  genuine......their IQ. Kita tak hantar mereka pergi mana-mana tuisyen pun kecuali sekolah tambahan and yet mereka boleh dapat results macam tu.

Abah : Semua anak-anak, kita tak hantar tuisyen. Abang, Dayah , Nina tapi mereka berjaya dapat 5A.

Saya  : Effort ana dan aha tak cukuplah. 

Abah  : Abah rasa kita kurang beri perhatianlah kepada mereka.... 

Abah rasa bersalah sangat. Bagus... Urusan sekolah mereka menjadi mudah bagi ummi. Selama ini ummi yang uruskan semua orang. 

Abah bersama-sama ummi menguruskan sekolah kembar.............

Pilihan 1: Sek Men Agama Saidatina Khadijah ( dengan UPKK dan Amali yang cemerlang, harap-harap dapat menguatkan mereka terpilih)
Pilihan 2. Sek men. keb. Dang Anum (sekolah kawalan  di Merlimau) 


......Setelah berusaha , doa kami panjatkan kepada Allah semoga kembar ditempatkan di sekolah yang bagus dan sesuai , seterusnya mereka menjadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. Ameen..


Nota : 
 Abang Luqman : Jangan lupa kirim hadiah dari India walaupun hanya sekeping Card.

  Kak Dayah dan kak Nina juga.
                   



Thursday, November 7, 2013

SABAH

Assalamualaikum 

Alhamdulilah perancangan berjalan lancar dalam percutian ini berkat pertolongan Allah. Banyak gambar yang sempat anak-anak rakamkan. Saya upload untuk abang tengok dari kejauhan. We miss you abang Luqman.

Hidayah, Aha dan Ana di Taman Warisan

Ikan apa tu? Boleh makan ke? 

Achik yang low profile

Aha di Jambatan Tamparuli...Nyanyi sikit..

Anna nak sangat ke UK.  Kat kundasang pun dah macam kat UK

Anna - menikmati makanan

Hidayah - always enjoy herself

Nak sangat ke RCSI tapi takdir Allah  hanya RCMP - ada hikmahnya.. ..

Kundasang View by achik - Masyaallah cantiknya..

Gunong Kinabalu by achik.... Allahuakbar . ...kami mengkaguminya dari bawah.

Entrance Fee tak berbaloi...

Di Jambatan Tamparuli


Anna

Aha

Percutian kali ini tanpa abang Luqman. Abang bercuti di Bangalore. Adakah abang rasa lebih 'happening' or  'pening'






Percutian kali ini  juga tanpa tanpa  Kak Nina. Nina tak cuti dan perlu bersedia untuk exam TOEFL 




Percutian yang sebelum ni - semua anak-anak ada. 
Semakin mereka dewasa , bermakna semakin sukar untuk dapat bersama-sama dalam suatu aktiviti. 



Alhamdulilah. 
Semoga anak-anak sentiasa bersyukur kepada Allah dan  menghargai masa dan rezeki yang diberikan serta saling menyayangi. Bahagianya kami. Ameen.


Tuesday, October 29, 2013

BERCUTI DI KOTA KINABALU.



Assalamualikum   

Alhamdulilah diberi kesihatan yang baik, rezeki dan masa oleh Yang Maha Esa membolehkan kami membawa anak-anak bercuti di Kota Kinabalu, Sabah.

Perancangan berjalan lancar dengan izin Allah. Percutian kali ini tanpa Abang Luqman dan Kak Nina.

Kami berkesempatan melawat Kundasang , Poring , Tamparuli (Jambatan dan Rumah Terbalik), Pulau Manukan , Pasar Filipino (tempat wajib pergi ). Melihat kepada keseronokan anak-anak, kepuasan bagi kami . Syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan ..


At KLIA





Taman Warisan Sabah




Taman Warisan Sabah


Anna di Pulau Manukan

Caring Achik
Hidayah di jeti UMS



Happy moment



Kundasang

Kota Kinabalu Park

subhanallah ....di kundasang


Poring - view semasa Canopy Walk


Caringnya suami saya.....


Otw ke Pulau Manukan


Subhanallah

Alhamdulilah

Allahuakbar




Bye Pulu Manukan





Pasar Filipino


Kuda Laut Masin pun ada jual. Mereka kata untuk penyakit asma.. entahlah..

Jualan Ikan Masin




Aha di Muzium Sabah




coklat tak habis2

Gelinya....at KKIA





Bye Sabah... 26 hingga 29 Oktober 2013.....


NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...