Asslamualaikum
15 Nov 2012 , 8.30 pagi kami memulakan perjalanan ke Utara Tanah Air untuk menjenguk anaknda ke 2 kami Nur Hidayah yang akan menghadapi peperiksaan pada 25 hingga 29 Nov 2012. Semoga kedatangan kami memberikan dia semangat untuk menghadapi peperiksaan seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang.
Dalam perjalanan singgah di Banting, menjenguk abng Luqman. Abang akan menghadapi peperiksaan pada 18 hingga 23 Nov 2012. Doa kami semoga result abang cemerlang. Kami 5 beranak tiba di Kolej Mara Banting pada pukul 10.30pg . ah....kena menunggu............. putera kami ni tak bersiap lagi.... walaupun telah dimaklumkan untuk siap sedia semasa kami mula bertolak tadi.
Kami dapat lunch bersama-sama sambil berbincang, berceloteh. Alhamdulilah...
Kami meneruskan perjalanan dan singgah di rumah Tok Yah, di Gopeng, dapat makan durian fresh from Kebun Tok Yah. 5pm kami meneruskan perjalanan ke Kuala Nerang. Tiba di Kuala Nerang 8.30 mlm. Ambil Hidayah dan bermalam di Rumah Rehat Terap Inn di Kuala Nerang.
Esoknya 16 Nov , sarapan di Pekan Kuala Nerang, dan jalan-jalan di Alor Setar. Sementara Abah dan acik sembahyang Jumaat kami shopping di Mall yang kecil tapi paling besar kat Alor Setar ni. Hantar Hidayah balik kolej Mara Kuala Nerang pada 3pm. Setelah sembahyang di Masjid Pokok Sena yang cntik dan bersih, kami bertolak balik.
Abah dah penat jadi kami bermalam di Kuala Kangsar , Hotel bersebelahan MCKK Ezi Inn Hotel. Abah rasa miss MCKK . Almaklum sepanjang 2006 - 2010 Kuala Kangsar dah jadi macam kampong kami. Berulang-alik menziarahi abang yang belajar di MCKK.
Gambar Nostalgia 2006 di Resort Sg Perak Kuala Kangsar |
17 Nov sarapan di KK. Abah try roti canai pataya...sedapnya. 10.00pg checkout hotel dan visit anak kawan rapat yang belajar di MCKK dan bertolak balik ke rumah tok yah. 12.00 sampai di gopeng tapu Tok Yah kat kebun duriannnya jadi kami semua pergi ke kebun tok yah. Makan durian lagi, rambutan.....
Tok Yah bahagia menunjukkan pokok durian di kebunnya. |
Tok Yah dah berumur tetap sihat dan bertenaga.
Durian ...... |
Cantiknya...Subhanallah. Pandai Aha ...captured |
Kami bertolak balik ke Melaka pada pukul 6 pm dan ........10.00mlm. Ah....seronoknya balik di rumah sendiri. Home sweet home. Shasha setia menyambut kami walaupun ditinggalkan ..............
No comments:
Post a Comment