Sunday, November 25, 2012

JANGAN MENGALAH DALAM MUJAHADAH

ASSALAMUALAIKUM

Dengarlah Radio  IKIM . Banyak pengajaran yang boleh kita dapati bagi membantu kita menjadi orang yang lebih baik . insyallah.

sedikit nota saya semasa mendengar ceramah ustaz Pahrol. Just sharing...



Apabila kita resah ada perintah Allah yang belum kita laksanankan. Melakukan taat lebih mudah. Jika taat itu pedih, berbuat jahat juga pedih.

Kita terdedah kepada 2 perkara  yang saling bertentangan.

1.      PERKARA YANG PERLU KITA LAKUKAN  -  perkara yang kita tak suka buat  juga tidak disukai oleh hawa nafsu .

 

Iaitu : Melaksanakan Perintah Alllah

 

2.      PERKARA YANG KITA SUKA LAKUKAN  - perkara yang kita suka buat tetapi sebenarnya kita tak perlu buat . ianya kurang menyumbang kepada perkembangan dan kebaikan diri kita

 

Sebagai contoh:

-          Makan diluar kawalan

-          Hiburan yang keterlaluan

-          Mengumpat

 

Kita menjadi kalangan orang yang Berjaya  sekiranya kita Berjaya  melawan hawa nafsunya. Melaksankan  apa yang Allah suruh dan meninggalkan  apa yang Allah larang.

Walaupun sakit, perit dan pedih  - Jangan Mengalah  kerana:

1.      Tidak ada jalan lain menuju Alllah. Tidak ada jalan pintas. Jalan mujahadah.

2.      Untuk membuat kebaikan di jalan Allah adalah sukar dan pedih. Buat kejahatan juga susah . Lebih baik bersuasah-susah  buat kebaikan kerana Allah akan menaikkan darjat kita kerana jika bersusah-susah membuat kejahatan, orang tak suka, Allah murka dan dapat balasan neraka.

Sebenarnya untuk Berjaya adalah mudah daripada gagal.

 

Jika kita memilih jalan mujahadah:

1.      Allah akan berikan kemanisan,  contoh:  ketenangan hati.

2.      Dalam kalah pun Allah juga berikan kebaikan. Sekiranya  kita kalah dalam mujahadah, allah akan menilai usaha kita tersebut terutama  hati kita . Tetapi jangan mengalah.

Allah nilai perjalanan kita dalam mujahadah…bukan hanya dihujung jalan

3.      Allah tidak mensia-siakan kita , jadi bersangka baik dengan Allah.

4.      Allah menjanjikan syurga bagi kita.

 

Hidup memang untuk diuji samada kita orang islam ataupun tidak.

 

INGATLAH 3 perkara positif jika KITA  diuji:.:

 

1.      Jika kita berdosa – didatangkan ujian untuk penghapusan dosa.

2.       Allah nak bagi pahala

3.      Allah nak naikkan darjat kita

Rasulullah lebih banyak diuji dalam kehidupannya.

Bagaimana mengatasinya:

1.      Ucapkan inalilah hi inallihairajiun

2.      Ingatlah Allah tidak akan uji lebih daripada kemampuan kita.

 

Terdapat 3 jenis golongan manusia;

1.      Golongan orang mengalah sebelum berjuang.

2.      Golongan  yang sedang berperang – bermujahadah.

3.      Golongan yang telah menang dalam berperang dengan hawa nafsu

 

Nota syarahan ustaz Pahrol di Radio IKIM

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...