BAGUS VIDEO NI. GUNAKAN INTERNET SEBAIKNYA BAGI MENINGKATKAN ILMU, DAN KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH
Tuesday, November 27, 2012
Bersyukur Pada Allah, Jangan Bersedih, Sabar Dan Cekal Ujian Allah
BAGUS VIDEO NI. GUNAKAN INTERNET SEBAIKNYA BAGI MENINGKATKAN ILMU, DAN KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH
Sunday, November 25, 2012
JANGAN MENGALAH DALAM MUJAHADAH
ASSALAMUALAIKUM
Dengarlah Radio IKIM . Banyak pengajaran yang boleh kita dapati bagi membantu kita menjadi orang yang lebih baik . insyallah.
sedikit nota saya semasa mendengar ceramah ustaz Pahrol. Just sharing...
Dengarlah Radio IKIM . Banyak pengajaran yang boleh kita dapati bagi membantu kita menjadi orang yang lebih baik . insyallah.
sedikit nota saya semasa mendengar ceramah ustaz Pahrol. Just sharing...
Apabila
kita resah ada perintah Allah yang belum kita laksanankan. Melakukan taat lebih
mudah. Jika taat itu pedih, berbuat jahat juga pedih.
Kita
terdedah kepada 2 perkara yang saling
bertentangan.
1. PERKARA YANG PERLU KITA
LAKUKAN - perkara yang kita tak suka buat juga tidak disukai oleh hawa nafsu .
Iaitu : Melaksanakan
Perintah Alllah
2. PERKARA YANG KITA SUKA LAKUKAN -
perkara yang kita suka buat tetapi sebenarnya kita tak perlu buat . ianya
kurang menyumbang kepada perkembangan dan kebaikan diri kita
Sebagai
contoh:
-
Makan
diluar kawalan
-
Hiburan
yang keterlaluan
-
Mengumpat
Kita
menjadi kalangan orang yang Berjaya sekiranya kita Berjaya melawan hawa nafsunya. Melaksankan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang.
Walaupun
sakit, perit dan pedih - Jangan Mengalah
kerana:
1. Tidak ada jalan lain menuju
Alllah. Tidak ada jalan pintas. Jalan mujahadah.
2. Untuk membuat kebaikan di
jalan Allah adalah sukar dan pedih. Buat kejahatan juga susah . Lebih baik
bersuasah-susah buat kebaikan kerana
Allah akan menaikkan darjat kita kerana jika bersusah-susah membuat kejahatan,
orang tak suka, Allah murka dan dapat balasan neraka.
Sebenarnya
untuk Berjaya adalah mudah daripada gagal.
Jika
kita memilih jalan mujahadah:
1. Allah akan berikan kemanisan,
contoh: ketenangan hati.
2. Dalam kalah pun Allah juga
berikan kebaikan. Sekiranya kita kalah
dalam mujahadah, allah akan menilai usaha kita tersebut terutama hati kita . Tetapi jangan mengalah.
Allah
nilai perjalanan kita dalam mujahadah…bukan hanya dihujung jalan
3. Allah tidak mensia-siakan
kita , jadi bersangka baik dengan Allah.
4. Allah menjanjikan syurga bagi
kita.
Hidup
memang untuk diuji samada kita orang islam ataupun tidak.
INGATLAH
3 perkara positif jika KITA diuji:.:
1. Jika kita berdosa – didatangkan
ujian untuk penghapusan dosa.
2. Allah nak bagi pahala
3. Allah nak naikkan darjat kita
Rasulullah
lebih banyak diuji dalam kehidupannya.
Bagaimana
mengatasinya:
1. Ucapkan inalilah hi
inallihairajiun
2. Ingatlah Allah tidak akan uji
lebih daripada kemampuan kita.
Terdapat
3 jenis golongan manusia;
1. Golongan orang mengalah
sebelum berjuang.
2. Golongan yang sedang berperang – bermujahadah.
3. Golongan yang telah menang
dalam berperang dengan hawa nafsu
Nota
syarahan ustaz Pahrol di Radio IKIM
Sunday, November 18, 2012
Lawatan 3 hari Yang Bermakna
Asslamualaikum
15 Nov 2012 , 8.30 pagi kami memulakan perjalanan ke Utara Tanah Air untuk menjenguk anaknda ke 2 kami Nur Hidayah yang akan menghadapi peperiksaan pada 25 hingga 29 Nov 2012. Semoga kedatangan kami memberikan dia semangat untuk menghadapi peperiksaan seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang.
Dalam perjalanan singgah di Banting, menjenguk abng Luqman. Abang akan menghadapi peperiksaan pada 18 hingga 23 Nov 2012. Doa kami semoga result abang cemerlang. Kami 5 beranak tiba di Kolej Mara Banting pada pukul 10.30pg . ah....kena menunggu............. putera kami ni tak bersiap lagi.... walaupun telah dimaklumkan untuk siap sedia semasa kami mula bertolak tadi.
Kami dapat lunch bersama-sama sambil berbincang, berceloteh. Alhamdulilah...
Kami meneruskan perjalanan dan singgah di rumah Tok Yah, di Gopeng, dapat makan durian fresh from Kebun Tok Yah. 5pm kami meneruskan perjalanan ke Kuala Nerang. Tiba di Kuala Nerang 8.30 mlm. Ambil Hidayah dan bermalam di Rumah Rehat Terap Inn di Kuala Nerang.
Esoknya 16 Nov , sarapan di Pekan Kuala Nerang, dan jalan-jalan di Alor Setar. Sementara Abah dan acik sembahyang Jumaat kami shopping di Mall yang kecil tapi paling besar kat Alor Setar ni. Hantar Hidayah balik kolej Mara Kuala Nerang pada 3pm. Setelah sembahyang di Masjid Pokok Sena yang cntik dan bersih, kami bertolak balik.
Abah dah penat jadi kami bermalam di Kuala Kangsar , Hotel bersebelahan MCKK Ezi Inn Hotel. Abah rasa miss MCKK . Almaklum sepanjang 2006 - 2010 Kuala Kangsar dah jadi macam kampong kami. Berulang-alik menziarahi abang yang belajar di MCKK.
Gambar Nostalgia 2006 di Resort Sg Perak Kuala Kangsar |
17 Nov sarapan di KK. Abah try roti canai pataya...sedapnya. 10.00pg checkout hotel dan visit anak kawan rapat yang belajar di MCKK dan bertolak balik ke rumah tok yah. 12.00 sampai di gopeng tapu Tok Yah kat kebun duriannnya jadi kami semua pergi ke kebun tok yah. Makan durian lagi, rambutan.....
Tok Yah bahagia menunjukkan pokok durian di kebunnya. |
Tok Yah dah berumur tetap sihat dan bertenaga.
Durian ...... |
Cantiknya...Subhanallah. Pandai Aha ...captured |
Kami bertolak balik ke Melaka pada pukul 6 pm dan ........10.00mlm. Ah....seronoknya balik di rumah sendiri. Home sweet home. Shasha setia menyambut kami walaupun ditinggalkan ..............
Saturday, November 17, 2012
NOVEMBER 2012 - UJIAN
ASSALAMUALAIKUM..
NOVEMBER PENUH DENGAN CABARAN DAN UJIAN.................................
SEMOGA NOVEMBER DAPAT DILALUI DENGAN BAIK DAN CEMERLANG OLEH ANAK-ANAK KU....
NINA :SPM 4 -27 NOV 2012
ABANG LUQMAN : THIRD SEM EXAM 17 - 23 NOVEMBER 2012
HIDAYAH : 1ST SEM EXAM 25 -29 NOVEMBER 2012.
THEN WE GO FOR HOLIDAY ; 1- 5 DIS 2012.
SADLY , ABNAG TAK LEH IKUT . ADA PROGRAM KOLEJ. ...HEH...MR PRESIDENT NI...SIBUK JE...
Friday, November 2, 2012
PERJUANGAN NINA BERMULA 5 NOV 2012
Assalamualikum
5 hb Nov 2012 SPM bermula. Ini bermakna perjuangan nina juga bermula sehingga 27 nov 2012. Semoga Allah permudahkan perjuangan anaknda ku Nina dan menganugerahkan kejayaan yang cemerlang dalam SPM seterusnya tercapai apa yang dicita-citanya.
Debaran Nina adalah debaran kami sebagai ibubapa. Doa kami yang tidak putus Insyaallah untuk Nina dan kesemua anaknda kami. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat.
Ameen..
Subscribe to:
Posts (Atom)
NZ
Assalamualaikum Tulis sini.... Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya. TIdak ikut mana2 pakej Meloncat happy. Tp n...