Sunday, September 2, 2012

DIARI AHAD 2 SEPTEMBER 2012

ASSALAMUALAIKUM

Bila Nina nakk exam , bukan setakat dia je panik kami pun sama. Kami dah faham sangat trick nina kalau nak suruh kami datang, ada saja barang yang dia nak kami hantarkan... Eleh....Nina....umi dan abah dah faham sangat.

Trick yag sama digunakan oleh Dayah selama 5 tahun. Sekarang dia bertimbang rasa sikit dan kesian kat abah kot - to drive 8hrs pergi dan 8hrs balik sekiranya dia menggunakan helah yang sama. (Melaka - Kolej Mara kuala Nerang lebih kurang 700Km pergi sahaja)


Tengoklah betapa gembiranya Nina  dan Abah.

Next : Makan-makan. Abah akan joint Nina makan.


Next : Abah akan merehatkan diri.
Angin kat sini bestlah Na, ngantuk pulak abah.


Burung ini tercengang , kenapa ye. Tengoklah aksi dua beranak selepas makan.

Inilah gayanya dua beranak ni.
Habislah Na kalau ustaz wardennya nampak. Berbaring2 kat wakaf ni.


Tahun depan , kami akan berulang ke mana pulak agaknya. Tahun ni Banting, Selangor -Pontian, Johor - Kuala Nerang, Kedah.

Semoga Nina berpuashati dan gembira dengan kedatangan kami seterusnya bersemangat untuk menghadapi peperiksaan percubaan SPM yang bermula esok - 3 September 2012. Doakan kami sentiasa bersama Nina, memohon Allah permudahkan beliau menghadapi peperiksaan ini dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan ini dan SPM sebenarnya. Ameen..




No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...