Assalamualaikum
Hari raya -- Alhamdulilah semua anak ada. Setelah melawat Tok Yah, mereka nak sangat pegi ke Lost World of Tambun
Pandangan Depan
Aksi Nina digigit binatang tu ...budak ni imagination memang tinggi
Achik - no expression. Nina ...always ceria
Anak kembar saya.
my girls generation
Abang - leader cum bodyguard
Dayah-Bahagia, Nina - excited, Aha -gembira+ takut, Ana - takut...
Not yet abang - 2 semester lagi
Betul - 2 semester lagi.
Syukri yang cool. Lupa nak rotate..
Abah yang sentiasa sabar dan sporting.
Gambar pemandangan banyak yang cantik tp penat nak upload.
Jika ada yang nak ke sini, harga tiket Dewasa RM45, Kanak2 (bwh 12 thn rasanya) RM38.
Harga tiket sahaja dah RM346.00. Outside food - not allowed. Beg2 akan diperiksa. Letak je bawah2 baju dalam beg tu. sikit2 lah pasal makanan kat dalam amatlah mahal. Sewa pelampong besar tu...mahal juga tp dapat refund sikit cuma jgn hilang tag/resit yang diberikan.
Asalkan anak-anak gembira dan ini menguatkan kasih sayang antara mereka . itu yang menggembirakan kita sebagai ibubapa. Alhamdulilah kami tak mandi pun walau bayar tiket mahal tapi bahagi dapat merakamkan kegembiraan mereka.
Syukur Alhamdulilah atas nikmat yang Allah kurniakan. Bersukurlah anak-anak ku atas kurniaan Allah ini.
“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan
tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah
sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.”
(Surah Ibrahim: 7)
.
No comments:
Post a Comment