Assalamualaikum.
6 Ogos 2012, hari terakhir
melihat Shasha – kucing kesayangan kami. Pagi itu, sebelum kami sekeluarga
keluar meninggalkan rumah untuk bekerja dan
ke sekolah kami melihat shasha dalam keadaan sedih.... lemah longlai .
Susu yang dihidangkan langsung tidak dijamah. Padahal , itulah kegemarannya.
Apabila kami pulang ke rumah pada waktu tengahari , shasha tidak ada, dan
sehingga malam dia tidak muncul-muncul. Hiba dan sayu rasa hati kami
semua. Sehingga ke hari ini , shasha
tidak kembali lagi. Apa yang terjadi kepada shasha ? Saya rasa, achik yang paling sedih kerana shasha
adalah teman rapatnya. Dialah yang sering memberi shasha makan, minum dan
memandikannya setelah Kak Dayah menyambung pelajaran di KMKN.
11
Ogos 2012 : 8.00am.
Tiba-tiba
Shasha muncul setelah seminggu meninggalkan rumah. Rupanya teruk. Kurus, Kotor,
busuk dan mulutnya hitam. Gelinya melihat rupa shasha. Saya bercadang
membawanya ke Klinik tapi tak sanggup untuk membersihkannya. Achik sangat baik
hati. Dia memandi dan membersihkan shasha .
Kami
membawanya ke Klinik kucing di Batu Berendam. Shasha dibersihkan, di inject dan
diberikan ubat mata, multivitamin dan antibiotic. Achik mendengar penerangan Dr
dengan teliti dan sudah pastinya dialah akan menjadi Dr peribadi shasha. Semoga
Allah mengekalkan rasa belas kesihan dan kasih saying di hati achik seterusnya
menjadikan dia muslim yang baik. Ameem.
No comments:
Post a Comment