Assalamualaikum
Ramadhan tahun ini terasa sangat keletihannya. Dah lama sangat bergantung harap dengan pembantu rumah menyebabkan stamina berkurangan. Pertambahan usia menjadi alasan yang kukuh atas rasa keletihan ini. Merasakan keperluan kepada motivasi dan sokongan menyebabkan saya menyuarakan ini kepada 'life partner'. Alhamdulilah dia sangat memahami dan membantu saya menyiapkan segala keperluan untuk bebuka, bersahur dan keja-kerja rumah lain.
Semalam 1 Ogos 2012, diri rasa tidak tertanggung dengan keletihan dan sakit kepala yang teramat sangat. Setelah diberi perlepasan kerja-kerja rumah ( berbuka di restoran ) , diberi makanan kesihatan dan mendapat tidur yang cukup menjadikan hari ini lebih bertenaga. Alhamdulilah . Memohon bantuan Allah setiap masa agar saya diberikan kesihatan yang baik, dapat beribadat dengan sempurna dan menguruskan segala keperluan dengan baik.
Firman Allah :
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah Ayat 45)
No comments:
Post a Comment