Saturday, August 11, 2012

SHASHA DAN KAMI


Assalamualaikum.

6 Ogos 2012, hari terakhir melihat Shasha – kucing kesayangan kami. Pagi itu, sebelum kami sekeluarga keluar meninggalkan rumah untuk bekerja dan  ke sekolah kami melihat shasha dalam keadaan sedih.... lemah longlai . Susu yang dihidangkan langsung tidak dijamah. Padahal , itulah kegemarannya. Apabila kami pulang ke rumah pada waktu tengahari , shasha tidak ada, dan sehingga malam dia tidak muncul-muncul. Hiba dan sayu rasa hati kami semua.  Sehingga ke hari ini , shasha tidak kembali lagi. Apa yang terjadi kepada shasha ?  Saya rasa, achik yang paling sedih kerana shasha adalah teman rapatnya. Dialah yang sering memberi shasha makan, minum dan memandikannya setelah Kak Dayah menyambung pelajaran di KMKN.





11 Ogos 2012 : 8.00am.

Tiba-tiba Shasha muncul setelah seminggu meninggalkan rumah. Rupanya teruk. Kurus, Kotor, busuk dan mulutnya hitam. Gelinya melihat rupa shasha. Saya bercadang membawanya ke Klinik tapi tak sanggup untuk membersihkannya. Achik sangat baik hati. Dia memandi dan membersihkan shasha .

Kami membawanya ke Klinik kucing di Batu Berendam. Shasha dibersihkan, di inject dan diberikan ubat mata, multivitamin dan antibiotic. Achik mendengar penerangan Dr dengan teliti dan sudah pastinya dialah akan menjadi Dr peribadi shasha. Semoga Allah mengekalkan rasa belas kesihan dan kasih saying di hati achik seterusnya menjadikan dia muslim yang baik. Ameem.

Ramadhan 2012


Assalamualaikum

Ramadhan tahun ini terasa sangat keletihannya. Dah lama sangat bergantung harap dengan pembantu rumah menyebabkan stamina berkurangan. Pertambahan usia menjadi alasan yang kukuh atas rasa keletihan ini. Merasakan keperluan kepada motivasi dan sokongan menyebabkan saya menyuarakan ini kepada 'life partner'. Alhamdulilah dia sangat memahami dan membantu saya menyiapkan segala keperluan untuk bebuka, bersahur dan keja-kerja rumah lain.

Semalam 1 Ogos 2012, diri rasa tidak tertanggung dengan keletihan dan sakit kepala yang teramat sangat. Setelah diberi perlepasan kerja-kerja rumah ( berbuka di restoran ) , diberi makanan kesihatan dan mendapat tidur yang cukup menjadikan hari ini lebih bertenaga.  Alhamdulilah . Memohon bantuan Allah setiap masa agar saya diberikan kesihatan yang baik, dapat beribadat dengan sempurna dan menguruskan segala keperluan dengan baik.

Firman Allah :

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah Ayat 45)

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...