Assalamualikum,
Setelah bercuti kerja tetapi tidak tugasan harian pada hujung minggu , hari ini Isnin dah mula bekerja semula. Minda masih tak rehat, begitu juga badan. Sebagaimana yang disarankan oleh seorang pendakwah kita perlu mengaudit apa yang kita lakukan setiap hari. Seimbangkah kebaikan dan amalan yang dibuat untuk dunia dan akhirat.
Setelah hantar anak ke sekolah , saya pun masuk kerja dan terus mendapatkan kunci makmal. Dalam perjalanan ke makmal saya terjumpa rakan sekerja dan dimaklumkan terdapat perubahan jadual waktu di mana mulai hari ini beliau akan membantu saya semasa amali PLC pada pukul 11 pagi nanti. Ah..................hari ini Isnin. Baru saya tersedar yang dalam minda saya hari ini jadual hari Rabu bukan Isnin.
Semasa waktu rehat saya bercakap dengan suami, adakah normal bila kita terlupa begini atau adakah ini petanda bahawa saya semakin tua ...... dan mudah lupa.....
Sepatah jawapan yang menyenangkan hati.... Biasalah tu, abang juga pernah lupa tapi ...... lupa bila....
Agaknya terlalu kerap menyebut pelupa ke menjadikan aku seorang pelupa..
Atau
Semakin tua ke aku kerana ............sering lupa adalah penyakit orang tua.
Atau
Aku perlu dikejutkan olehNya kerana kurang ibadah ku supaya berada dilandasan yang betul semula....
Semuanya berkemungkinan.. Saya pasti ramai yang menghadapi masalah seperti saya..
Satu yang paling saya saya sedar , saya kurang memohon diberikan kekuatan minda.
Ya Allah Ampunilah Aku dan berilah aku kekuatan minda dan kesihatan yang baik dan jauhilah aku dari sifat pelupa supaya aku dapat menjalankan tanggungjawapku dengan sempurna.
Ameen.
No comments:
Post a Comment