Monday, October 24, 2011

Musim haji datang lagi.

Assalamualaikum,


Tahun ini ramai nampaknya ahli keluarga saya yang mendapat jemputan Allah menunaikan haji . Akak, Kak Idah, Abng Fawzal, Ct Husna , Nu'man, Adik dan anaknya Khaleed, acik suami isteri. Semoga mereka diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan mendpat haji yang mabrur.



Labbaik Allahumma Labbaik. Labbaik, La Shareek Laka, Labbaik. 
Innal Hamdah, Wan Nematah, Laka wal Mulk, La Shareek Laka Labbaik.


Here I am at Thy service O Lord, here I am. Here I am at Thy service and Thou hast no partners. Thine alone is All Praise and All Bounty, and Thine alone is The Sovereignty. Thou hast no partners, here I am.




In the name of Allah, the most compassionate, the Merciful.
And pilgrimage to the House is incumbent upon men for the sake of Allah, (upon) every one who is able to undertake the journey to it;
 Holy Quran, (3:97)



Bila giliran saya dan suami?. Hanya DIA yang Maha Mengetahui....



Sunday, October 23, 2011

Kisah Nina

Assalamualaikum,


Nina adalah anak kami yang ketiga. Sekarang bersekolah di MRSM Pontian . Minggu ini , dia bertungkus lumus bersedia untuk bertanding didalam program tunas Scientis di MRSM transkrian. Nina having difficulties in handling her stress. Abah always trying to be on his kids side while they are having problem. Walaupun sekadar mendengar , anak2 merasa tenang. Dia rushed ke pontian dan bawa nina keluar untuk cool her off.


Technical matters... as usual , saya lah yang handle. i become her advisor for the project. Giving her ideas and motivation.  It is true, Allah said. Kita diberi pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Alhamdulilah 


bbb

“Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS Ar-Rahman 13)


Semoga Nina dapat  membentangkan projek nya dengan baik. Selebihnya saya serahkan kepada Allah , kerana Dialah yang mengetahui apa yang baik untuk 
nina. Apapun saya berdoa semoga anak2 saya memahami Allah yang menentukan segalanya selepas mereka berusaha dan berdoa , memohon kepadanya. Dan mereka dapat menerima ketentuanNya dengan rasa syukur kerana Allah sahaja mengetahui yang terbaik untuk kita. 


10 -20 Oktober 2011

Assalamualikum,

Hampir 10 hari diberi tanggungjawap menjalankan validasi bagi calon kenaikan pangkat di Johor Bahru. Ini bermakna saya terpaksa meninggalkan suami dan anak2 dalam tempoh yang agak lama, tambahan lagi tanpa pembantu rumah. Wah... tak sangka , mereka dapat menerima ini dengan baik. Suami dah semakin cekap dalam melakukan kerja-kerja rumah. Kami semakin dekat dan merasakan tidak memerlukan pembantu bagi melaksanakan kerja2 ini . Insyallah semoga Allah permudahkan segalanya. Terimakasih suamiku. Semoga kita  kekal bahagia , hari ini, esok dan selama-lamanya sehingga akhirat.


Firman ALLAH SWT bermaksud : “ dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.”( Al Baqarah : 216 )
Kesedaran dan pengetahuan terhadap kebaikan yang ALLAH SWT lakukan membuat seseorang hamba mengerti bahawa ALLAH SWT berbuat baik kerana Dia bersifat dengan Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Semoga kita akan lebih bersyukur terhadap segala nikmatNya dan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari masa ke semasa.

Ameen..................................................

Friday, October 7, 2011

Ketentuan dan KekuasaanNYA.

Assalamualaikum,

Sesungguhnya peringatan dari ALLAH  kerap didatangkan kepada mereka yang membuka minda dan muhasabah diri

KISAH 1.

Semalam abang kawan baik saya meninggal dunia. Arwah meninggal semasa  balik daripada berjogging, tiba2 diserang sakit jantung dan meninggal - Dia dijumpai terbaring dijalanraya ....Ini adalah  peringatan bagi saya dan orang2 disekelilingnya dari Allah.

 Walaupun kita menjaga kesihatan kita dengan baik, apabila tiba masanya , tidak sesaatpun dicepat atau dilewatkan ajal kita. Astarghfirullah hal azim. Mohon kepada Nya kita dikembalikan dalam taqwa dan iman. Ameen

KISAH 2.

Kita dikejutkan pemergian Steve Jobs, seorang yang pintar, genius dan kaya raya. Apa peringatan ALLAH bagi kita yang dapat saya simpulkan adalah: bagaimana pintar dan genius seorang hamba Allah itu, ia masih belum dapat menandingi kekuasaan penciptanya. dia tidak berupaya untuk mencipta alat bagi membantu dia memanjangkan usianya. Dan sekaya mana pun manusia itu, dia tidak akan berupaya membeli kesihatan yang dipinjamkan ini bagi terus sihat.

Lihatkan kekuasaan Allah menerusi apa yang berlaku disekeliling kita. Ini akan menjadikan kita Insaf bahawa semua yang kita miliki adalah sementara. Berusaha, berdoa dan bertawakkal lah kepdaNya sepanjang masa. Semoga kita dipanggil dalam keadaan yang paling sempurna dan dalam keimanan. Seterusnya bahagia di dunia dan akhirat. Ameen.

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...